Resepi Churros Yang Mudah Dan Lazat



Resepi Churros Yang Mudah Dan Lazat | Hari minggu tanpa kudapan ibarat menghabiskan masa dengan sia-sia saja . Memandangkan sekarang ini msim panas dan jerebu juga sudah menjelma , duduk dirumah bersama keluarga adalah pilihan terbaik . Lebih sejuk dan nyaman berbanding di luar yang panas tak berangin .


 Resepi Churros Yang Mudah Dan Lazat


Resepi Churros Yang Mudah Dan Lazat


Sis secara jujrnya baru beberapa kali mendengar kudapan churros ni . Setakat ini belum pernah merasa dan mencuba menu churros di luar . Maklumlah , tempat makan yang disinggah itu tak ada ada pun menu churros . Selebihnya , tak terfikir pun nak cari churros

Bila tetiba terjumpa Resepi Churros Yang Mudah Dan Lazat yang lazat ni , teringin juga nak mencuba tapi bukan sekarang lah . Sekarang ni kongsi je dengan korang yang nak cuba buat .


Bahan-bahan:

- 1 cawan air 
- 1 cawan tepung gandum 
- 4 sudu besar mentega 
- 3 telur 
- 1 sudu besar gula 
- 1 sudu kecil ekstrak vanilla 
- Minyak canola 

Topping: 


½ cawan gula caster 
2 tsp serbuk kayu manis

Cara-cara:


1. Panaskan air, mentega dan gula sehingga cair 
2. Masukkan tepung dan gaul sehingga sebati 
3. Biarkan adunan sejuk selama 5 - 10 minit
4. Masukkan ekstrak vanilla dan gaul 
5. Masukkan telur satu persatu dan gaul 
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag (guna star nozzle) 
7. Pipe ke dalam minyak panas dan goreng sehingga perang 
8. Gaul bahan-bahan topping 
9. Salut churros dengan topping dan hidang!



Boleh juga makan kudapan Churros bercecahkan coklat dengan ahli keluarga korang sambil tengok tv . Apa lagi , meh la mencubanya ya .


Selamat Berhujung Minggu !


5 comments:

  1. CHURROS PULA YA...PELBAGAI RUPA JENIS KUIH YG SEDAP LA NI

    ReplyDelete
  2. jalan-jalan ~ http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Orang sibuk nak merasa churros ni, Vee tapi saya entahlah tak terliur pulak. Tapi tak tahulah bila dah sekali merasa tetiba gian asyik nak makan ajekan ^_^

    ReplyDelete
  4. makanannya enak tuh, boleh coga gax ?

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...