Novel Online Tersuka Tanpa Sengaja Bab 1 | Novel Online Tersuka Tanpa Sengaja akan hadir di kaca tv sebagai drama adaptasi menggantikan drama Tuan Anas Mikhail yang sudah sampai ke penghujungnya . Untuk mengetahui drama tersuka tanpa sengaja ni menarik ke tidak , anda kenalah baca Novel Online Tersuka Tanpa Sengaja Bab 1
Novel Online Tersuka Tanpa Sengaja Bab 1
Bagi anda yang nak merasa keterujaan mengetahui jalan pembuka cerita kepada drama tersuka tanpa senaja yang akan di tayangkan di astri RIA 104 dan Astro RIA HD 123 pada 7 Desember nanti , bolehlah klik di SINI ya untuk membaca Novel Online Tersuka Tanpa Sengaja Bab 1 .
Sinopsis Novel Online Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana perselisihan pendapat dan merasakan dirinya disisihkan si ayah, Farhah meninggalkan rumah dan kekayaan untuk berdikari atas kaki sendiri. Ayahnya hanya mementingkan adik tirinya, Katrina tetapi si ibu tiri sentiasa mengambil tahu akan dirinya. Lebih menyakitkan hati apabila si ayah ingin menjodohkan dirinya dengan doktor yang menjaga ibu tirinya yang sedang sakit. Penolakan Farhah membuatkan si ayah mengatur rancangan untuk menjodohkan doktor tersebut dengan Katrina tetapi dipandang sepi Katrina .
Pertemuan pertama dengan Syed Arif bukanlah sebaik mana kerana mereka berselisih pendapat mengenai orang kaya dan orang biasa. Perbezaan pendapat antara mereka menarik perhatian Arif, Arif meminta Farhah untuk berlakon menjadi kekasihnya dan akhirnya Arif melamar Farhah atas permintaan si ibu. Asalnya Farhah menolak kerana mereka berdua tidak mencintai sesama sendiri tetapi akhirnya menerima kerana tidak mahu berkahwin dengan sepupunya yang mencintainya dalam diam, Hakim. Kerana marah, ayahnya menolak menjadi walinya dan Farhah berkahwin dengan Arif tidak berwalikan ayahnya. Kedua mereka memberi peluang untuk belajar mencintai diri sendiri dan perasaan cinta perlahan-lahan hadir dalam diri masing-masing. Dugaan melanda, Arif calon menantu pilihan ayah Farhah memperkenalkan Katrina kepada Arif. Namun hati Arif telah mati untuk Katrina kerana sebelum ini cintanya dipandang sepi oleh Katrina. Arif memberitahu Datuk Ahmad Alias bahawa dia telah berkahwin dan Katrina tidak dapat menerima.
Setelah mengetahui bahawa kakak tirinya merupakan isteri Arif, Katrina cuba untuk memecah belahkan rumah tangga mereka. Rancangannya hampir berjaya tetapi Arif menerangkan segala sejarah dirinya dengan Katrina dan betapa sekarang cintanya hanya untuk Farhah. Kebahagiaan mereka terganggu seketika setelah Arif mendapat tahu siapa diri Farhah yang sebenar. Setelah mendapat penjelasan Farhah, Arif merasakan dia bertanggungjawab untuk menyatukan kedua anak dan ayah. Setelah mempertemukan mereka, Datuk Ahmad Alias gembira kerana perancangan untuk menjadikan Doktor Syed (Arif) menantunya tercapai tetapi dia terkilan kerana tidak mewalikan pernikahan anaknya. Katrina cuba untuk membunuh diri tetapi Armand (kawan Ariff) menegur kesalahannya. Akhirnya Katrina memahami dan terjalinlah kisah antara dia dan Armand. Akhirnya mereka semua hidup berbahagia.
follow sini.. comel header :)
ReplyDeleteskrg mcm dh trend kan psl mule2 tak suke lama2 suke...
ReplyDeletepastu di upah jd bf ke gf lama2 jd bini or laki betul2 heheehehhe...
dana dh jarang layan novel kak... lama tak beli novel
MAcam best je
ReplyDeletemenarik novel ni..membaca n menonton nikmatnya berbeza juga.
ReplyDeletesy x berapa nk suka lelaki sblh kiri emma tu hahaha
ReplyDeleteBaru kelmarin saya dapat tau anak gadis saya yang tahun depan masuk 17 tahun itu sedang menyiapkan novel onlinenya melalui Wattpad.com. Saya dengar perbualan dengan abangnya dia kata walaupun baru masuk chapter 3 tapi jumlah pembaca dah meningkat 200 orang lebih, kebanyakannya dari Eropah (novelnya dalam Bahasa Inggeris). Saya tanya apa nama novelnya tapi dia enggan beritau. Saya cuba search tapi tak dapat, maklumlah dalam Wattpad ada 70 juta novel, mungkin anak saya pakai nama samaran?
ReplyDeletemcm best pula drama ni.. hehehe
ReplyDeletelama xsinggah sini
Assalamualaikum Qaseh.....
ReplyDeleteBab-bab bunuh diri ni tak berapa berkenan walau dalam novel.....
boleh baca....
ReplyDeleteBest jugak ni kalau layanzz
ReplyDeleteehehehe eh i tak sengaja tersuka you =D
ReplyDeleteMesti best nie, suka lakonan Hafreez Adam ^-^
ReplyDeleteLa, adaptasi dari novel jugak rupanya..... Ok jgk jimat xyah beli novel,hehee...
ReplyDeleteTak suka baca novellah Vee....
ReplyDelete