Daging Gulai Daun Kemangi


Assalamualaikum ...

Hari ni QV nak kongsi resepi daun kemangi .
Sebenarnya nak wat entry resepi ni semalam .
Tapi bimbang ada yang bertanya tentang daun kemangi .
Jadi QV buat le entry tentang daun kemangi dulu .
QV dah share manfaat dan kebaikan
makan daun kemangi ni di SINI .





Now nak share lak kegunaan daun kemangi dalam masakan .
Rasa daun kemangi ni macam daun selasih .
Rasanya sahabat dah biasa dengar 
daun selasih dalam masakan kan !



Gulai Daun Kemangi


Tumbuk cili padi , bawang putih , bawang merah kecil , 
halia , kunyit dan serai .
Panaskan minyak , 
tumis hirisan bawang bersama bahan yang ditumbuk .
Masukkan sedikit cili boh .
Tumis hingga bawang layu .



Masukkan daun kemangi dan gaul mesra .



Masukkan santan dan daging yang sudah direbus .



Masukkan bahan perasa .
Gaul mesra dan biarkan kuahnya agak pekat .



Siap untuk dihidang dan dimakan .
Kalau sahabat gantikan dengan daun selasih ,
jadi ler daging masak gulai daun selasih kan !

Selamat menjamu selera .



Mungkin boleh dapat kat nursery yang jual pokok herba .
Mungkin juga kat pasar tani , kalau ada .
Selalunya kat kampung senang nak dapat pokok ni .
Saya ambil biji benih daripada kampung .
Tu pun cuma hidup sepokok jer .



Ni pokok kemangi yang dah tua .
Macam pernah nampak tak ?
Kat bunga tu la jadi bijih benih bila dah hitam aka tua .


10 Sila komen:

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...