Masjid Besi Putrajaya / Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin


Masjid Besi Putrajaya  / Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin| Ini adalah kali ke dua Cynta pergi ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi Putrajaya . Kali ini Cynta pergi ke Masjid Besi Putrajaya kerana nak ambil anak buah yang menghadiri Kem Bestari Solat di situ .


 Masjid Besi Putrajaya  / Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin



Masjid Besi / Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya


Kali pertama Cynta pergi ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau Masjid Besi Putrajaya ketika mahu solat maghrib ketika orang lain sedang sibuk berbuka puasa . Sebab nak dulukan solat , maka Cynta singgah saja mana- mana masjid yang berdekatan . Masa tu sungguh terkejut dengan reka bentuk dan keluasan Masjid Besi Putrajaya yang hebat tapi tak berkesempatan nak merakam gambar sebab dah lapar nak berbuka puasa .

Masjid Tuanku Mizan Zainla Abidin atau Masjid Besi Putrajaya dibina pada April 2004 dan sipa sepenuhnya menjelang Ogos 2009 . Masjid Besi atau Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ini terletak di Presint 3 Putrajaya .

Masjid Besi atau Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ini dibina untuk menampung kakitangan awam yang mendiami presint 2 , 3 , 4 dan 18 seramai kira - kira 24,000 orang di bandar Putrajaya kerana Masjid Putra yang terletak 2.2 km ke utara memiliki keluasan sekali ganda lebih kecil darinya .


 Masjid Besi Putrajaya  / Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin


Kali ini Cynta pergi ke Masjid Besi Putrajaya masuk melalui jalan arah ke PICC ( Putrajaya International Convention Center ) dari lebuhraya utama . Untuk ke arah Masjid Besi Putrajaya yang terletak di Presint 3 , perlu melaui jambatan besar di atas tasik seperti di atas . Cynta ikut jalan ini menggunakan panduan dari waze .


 Masjid Besi Putrajaya  / Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin


Sepanjang perjalanan menuju Masjid Besi Putrajaya , anda akan dapat memandang tasik Putrajaya buatan yang indah dan terasa kedamaiannya sehinggalah ke bahagian depan / pintu masuk Masjid Besi Putrajaya .

Kemudahan Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya


Oleh kerana parking lot dibahagian hadapan Masjid Tuanku Mizan atau Masjid Besi Putrajaya sudah penuh , maka kami masuk ke parking di dalam bangunan di tingkat dua . Alhamdulillah , tak banyak kenderaan di situ .


 Masjid Besi Putrajaya  / Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin


Keluar sahaja dari kereta , sudah terpandang pintu masuk . Tak perlu nak pening kepala mencari di mana pintu masuk sebab kawasan parking tu tak luas mana pun . 


 Masjid Besi Putrajaya  / Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin


Sebelum masuk ke Masjid Besi Putrajaya , anda akan menemui maklumat yang menyatakan arah dan di mana terletaknya tempat wuduk , tempat solat dan sebagainya . Di pintu masuk pula terdapat banner yang menyatakan ada kedai buku JAKIM di pintu masuk bahagian hadapan . 

Pintu masuk tu adalah di tempat parking kereta sebelah luar yang Cynta tak dapat nak park kereta sebab dah penuh.

Kalau anda masuk melalui pintu depan di tempat parking kereta bahagian luar , ada gerai jualan seperti buku , tudung , jubah dan ruang pameran . Terdapat juga kantin , bilik pejabat , bilik urusan jenazah , bilik penyelenggaraan dan bilik audio visual di situ . Jika anda mahu ke ruang solat , anda perlu naik eskeletor .


 Masjid Besi Putrajaya  / Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin


Selepas baca panduan mencari tempat solat dan wuduk serta banner , anda hanya perlu terus ke hadapan . Di sebelah kiri adalah tangga / eskeletor naik ke ruang solat wanita manakala sebelah kanan pula menuju ke tandas dan ruang wuduk untuk wanita . 


 Masjid Besi Putrajaya  / Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin


Selepas mendaki tangga / eskeletor , anda akan  nampak di sebelah kiri adalah ruang solat untuk lelaki dan wanita manakala di sebelah kanan adalah pemandangan tasik Putrajaya yang indah dari atas bangunan .


 Masjid Besi Putrajaya  / Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin


Di bahagian hadapan pula , di situlah kem bestari solat anak buah Cynta sedang berjalan . Di sebelah kirinya pula adalah kolam air pancut . Cynta tak pasti sama ada kolam air pacut itu digunakan para jemaah solat lelaki untuk berwuduk ataupun sekadar hiasan tarikan kepada para pegunjung .


 Masjid Besi Putrajaya  / Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin


Di sebelah kiri kem bestari solat yang sedang berjalan , adalah sedikit ruang untuk anak - anak kecil bermain . Adik berbaju merah itu pandai posing . Kan dah glamer masuk blog acik ... dah nak interframe sangat kan ... heheheee . Maaf kepada ibu dan ayahnya sebab gambar anak masuk blog tak minta izin . 

 Masjid Besi Putrajaya  / Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin


Jalan ke hadapan sedikit di sebelah kiri , berhadapan dengan kolam air pancut adalah pintu masuk di bahagian hadapan . Cantik bukan reka bentuknya . Dah nak balik baru Cynta perasan ada pintu gerbang tu . Kalau tak , sudah pasti Cynta terlepas nak merakam keindahan reka bentuknya .



 Masjid Besi Putrajaya  / Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin


Di sebelah pintu gerbang itu , anda boleh dapatkan maklumat tentang setiap ruang Masjid Besi Putrajaya . Kalau anda haus , boleh saja masukkan duit syiling atau RM untuk mendapatkan setin minuman di situ .


 Masjid Besi Putrajaya  / Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin


Inilah pemandangan di bahagian hadapan pintu gerbang masuk ke Masjid Tuankau Mizan Zainal Abidin atau Masjid Besi Putrajaya . Cynta tak sempat nak meneroka disebabkan masa balik baru perasan kewujudannya . Oleh kerana nak cepat , gambar di atas sahajalah yang dapat Cynta persembahkan .

Ketika iitu sedang jerebu yang teramat . Sebab tu gambar nampak berasap saja . Beberapa orang dalam gambar itu sebenarnya sedang merakamkan gambar berbaju convokesyen mereka . Ada juga pengantin yang mengabdikan gambar di lokasi itu . Memang sangat cantik lanskapnya .

Jika anda terus keluar melalui pintu gerbang ini dan menyelusuri jalan yang dikelilingi oleh air dinamakan Kiblat Walk , anda akan sampai ke Dataran Putrajaya .


Inilah sahaja yang Cynta dapat kongsikan mengenai Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau Masjid Besi Putrajaya . Semoga anda puas hati .



No comments:

Post a Comment

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...