Tips Memakai Lipstick Merah | Memakai lipstik merupakan keperluan bagi seorang wanita . Tak ramai wanita yang berani keluar rumah tanpa memakai lipstik terutamanya anak dara . Maklumlah , wanita harus juga menjaga penampilan untuk tatapan umum . Selain itu , mengenakan lipstik sebenarnya dapat membantu menjadikan wajah wanita nampak lebih berseri .
Tips Memakai Lipstick Merah
Walaupun warna asal lipstick adalah berwarna merah, namun tidak semua wanita berani atau confident untuk memakai lipstick yang berwarna terang seperti ini. Kebanyakkan daripada mereka lebih gemar memilih warna-warna yang selamat seperti beige, pink matte dan peach. Namun tahukah anda bahawa lipstick merah adalah pilihan yang paling ideal untuk semua tona kulit dan juga menjadikan penampilan seseorang itu kelihatan lebih menyerlah?
Oleh itu, untuk si penggemar lipstick berwarna merah atau anda yang mungkin buat pertama kalinya ingin mencuba bergaya dengan penggunaan lipstick merah ini, ikuti langkah-langkah berikut untuk pemakaian lipstick merah yang lebih tahan lama (long lasting);
Langkah pertama, anda haruslah memakai lip balm sebelum memakai lipstick tersebut. Fungsi pemakaian lip balm ini adalah untuk melembapkan permukaan bibir anda agar tidak terlalu kering.
Seterusnya, outline your lips atau lukiskan garisan bibir anda seperti berikut untuk pemakaian lipstick yang lebih sekata.
Selepas itu anda bolehlah memakai lipstick merah anda seperti biasa dan pastikan lipstick merah dipakai dengan tidak terlalu tebal atau tidak terlalu tipis.
Untuk warna lipstick yang lebih menyerlah dan ‘juicy lips’, anda boleh memilih sama ada untuk memakai lip gloss atau tidak. Fungsi lip gloss adalah untuk menjadikan bibir anda kelihatan lebih menyerlah.
Atau jika anda ingin mendapatkan hasil ‘matte’, gunakan bedak atau foundation dan sapu dengan jumlah yang sedikit pada bahagian bibir anda. Seelok-eloknya, lapik tisu pada permukaan bibir anda dahulu. Selepas itu, pakai lipstick merah sekali lagi sebagai langkah yang terakhir.
Sebelum ini, ada yang memberitahu sis bahawa bibir jadi lebam selepas menggunakan lipstik . Tips memakai lipstick merah ini boleh membantu anda menjadikan bibir merah menawan sepanjang hari serta dapat mengelakkan lebam pada bibir sebab lipstick tidak sampai secara langsung pada kulit bibir anda .
cantik menawan..
ReplyDeleteBanyak jugak ek step nya..
ReplyDeleteWARNA LIPSTIK MENOLONG MENYERIKAN WAJAH..TAPI KALAU MERAH SGT NMPK TEROVER PULAK MNGHIAS WAJAH.
ReplyDeleteteringin nak pakai lipstick merah.. tp mcm menonjol sngt plak nti..:)
ReplyDeleteLama sangat rasanya tak berlipstick merah menyala. Terasa macam umur tak berapa nak muda lagi nak kena gaya gini. Tapi masa muda dulu saya suruh lipstick warna coklat.
ReplyDeletekagum ngan org yg berani calit lipstik merah. kita hanya mampu calit ikut kaler bibir je hihi
ReplyDeletepenggunaan liptik yang sesuai dengan aliran darah dan warna kulit akan menyerlah kecantikan seseorang..
ReplyDeleteSetuju....mmg lipstik ni membuatkan kita lebih menyerlah tp okje tak sukalah pakai lipstik merah sangat Vee...mcm tak sesuai dengan usia pulak hihi..Lagi pun setakat nak wibdow shopping lainlah gi dinner mungkin boleh dipertimbangkan...
ReplyDelete