Berbasikal Dari Malaysia Ke China Untuk Bina Semula Rumah


Berbasikal Dari Malaysia Ke China Untuk Bina Semula Rumah | Berbasikal merupakan satu jenis senaman juga riadah yang sihat . Selain dapat mengekalkan stamina dan tenaga , berbasikal juga dapat membantu seseorang itu membakar lemak dengan mudah . Selain itu , peluh yang keluar dari badan juga turut sama mengeluarkan toksin dari badan .

Berbasikal Dari Malaysia Ke China Untuk Bina Semula Rumah



Sis dah lama tak menaiki basikal , menayuh basikal . Keinginan itu ada cuma kesempatan itu tidak ada . Basikal sendiri pun tak ada . Tapi ada taman reakreasi yang menyediakan basikal seperti di Putrajaya dan di Shah Alam . Apa nama , sis tak ingatlah .

Kalau balik kampung , sesekali mengacau juga basikal anak buah yang comel itu dan mengayuh dihalaman . Masa zaman persekolahan , berbasikal sekeliling kampung tak jadi masalah . Lagi pun , kebun my arwah abah dan bonda di hujung kampung . Selepas motor dah menjadi kenderaan popular di kampung sis , sesiapa yang mengayuh basikal digelarkan sebagai indon ( orang indonesia ler ) . Lagipun , sekarang ni kalau berbasikal macam tak selamat saja kecuali berbasikal beramai-ramai . Walaupun di kampung , tetap boleh berlaku jenayah .

Berbasikal Dari Malaysia Ke China Untuk Bina Semula Rumah


Bila baca tajuk , sesetengah orang akan angapnya sebagai perkara / kerja gila . Tetapi bagi mereka yang punya hasrat murni tidak menganggapnya begitu malah mereka enjoy melakukannya . Begitu juga dengan lelaki ini . Lelaki ini melakukannya demi membantu orang lain sebenanya .

Sebelum ini , ada juga sepasang suami isteri yang sudah memulakan perjalanan menuju ke Mekah dengan hanya berbasikal . Ini salah satu cara untuk menjimatkan belanja menunaikan haji selain mengembara melihat bumi Allah disamping bersedekah semampu mereka . Lagipun , nak menunaikan haji sekarang ni kena ikut giliran ( panggilan ) dari Tabung Haji . Bila boleh dapat , kita pun tak tahu . 

Semoga Allah permudahkan perjalanan mereka dan mereka dapat menunaikan hajat sebagaimana yang dihasratkan .




1 comment:

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...