Assalamualaikum sahabat ...
Alahai Siti Makaron | My anak buah si Nabila beli novel yang bertajuk Siti Makaron . Novel kanak-kanak ni menceritakan tentang watak Siti yang suka sangat dengan macaroon . Jadinya , keseluruhan novel ini penuh dengan kisah Siti dengan macaroonnya menyebabkan dia dipanggil dengan nama Siti Makaron
Dalam novel Siti Makaron ini watak siti dan kawan-kawannya belajar buat macaroon . Macam-macam kisah keletah mereka belajar buat macaroon . Di akhir novel Siti Makaron , ada diberikan resepi membuat macaroon .
Jadinya , my anak buah yang baca sampai habis itu , dah terliur dengan macaroon . Mereka pun pujuk mak usunya buat macaroon . Selepas dua kali mencuba , macaroon tak menjadi juga . Akhirnya , mak usunya relakan saja hulur duit suruh mereka beli dengan cikgu mereka yang jual macaroon .
Korang dapat baca teks kat atas tu . Itu adalah commercial break dalam novel Siti Makaron . Korang rasa lah , bebudak yang baca novel Siti Makaron tu faham ke apa yang penulis cuba sampaikan ? My anak buah , sengih-sengih je tunjuk page tu kat mak usunya . Sis cuma sengih je . Dah biasa jumpa benda macam tu kat media sosial .
Alahai penulis , kalau nak sampaikan rasa tak puas hati pun , gunakanlah medium yang betul . Bukan awak je yang tak puas hati kat Malaysia ni . ' Orang-orang atas ' tu tak baca pun novel kanak-kanak Siti Makaron !
Jangan racuni pemikiran kanak- kanak / remaja yang masih belum faham perjalanan politik tu macam mana ... ermmm . Jadilah orang dewasa yang bertanggungjawab .
0 Sila komen:
Post a Comment
Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...