Tonton Online Drama Dawai Asmara Full Episod | Drama Dawai Asmara ni macam banyak kesedihannya berdasarkan sinopsis di bawah . Tak seronok lah kan kalau tengok drama bergenre cinta yang tak ada halangannya . Realitinya , ada je cinta yang mudah je perjalanannya . Tapi kalau dah buat drama , kenalah ada sedikit unsur suspen , sakit hati , menyampah sebelum sampai ke ending yang confirm happy .
Drama Dawai Asmara merupakan sebuah drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn.Bhd. dan diarahkan oleh Azma Aizal Yusoof dan Aidilfitri Mohammed Yunos . Drama Dawai Asmara ditayangkan melalui slot Azalea setiap malam Selasa hingga Khamis jam 8.30 malam di TV9 .
Pelakon Dawai Asmara
Dibintangi oleh Hanna Aqeela, Putri Najuwa, Emelie Hanif, Zoey Rahman, Faiez Affandi, Wanny Mustahfah , Sherie Merlis, Mahmud Alibashah, Zalfa Zin, Kamal Ibrahim, Amanda Hariz, Alesha Hariz, Kamal Ibrahim, Fathimah Az Zahra, Elya Miera Ismail
Sinopsis Drama Dawai Asmara
Hashim memberikan Natasya seutas rantai leher dan sebentuk cincin emas sempena hari jadi Natasya yang ke 3 tahun. Namun Rosmah tidak menyenangi kerana Hashim dianggap terlampau berbelanja mewah untuk anaknya. Buah rantai berbentuk love, begitu juga cincinnya yang diukir sama sepadan, menjadi tanda kasih Hashim yang tidak berbelah bahagi kepada anaknya. Walaupun Rosmah juga menyayangi Natasya, tapi dia tidak mahu mengukur kasih sayangnya dengan material. Hashim tidak pedulikan rungutan Rosmah kerana dia mahu buat apa sahaja untuk kehidupan anak tunggalnya. Dalam kejadian lain, Ziana pula dihalau oleh ibu bapanya dari rumah mereka selepas melahirkan seoang anak luar nikah. Tiga tahun berlalu, Shahir yang pernah berjanji akan bertanggungjawab, tidak pernah muncul untuk mengakui Amira sebagai anak mereka. Tidak sanggup lagi menerima cemuhan orang kampung, ibu bapa Ziana mahu Ziana membawa anaknya pergi jauh dari kampung.
Tonton Online Drama Dawai Asmara Full Episod
Anda boleh Tonton Online Drama Dawai Asmara Full Episod dengan klik link di bawah .
0 Sila komen:
Post a Comment
Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...