Resepi Puding Kek Kopi


Resepi Puding Kek Kopi | Sis kalau buat entry tentang resepi , itu bermakna sis nak cepat / tak de masa / kejar masa . Sebahagiannya sis kongsikan selepas sis mencuba sendiri . Nanti mesti ada yang tanya , mana entry yang sis cuba sendiri ? Ada Yang tapi kat blog lain . Blog tu untuk tackle google adsense lah ... heh heh heh .

Resepi Puding Kek Kopi



Resepi Puding Kek Kopi


Untuk menghasilkan puding kek kopi , korang kena buat 3 langkah berbeza . Bermula dari membuat lapisan untuk kopi , lapisan untuk kastard dan kek span sebagaimana di bawah .


Bahan lapisan kopi:



1 tsp agar-agar serbuk
250 ml air
1 1/2 tbsp gula pasir kasar
3 tsp kopi segera - boleh guna nescafe 3 in 1

Bahan lapisan kastad:


2 tbsp kastad
80gm gula ( boleh agak sendiri kemanisannya )
3 tsp agar-agar serbuk
50 ml air
200 ml susu cair
500 ml air
1 tsp esen vanila

Bahan kek span:


Sebiji kek span - bakar dalam loyang 9"x9" lepas tu belah 2 kek & potong ikut saiz loyang 8"x8" . Nak mudah , beli sahaja kek span yang sudah siap di kedai .


Cara:


1. Sediakan lapisan kopi, bancuh agar-agar dengan sedikit air & masukkan dalam periuk bersama-sama air & gula. Didihkan & biar merenih dalam 2 minit. Tutup api, masukkn kopi segera. Kacau sebati & tuang dalam loyang 8"x8" yang telah dibilas dengan air tanpa perlu dilap lagi.

2. Sediakan lapisan kastad, didihkan 500ml air. Campurkan tepung kastad, gula & agar-agar dalam mangkuk. Masukkn 50ml air & kacau sebati. Apabila air dh mendidih, masukkn bancuhan agar-agar tadi. Kacau sebati hgga mendidih, masukkn susu cair & esen vanila. Renihkan lebih kurang 1 minit, cakar2kan lapisan kopi tadi & tuang lapisan kastad di atasnya.

3. Apabila lapisan kulit dah terbentuk di atas permukaan lapisan kastad, letakkan kek secara berhati-hati. Tekan2 sedikit tapi dengan perlahan-lahan. Biarkan sejuk selama 4-5 jam @ hingga lapisan kastad benar-benar keras.

4. Apabila dah sejuk, lalukan pisau plastik di tepi dalam loyang untuk melonggarkan puding. Pastu telangkupkan dengan berhati-hati. Potong & hidangkan, selamat mencuba.



5 comments:

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...