Buah Katak Puru Dan Khasiatnya


Assalamualaikum ...

Entri hari ni , 
den nak memenuhi permintaan teman - teman den 
dengan bercerita sedikit tentang kisah dan khasiat buah nam-nam.
Mungkin sebab fizikalnya yang menggerutu  
ada orang panggil buah ni dengan nama buah katak puru .

Buah Katak Puru Dan Khasiatnya



Ramai yang berminat tentang buah Nam - Nam ni rupanya .
Jadinya m den cubalah cerita sebanyak mungkin yang den mampu tentang buah nam - nam ini lah ya .


Buah Katak Puru Dan Khasiatnya

Buah Katak Puru Dan Khasiatnya


Buah nam - nam ni rasanya masam manis .
Rasanya tak macam mangga juga tak macam buah nona .
Sesuai sangat untuk orang mengidam .
Kalau dah makan , memang nak lagi tau ...
Kalau kat kampung , 
bangun pagi saya akan cari buah ni dulu !


Buah Katak Puru Dan Khasiatnya
google

Tengok imej kat atas ni pun dah boleh terliur tau .
Kadang - kadang ada di jual kat pasar tani .




Buah Katak Puru Dan Khasiatnya
google


Buah nam nam ni sedap kalau makan cicah dengan kicap .
Boleh juga buat buah campuran untuk rojak .
Kalau setakat cecah garam pun dah ok .
Kalau rajin , boleh juga buat jeruk asam boi buah nam nam .


Buah Katak Puru Dan Khasiatnya
google


Buah nam - nam juga boleh buat sambal ikan juga sambal biasa .
Tapi den belum pernah campur buah nam nam dalam 
masakan gulai atau asam pedas .


Buat jus buah nam - nam , lagi sodap weyyy ...

 Buah Katak Puru Dan Khasiatnya
google


Owh , pokok ni , cam pernah nampak jer .
Ha ah , ni la pokok buah nam nam yer .
Tu al gayanya bila berbuah .
Pokok buah nam nam ni berbuah bila - bila masa dia suka .
Tak ikut musim !

Buah Katak Puru Dan Khasiatnya
Ni pokok buah nam nam yang ditanam kat belakang rumah .
Masih muda . Belum berbuah lagi .
Saja - saja campak biji buah nam nam .
Tak sangka terus hidup !

Buah Katak Puru Dan Khasiatnya
Daun muda buah nam nam berwarna pink .
Kalau rajin , makan ulam daun buah nam nam dan makan buah nam nam ni , 
boleh sembuhkan kencing manis dan darah tinggi .
Kalau keringkan buah nam nam , boleh buat ramuan teh .
Juga boleh jadi campuran dalam merawat batu karang

Tu kata orang tua - tua .
Sebab tu orang zaman dulu suka makan ulam .
Dan kebanyakan mereka sihat hingga ke akhir hayat .


Buah Katak Puru Dan Khasiatnya


Ni la penerangan yang den leh buat .
Harap Lydia Miza puas hati .
Terima kasih kepada yang sudi bertanya .
Sonang den ,
trus ada idea buat entry !
heheheeee ...

Imej yang tak de watermark tu 
hambo ambil daripada google ...





11 Sila komen:

  1. baru hari nie tengok pokoknya...selalu kirim kat kakak ipar kalau dia balik kelantan...sedap..tak sangka berkhasiat ye

    ReplyDelete
  2. Sah memang kakak tak pernah jumpa. Nak cari kalau boleh nak tanam juga. Mana tahu boleh hidup macam pokok Vee punya kat belakang rumah tu (ini kakak dah jeles sebenarnya)...

    ReplyDelete
  3. err kalau saya nak makan.. saya nak makan yg dalam ke..yg luar?err baru nampak buah ni :)

    ReplyDelete
  4. tak tau khasiatnyer.. tpi KA mmg suka , byk buahnyer kat rumah MIL ni

    ReplyDelete
  5. Mengapa pula namanya katak puru? Sebab ia boleh melompat ke???

    ReplyDelete
  6. Kat rumah mak mentua akak ada ni, selalu buat makan gitu je...Sebelum kahwin tak kenal pun buah ni, sebab kat kg akak memang tak ada. Kat sana diorg panggil buah nenam

    ReplyDelete
  7. baru tengok gambar dah terliur..1st time nengok pokonya.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...