Assalamualaikum ...
Bila nampak ada menu kerabu pucuk ubi di atas meja ,
laju jer mulut ni bertanya ;
" kelapa parut ada lagi tak ? "
my kakak cuma mengangguk .
Maka berjalanlah projek yang dah sedia ada di hotak ni .
Yes , Vee nak buat kerabu ulam !
Cara Sediakan Kerabu
Nak hasilkan kerabu ,
kenalah sediakan kelapa parut yang disangan dulu .
Mula - mula sediakan bahan untuk ditumbuk iaitu
bawang merah , bawang putih , cili padi , buah cekur .
Boleh tumbuk sekali ikan bilis atau udang kering kalau ada .
Vee tak de stok dua sahabat tu .
Jadinya , guna jer bahan asas yang ada .
Panaskan kuali tanpa minyak ( sangan ) ,
masukkan kelapa parut dan bahan tumbuk di atas .
Gaul mesra mereka semua dengan api yang kecil .
Agak - agak dah tukar warna ,
tutup api dan angkat lah ya .
Kelapa parut tu vee sangan terkering lak .
Bila dah kering , jadilah serunding .
... adehhh .
Serunding pun serundinglah .
Janji boleh digaul mesra dengan bahan yang lainnya .
Sedikan Ulam - ulaman
Nak hasilkan kerabu ulam ,
dah tentulah kena ada ulam - ulamannya .
Vee cuma gunakan
daun kaduk , pegaga air ( dihiris / mayang )
yang diambil dari mini kebun belakang rumah .
Kemudian , tambah pula dengan
bawang besar , cili padi ,telur dadar (di hiris / mayang )
dan taugeh .
Kerabu Ulam
Bila dah sediakan bahan - bahan ulam ,
taburkan kesemua bahan - bahan ulam tu
ke atas kelapa parut yang sudah disangan tadi .
Gaul bagi mesra macam gambar kat atas ni ye .
Makan Dengan Nasi
Vee lebih suka makan kerabu ulam ni
stail nasi kerabu macam gambar kat atas .
Perahkan sebiji limau kepada yang suka masam sikit ya .
Selamat mencuba dan selamat berhujung minggu .
Doakan kepada mangsa banjir di seluruh Malaysia
supaya keadaan pulih dengan segera ... aaamin .
Sedap
ReplyDeletesuka kerabu..healthy food..
ReplyDeletewallaaaa hebat buat nasi ulam rupanyer anak dara ni yer ;)
ReplyDeletesalam pkenalan...
ReplyDeleteteringat mak saya dulu suka buat kerabu ulam pegaga, dengan taugeh n kerang...
follower #387... ;-)
yummy...dah lamer xmerasa kerabu macma tu...
ReplyDeletesedapnya///mkn kerabu dgn nasi jer pun ok ni...
ReplyDeleteSalam. Hee nasi kerabu pun enak juga.
ReplyDeleteKena tambah budu sama baru best ^-^
ReplyDeleteVee, bila tengok kerabu ulam tu dah bergaul dengan nasi rasa macam terliur pulak. Kadangkan saya rasa macam nak ngap je sambil tutup mata tapi itulah tak kuat iman lagi ni nak ngap sayur-mayur bagai!
ReplyDeleteEh, ini ke yang my kakak rajin buat dulu tapi diletak udang kecil. Dan tugas saya ialah gaul udang kecil tu dengan kelapa dan makan. Ulam bagai, tolak tepi pinggan :)