Resepi 3 Jenis Sambal Yang Buat Korang Terangkat !


Resepi 3 Jenis Sambal Yang Buat Korang Terangkat ! | Sambal merupakan menu utama masyarakat Melayu . Sambal yang selalu ada di meja makan sudah tentu sambal belacan yang diperlukan untuk menjadi pencecah ulam-ulaman . Tak kira kat ceruk mana korang duduk , memang sambal belacan tetap sama juga .

Resepi 3 Jenis Sambal Yang Buat Korang Terangkat !


Selain sambal belacan , orang Malaysia dah sinonim dengan sambal kicap . Selain itu , ada juga sambal hijau , sambal tempoyak , sambal hitam , sambal ikan bilis , sambal petai , sambal nasi lemak , sambal tempe , sambal totok dan sebagainya mengikut kreativiti dan selera masing-masing .

Ada sesetengah orang , tak berselera nak makan tanpa sambal ada sambal di dalam menu atau di atas meja makannya . Ada juga yang lebih extrem dengan menjadikan cili padi sebagai ulam ketika makan . Bab ni , sis selalu buat bila malas nak buat sambal tapi nak makan pedas . 

Resepi 3 Jenis Sambal Yang Buat Korang Terangkat !


Sambal yang paling popuar dikalangan kita adalah sambal kicap , sambal belacan dan sambal hijau . Kalau orang Johor , makan tempe goreng ke , makan cekodok ke , makan pisang goreng ke , makan mesti nak cecah sambal kicap

 Resepi 3 Jenis Sambal Yang Buat Korang Terangkat !

Sambal Kicap


Bahan-bahan:


- 30 biji cili padi 
- 3 biji bawang putih 
- 1 sudu besar gula 
-  3 sudu besar kicap manis 

Cara-cara: 


1. Blend kesemua bahan-bahan

Kalau makan lempeng pula , selalunya makan dengan sambal hijau , sambal sardin dan sambal ikan bilis . Mertua mintak pun tak rela kongsi ... meh meh meh .

 Resepi 3 Jenis Sambal Yang Buat Korang Terangkat !

Sambal Hijau

Bahan-bahan: 

- 1 biji tomato ( dibakar dan buang kulitnya )
- 9 biji cili hijau ( besar ) 
7 biji cili padi ( hijau )
- 1 sudu besar bawang putih (dicincang) 
- 1 biji bawang merah (dicincang) 
Sedikit ikan bilis
Garam
- Minyak masak 

Cara-cara:

1. Rebus tomato dan cili hijau. 
2. Blend kasar tomato dan cili hijau. 
3. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.

4- Masukkan ikan bilis  
5. Masukkan cili hijau dan tomato. 
6. Masukkan garam dan gaul sehingga sebati.


Sambal belacan pulak dah tentulah menjadi kawan kepada ulam-ulaman . Lagi sedap makan sambal belacan denagn sayur bening dan ikan masin goreng lawan nasi panas ... perghhh .

Resepi 3 jenis sambal itu , kalau korang makan , memang terangkatlah selera . Kalau orang johor , mesti lebih terangkat dengan sambal totok ikan bilis


 Resepi 3 Jenis Sambal Yang Buat Korang Terangkat !

Sambal Belacan

Bahan-bahan:

- 5 biji cili merah ( besar )
- 15 biji cili padi 
- 1 sudu jus lemon 
- 1 kiub belacan bakar 
Sedikit garam
- 1 biji limau, dipotong dua 

Cara-cara: 


1. Blend cili merah dan cili padi 
2. Tambah jus lemon, belacan, dan garam 
3. Blend sehingga sebati 
4. Hidang sambal dengan sehiris limau



4 Sila komen:

  1. tajuk tak menahan..hihi..sambal hijau..teringat nasi padang..

    ReplyDelete
  2. Lagi pedas lagi sedap tapi itu dululah, sekarang dah kurang makan pedas sebab family hubby tak kuat makan pedas.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Kat rumah akak sentiasa ada stok sambal kicap untuk buat pencicah atau makan dengan sup.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...