Kena Bom Dengan MD


Assalamualaikum ...

Malam tadi barulah berkesempatan nak jenguk blog ni .
Bukannya sibuk sangat pun .
Eh , yer ke ?
... heh heh .

Bila tengok awaiting komen yang banyak tu ,
maka tergerak lah hati nak melihatnya 
walaupun selalunya vee buat new entry dulu .
Bila buka , ramai lak pembaca baru , alhamdulillah .
Pastu scrool bawah nampak lah ni .



Kommen dari MD pemilik blog My Little Amazing World .
Biasalah kalau MD ni komen banyak tu .
Past vee scroll lagi ...
meh tengok apa jadi --- >





Banyak kan ! Kena bom dengan MD nih .
Terima kasih lah pada MD kerana sudi baca entry - entry lama vee .
Tetiba rasa segan lah pulak .
Vee kalau pi blog kengkawan selalunya akan baca maksima 3 entry sahaja .
Sebab banyak blog nak kena buat BW .

Lagi vee malu kat MD ni sebab pada masa MD komen ni vee cuma ada satu entry baru .
... adehhh .
Insha Allah , vee akan cuba up lebih entry pada masa akan datang .

Sebenarnya 2 hari vee tak menulis sebarang entry 
sebab vee beri perhatian pada blog satu lagi .
Vee ada 2 blog sebenarnya .
Tentu ada antara kengkawan yang dah biasa melawat blog
Tu lah blog kedua vee .
Blog tu vee wujudkan untuk post entry yang berilmiah .
Untuk tatapan family juga rakan FB .


Blog sulong ni lak adalah blog personal .
Untuk perkongsian sesama blogger sahaja .
Vee wujudkan dulu sebab nak meluahkan perasaan 
yang masa tu sedang frust cinta .
jadi vee gunakan blog ni untuk isi masa vee dari memikirkan dia .
Tak yah la korang pi korek isi blog ni ya 
sebab vee dah delete kebanyakan entry .
Tetiba rasa segan lak nak bagi orang baca ...

Bila sampai hujung bulan ni ,
biasalah , kuota pun dah habis awal .
Bila kuota habis loading pun lambat .
Sebab tu cuma boleh buka satu blog sahaja .

Blog cetusan minda dan blog ini akauannya berbeza .
Konon nak elak daripada dikesan 
tapi dia dapat juga mengesan akhirnya .
... heeeee .
Okeh , stop citer bab dia , tak sesuai . 
Nanti jadi hikayat 1001 malam lak .
Korang jangan nak korek pulak ya ...

Apa pun , terima kasih MD sebab rindukan entry veee .
cheh ... kasi perasan sikit .
Semoga persahabatan maya kita berterusan .
Begitu juga dengan kengkawan semua yang masih sudi singgah sini .

Kepada kengkawan yang belum mengenali MD ,
jomlah terjah My Little Amazing World .
Korang tak kan bosan baca celotehnya .
Tapi , korang kena sediakan air dan keropok sekali yer .
Sebab MD boleh membebel sampai berkajang - kajang tau .
... heh heh heh .
Jangan marah ya MD . 
Nanti cepat tua lah pulak ...
peace yooo ...





12 Sila komen:

  1. Disebabkan blogger macam MD ni lah akak masih setia pakai kotak komen popup window ni..tak payah dia buka satu2 entry..sekali buka 3 entry terus.tak menyusahkan pengunjung..kan??

    ReplyDelete
  2. saya dah join dan follow blog ini

    saya join blogger area mega giveaway

    singgah la disini , http://mimpicoklat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. MD ni peminat QV ya...rajin beliau menulis panjng2 ya...kak ni mmg xdaya...

    ReplyDelete
  4. eh.. ada nama saya terselit kat situ. orait cik qaseh a.k.a CM, sekarang jugak sy pergi terjah Mummy tu.. dasat komen pukal dia.. banyak giler.. mwahaha ^_^

    ReplyDelete
  5. Ya, Allah! Semua tu komen saya ke? Kemaruk mengomen tak sedar rupanya tengah mengomen di blog orang bukan tengah menulis entri di blog sendiri. Huahaha... Mesti tension Vee dok nak approve. So, saya kalau tak datang hari-hari jangan risau. Bila datang memang kebaboom dibuatnya ^_^

    Eh, saya mulanya tak tahu Cetusan Minda tu Vee yang punya. Lepas dok belek, telek, jeling sampai tergeliat leher ni baru perasan orang yang sama juga. Takpalah orang kampung kita, kita support sampai dia pitam!


    Thanks Vee sampai buat entri pulak dah ni.

    ReplyDelete
  6. Kedua2 blog vee rasanya bunda pernah terjah...tahniah dah ada dua blog...
    Salam hujung minggu..

    ReplyDelete
  7. Md memang top blogger komen dia selalu kat atas je..
    Plg bnyk..
    Dahlah jenis peramah.. sampai kalau dia xdtg blog boleh perasan..mcm ternanti2 plk.

    ReplyDelete
  8. Hehe, MD memang rajin komen secara 'bom' macam tu..hehehe

    oh, ada cerita menarik sebab ada dua blog ek.hihihi.barang yang lepas jangan dikenang, kan sis..

    ReplyDelete
  9. Itu baru betul-betul kena bom. Tandanya penulisan Vee memang menarik perhatian le tu. Tahniah Vee.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...