Pizza Al-Mizan Citarasa Malaysia


Pizza Al-Mizan Citarasa Malaysia | Sejak kebelakangan ini , sis terperasan lak , apa yang my anak buah si najwa teringin , tetiba je man in the house beli . Dah macam mereka ni ada gerak hati yang sama lak. Teringin nak makan durian , tetiba si abahnya beli durian . Teringin nak makan pizza , pun tetiba abahnya beli pizza ke memang si abahnya dengar apa yang si kakak cakap ... Meh meh meh .


Pizza Al-Mizan Citarasa Malaysia



Pizza kali ini bukan beli di Dominos atau pun di Pizza Hut . Sis tak tanya lak di mana man in the house beli . Pizza al-Mizan namanya . Pizza Itali , Citarasa Malaysia , katanya . Deko kotaknya ringkas sahaja .


Pizza Citarasa Malaysia


Pizza al-Mizan ni pizza keluaran tempatan seratus peratus bumiputera . Yang menariknya rasa sosnya tak berapa masam dan rasa rempah tempatan . Memang kena lah dengan selera sis . Kita kenalah sokong produk tempatan yang dah pasti halal kan .

Pizza yang di atas tu pizza yang ditaburkan dengan isi ayam yang disiat-siat yang diberi nama Chicken Slice dan rasanya ada rasa ayam macam sate kot dan satu lagi ada nenas , yang rasanya masam manis . Tak tahu lak apa namanya . Tanya anak buah , mereka pun dah tak ingat . Tu lah dah dua minggu rasanya makan pizza ni . Tapi perasanya memang perasa tempatan ... heh heh heh .

Pizza yang ditawarkan oleh Al-Mizan adalah

  • Beef black pepper
  • Beef pepperoni
  • Chicken black pepper
  • Chicken BBQ
  • Chicken mushroom
  • Chicken pepperoni
  • Chicken slice
  • Sausage mushroom
  • Spicy tuna
  • Seafood


Kalau korang berminat dan nak tahu lebih lanjut , korang boleh dapatkan maklumat pizza al-Mizan di bawah ni ;


Facebook : facebook/almizanpizza

Instagram : instagram/almizanpizza

E-mail : almizanpizza@gmail.com


3 comments:

  1. setuju. kalau kta tak sokong siapa lagi nak sokong...paling penting halal.

    menarik juga nampak

    ReplyDelete
  2. kalau sedap, mmg sokong 100% produk Muslim..

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...