Menu Bujang Yang Paling Mudah


Menu Bujang Yang Paling Mudah | Sejak internet kejap on dan kejap off , di hujung minggu sis lebih selesa menggunakan phone untuk update entry . Malangnya , bila entry sudah publish , entry itu tidak keluar dalam bloglist korang . Sis pun tak tahu kenapa . Jadinya , korang akan pergi ke entry lama sis bila blogwalking . Alternatif yang ada , sis publishkan entry baru dari phone ke Google + . Jadinya , siapa yang blogwalking guna Google + sahaja yang akan baca entry baru sis ... huhuhuuu .


Menu Bujang Yang Paling Mudah


Bila dah keseorangan dihujung minggu , sis memang tak masak nasi . Dah makan sorang je kan . Jadinya sis masak hidangan mudah macam mee sup . Lagi senang . Lagipun sis memang elak makan nasi selagi boleh . 

Kali ini , peti sejuk kosong . Cuma ada baki daging korban , telur , mee gulung dan cili padi . Nak keluar ke depan walaupun untuk jogging sambil singgah gerai beli makanan , tersangatlah malasnya . Dah namanya cuti kan . Dok dalam rumah bermalas-malasan memang best !


Daging Panggang Ala Korea


Gambar di atas itu adalah daging unta korban yang my kakak tinggalkan sikit untuk sis masak steak . Maka bersemangatlah sis memerap daging itu dengan sedikit ketumbar , jintan manis , serai , bawang putih , halia dan lengkuas yang sis tumbuk lumat kemudian masukkan madu dan perahan lemon . 

Sebelum panggang , sis ketepikan bahan perapan , kemudian lumurkan daging tu dengan sedikit gaam dan lada hitam yang ditumbuk . Lepas tu barulah panggang .

Selepas lima minit dipanggang , sis ambil dan belah sikit . Owh , rupanya masih berdarah . Maka idea pun datang , sis terus je hiris nipis-nipis daging unta tu dan panggangkah atas pan itu dengan jayanya sambil bayangkan pelakon korea dok balik-balikkan daging panggang sambil bersembang .

Daging panggang tu sis makan bersama sambal dan tak habis makan pun walaupun sis makan tanpa nasi . Alhamdulillah , cepat pula sis kenyang .


Menu Bujang Yang Paling Mudah


Mee Sup Daging


Daging yang tak habis tu sis tuis bersama bawang putih , bawang merah dan cili padi . Bila dah naik bau , sis masukkan air secukupnya , serai dan daun limau purut . Bila dah mendidih , sis masukkan mee kerinting dan serbuk perasa . Bila mee kerinting dah kembang , si keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk . Lepas tu , masukkan pula sebiji telur . Bila kuning telur dah beku , tutup api . Kemudian sis taburkan sedikit garam dan lada hitam . Last sekali , tuangkan kuah sup besama telur tu ke atas mee . Siap !


Menu Bujang Yang Paling Mudah

Mee Tomyam


Daging dah tak ada , yang ada hanya telur . Jadinya , sis masukkan je air dalam periuk , pastu masukkan bawang putih yang diketuk , serai yang diketuk , beberapa hirisan lengkus , cili padi yang diketuk dan daun limau purut . Bila air mendidih , sis masukkan kiub tomyam yang hanya tinggal seketul ke dalamnya . Pastu masukkan mee kerinting dan bawang merah yang dibelah empat . Bila mee dah kembang , keluarkan mee , masukkan ke dalam mangkuk . Kemudian masukkan sebiji telur ke dalam sup . Bila kuning telur dah masak , tutup api dan tuangkan sup bersama telur ke atas mee . Taburkan bawang goreng dan perahkan limau kasturi kalau nak lebih masam .


Menu Bujang Yang Paling Mudah

Bubur Pulut


Sis tak tahu apa nama bubur ni . Sebab buat dengan tepung pulut , bantai je lah kasi nama bubur pulut . Bubur ni sis buat bila petang hari bila perut terasa lapar . Kebetulan nampak ada tepung pulut dalam balang . Pastu teringat ada sedikit santan dalam kotak . Apa lagi , sis pun rendamlah dulu biji sagu bagi sikit kembang . Sambil - sambil tu pujuk perut suruh sabar sikit sambil layan drama korea sambil juga bancuh adunan tepung pulut dengan sedikit air dan garam .

Bila drama korea dah habis , baru jenguk biji sagu . Tengok dah kembang , jadinya sis tenggekkan periuk , panaskan air dan masukkan sedikit gula . Bila air dah mendidih , masukkan biji sagu yang sudah kembang dan tepung pulut yang dah siap dibentuk . Kacau-kacau supaya tak melekat di dasar periuk . Bila tepung pulut dah timbul , masukkan pula santan . Kacau sehingga mendidih . Pastu tutup api .


Itulah menu bujang sis dihujung minggu . Itu untuk menu berat . Menu ringan aka kudapan sambil layan astro adalah jajan-jajan bersama asam boy yang dimakan bersama limau kasturi ... mabeles weyhhh ... heh heh heh .



11 comments:

  1. rajinnya masak mmacam2 walau yg mkn qv sorang je...

    ReplyDelete
  2. samalah problem kita.
    entahlah nak settle macam mana..
    huhu..

    ReplyDelete
  3. sebenarnya, entri tu muncul cuma bukan pada waktu kita update. selepas dua atau tiga jam (kadang2 sampai berjam2 lamanya) baru naik entri kita tu kat bloglist. haru gitu... sudahnya, geram punya pasal saya delete feed burner saya. sekarang saya tak guna langsung feed burner. tengoklah macam mana hasilnya nanti. huhu.

    ReplyDelete
  4. wahh..daging unta panggang ala korea...makan simple2 mcm ni lagi best, healthy foods..

    ReplyDelete
  5. sedapnya..
    lya pom ade perap byk daging korban bru ni.. nk mkn, bakorr ajer

    ReplyDelete
  6. Alahai rajinnye memasak, sbnrnye yg bujang tu lg sedap tau...;-)

    ReplyDelete
  7. Makkkkk....daging panggang tuuuu....sedappppp

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...