Dulu Tak Suka Sekarang Sangat Suka .


Assalamualaikum ...

Tak ramai orang yang pandai makan peria .
Malah ramai juga yang tak suka .
Macam tu ler juga kakak QV .

Masa kakak QV bujang ,
dia memang tak makan peria .
Bukan tak suka tapi tekak dia tak boleh terima .
Ada satu masa tu , sambil makan sambil tengok tv .
Masa dia leka mengunyah sambil tengok tv tu ,
QV letak sayur peria kat atas pinggannya 
dan tutup dengan longgokan nasi .
Bila masuk dalam mulut dan dia merasa sayur peria tu ,
terus jer keluar segala jenis makanan dari mulutnya .



Bila dah berumahtangga , 
si husband lak suka sangat dengan peria .
Bila balik daripada pasar mesti ada sebatang peria .
Jadi , hidangan sayur peria tu dah wajib ada 
sekurang - kurangnya sekali seminggu .

Satu hari tu QV terperasan , 
dengan selamba jer kakak QV meratah sayur peria .
Dengan nada terkejut , tanyalah kat dia ;
Sejak bila pandai makan peria nih ?
Selamba jer dia jawab ;
masa mengandung hanani ( anak ke2 ) lah .
Aku tak perasan camna jadi ' doyan ' makan peria nih .
Owh ... rupanya !



Rupanya , baru QV tahu .
Anak dalam kandungan boleh merubah makanan kesukaan si ibu .
Mengandung yang ni lak , 
kakak saya suka makan coklat dan minum air milo .
Sedangkan sebelum ni 
kakak saya tak layan semua ni sebab manis .

Kali ni , masam - masam dah tak jalan lak .
Makin meloya teruk adalah !
Harap - harap tak lah jadi kencing manis 
pada si ibu dan anak lak nanti .




15 Sila komen:

  1. kala mengandong mcm2 benda pelik boleh jadi,.
    yg suka jadi dan sebaliknya.
    yg terbaik asal tak memberi mudarat kepada tuan badannya :))

    ReplyDelete
  2. selera orang mengandung ni berbeza-beza...ada setengah tu masa mengandung suka makan beras mcm makn kacang...

    ReplyDelete
  3. Saya juga masa kecik2 tak suka peria. Saya juga masa tu tak suka langsat. Yg paling saya suka durian. Tapi sekarang bila dah berusia ni saya suka peria dan langsat. Durian pula yg dulu saya suka kini paling benci, sampai kadang2 rasa pening kepala jika terhidu...

    ReplyDelete
  4. memang akan jadi sedikit pelik tabiat ibu mengandung. tapi asalkan tak mendatangkan mudarat takpe

    ReplyDelete
  5. sayapun, tiap kali mengandung, selera pun berubah, tapi tang peria tu, saya memang makan

    ReplyDelete
  6. Peria mmg pahit...rietta cuma bleh jamah sket jerr....byk byk xdaya....

    ReplyDelete
  7. macam-macam kan.. ada yang suka, terus jadi tak suka.. apapun, moga baik-baik je.. tak memudaratkan :) Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  8. betul jugak. ada yg waktu pregnant tu je suka, lepas bersalin kembali ke asal.

    ReplyDelete
  9. tak suka peria...hehehe.

    ReplyDelete
  10. masa mengandungkn Hero bungsu, sy suka makan peria ni tp bila mengandung puteri bungsu langsung x masuk tekak..

    ReplyDelete
  11. Semoga anak sy mengidam bnda2 yg senang dicari..hiksss

    ReplyDelete
  12. ermm.. mummy-ann suka makan peria lepas kawin kott.. bukan sbb mengandung pun.. memang manusia boleh berubah

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...