Resepi Sambal Belacan Brunei Yang Mengancam Pedasnya


Resepi Sambal Belacan Brunei Yang Mengancam Pedasnya  | Sambal belacan memang sinonim dengan masyarakat melayu . Sape tak kenal sambal belacan ? Sila komen ' saya ' . Memang korang nak kena campak dalam laut kot ... meh meh meh . 

Resepi Sambal Belacan Brunei Yang Mengancam Pedasnya



Ada orang memang tak boeh makan tanpa ada sambal belacan . Dalam peti sejuk sentiasa bersedia sambal belacan . Sambal belacan ni memang dari dulu dan menjadi teman akrab dengan ulam-ulaman . Sapa yang suka makan ulam-ulaman , wajib suka juga pada sambal belacan . Kalau tak , mana nak colek ulam tu kan . 


Resepi Sambal Belacan Brunei Yang Mengancam Pedasnya 


Apa beza sambal belacan Malaysia denagn sambal belacan Brunei ? Itulah yang korang tanya nanti . Jadinya , sis bagi tahulah ya . Pertama sebab namanya sambal belacan Brunei dan keduanya , resepinya yang sedilit berbeza . 

Tak payah nak cerita panjang , jom kita tengok apa bahan dan bagaimana cara membuat sambal belacan brunei yang super pedas .

Bahan-bahan :


10 biji cili padi warna hijau
10 biji cili padi warna merah ( cili ni pedas kaw-kaw punya ! )
1 inci belacan di tumbuk
1/2 biji bawang holland dimayang
2 biji bawang putih di mayang
1 sudu jus lemon
Minyak masak
Garam dan gula

Cara membuatnya :


1- Panaskan minyak . Goreng cili merah dan cili hijau , bawang dan bawang putih sehingga layu dan lembut .

2- Masukkan belacan dan goreng sehingga masak .

3- Keluarkan semua bahan yang digoreng dan masukkan ke dalam pengisar .

4- Masukkan jus lemon , garam dan gula 

5- Kisar sehingga halus.


Siap sudah dan bolehlah korang tuangkan atas ulam yang korang dah sediakan ataupun masukkan ke dalam mangkuk kecil .




2 comments:

  1. lain cara buat sambal belacan ni boleh dicuba

    ReplyDelete
  2. susah jugak nak makan kalau sudah terlebih pedas hehe.. nice sharing sis :)

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...