Petua Melembutkan Ayam Tua Yang Paling Mudah


Petua Melembutkan Ayam Tua Yang Paling Mudah | Ayam ada macam - macam ayam , kata penyanyi / pelawak Jalil Hamid . Ada ayam hutan , ada ayam ternak , ada ayam kampung , ada ayam pencen , ada ayam jantan , ada ayam betina dan anak ayam . Dah macam masuk kelas nak kenal jenis-jenis ayam lak . Tak pe lah . Korang hadam je la sis membebel ni ... heh heh heh .

Petua Melembutkan Ayam Tua Yang Paling Mudah



Petua Melembutkan Ayam Tua Yang Paling Mudah

Kalau korang beli ayam daging / ternak / suntik , tak jadi masaalah lah sebab dagingnya lembut . Korang masak 20 minit pun dah boleh makan . Cuma tak pasti darah masih ada ke idak . Tu kena tengok korang potong besar mana .

Tapi ada orang memang suka beli ayam pencen / ayam tua / ayam kampung yang dagingnya liat sikit tu. Masa sis kecik dulu kan , arwah bonda akan masak ayam kampung yang dibela sendiri tu berjam-jam guna kayu api . Kalau nak buat makan petang , pukul 3 dah mula masak ayam . Masak sampai daging lembut berbantukan beberapa petua lah . Antaranya , masukkan sudu dan daun nangka .

Petua 1
Tumbuk setengah sudu teh lada hitam bersama dengan sedikit halia, masukkan ke dalam periuk bersama ayam tua dan air untuk direbus. Rebus hingga lembut. Kemudian keluarkan ayam, cuci bersih, lumurkan tepung beras dan goreng.

Petua 2
Masukkan beberapa keping tempurung kelapa ke dalam periuk ketika merebus ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Petua 3
Masukkan seruas tebu ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Petua 4
Bungkus satu sudu besar biji selasih dengan kain kasa dan masukkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Petua 5
Masukkan daun pisang abu yang telah dicarik-carikkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Petua 6
Potong ayam tua kepada beberapa bahagian. Rebuskan bersama air kelapa sehingga empuk. Toskan airnya dan boleh dimasak seperti biasa.

Petua 7
Masukkan beberapa potongan pangkal daun nanas (warna kuning) ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Keluarkan apabila ayam telah empuk.

Petua 8
kisar sepotong buah nanas. Lumurkan pada ayam tua dan perap selama setengah jam. Bersihkan dan masak ayam seperti biasa.

Petua 9

Masukkan daun nangka ke dalam masakan ayam . Masak bersama ayam sehingga ayam empuk .

Petua 10

Masukkan beberapa batang sudu ke dalam masakan ayam . Ayam akan empuk lebih cepat .

Sekarang ni , man in the house juga suka makan ayam pencen / kampung buat sup . Lemak tak banyak katanya . Tapi kami tak guna semua petua tu . Kami guna je periuk tekanan . Masak 40 minit , udah lembut ya neng ... heheheee .


1 comment:

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...