Daun Peria Laut / Pantai


Assalamualaikum ...

Pernah dengar daun peria laut 
atau ada orang panggil daun peria pantai ?
Pokok peria laut / pantai ni  senang hidupnya .
Pokok ni mudah membesar .
Kalau nak pokok ni keluar banyak cabang ,
kena lah rajin patahkan dahannya .


Daun Peria Laut

Vee ada tanam kat belakang umah .
Ambil dari kampung .
Rasa daun ni ada getir sikit .
Bila kunyah lama , lepas tu akan ada rasa manis .


Daun Peria Laut


Daun Peria Laut / Pantai


Dari segi perubatan 

  Daun peria laut / pantai ni digunakan sebagai ubat kumur untuk menyembuhkan ulser mulutSelain itu, pokok ini dipercayai dapat menstabilkan tekanan darah dan membantu mengawal diabetes

Daripada rujukan, daun pokok peria laut / pantai 
dikatakan boleh digunakan sebagai sabun
Daunnya menghasilkan buih apabila diramas dalam air. 
Apa pun, Vee sendiri belum pernah mencubanya lagi .



Daun Peria Laut


Resepi / Jenis Masakan


Jenis masakan daun peria laut / pantai ni , 
selalunya Vee masak bening je .
Makan dengan ikan masin dan sambal totok ikan bilis .
Perghhh ... zombi lalu pun tak pandang .
... heh heh heh .

Satu hari tu suruh my anak buah masak sayur ni .
My anak buah masak goreng .
Owh ... lagi sedap rupanya .
Sebab rasa pahit getirnya tak berapa keluar .
My anak buah yang tak suka makan pun ,
semuanya makan selamba je sampai habis .

My kakak tanya :

" sedap ke sayur tu . "

" sedap mama . " 

kata si abang dengan makan sambil angguk kepala .

Ada satu hari tu , 
tengok pucuk daun peria laut / pantai ni banyak benor .
Vee pun celur je kat air mendidih .
Pas tu makan lah dengan sambal sardin .
owhhh ... sedap juga .
Vee ratah je sayur celur tu .

Vee tak tau lah ada ke tak jual kat pasar .
Tapi khabarnya ada di pasar Putrajaya .
Kalau kat pasar borong , tak jumpa lagi .

Korang pernah makan tak ?





17 Sila komen:

  1. BUAT SAYUR LEMAK PUTIH LETAK GULA SIKIT SDP JUGA VEE...

    ReplyDelete
  2. ohh boleh makan ye.. baru tahu.. thanks sharing

    ReplyDelete
  3. mana nak jumpa pokok ni...x pernah nampak pun...

    ReplyDelete
  4. ishhhh tak pernah dengar lah... boleh jugak nak cuba ni kalau ada... sayur sedap kalau masak goreng... kegemaran saya tu (apa jer lah masakan yg aku tak gemar yer... hahahaha)

    salam singgah

    ReplyDelete
  5. jika kau rasa getirnya..

    tak pernah makan, tak pernah rasa lagi, tapi yg pahit2 tu buat ubat, dan utk awet muda jg..

    ReplyDelete
  6. ada macam bentuk daun sirih gak kan vee..

    ReplyDelete
  7. Rasa mcm pernah mkn buat ulam tp masak goreng belum pernah boleh lah try nanti

    ReplyDelete
  8. sy pernah makan peria je, daunnya tak pernah lagi hehe :D

    ReplyDelete
  9. tak pernah tau ada sayur ni.. tapi i pun setuju sayur yg pahit2 selalunya banyak khasiatnye..
    --
    Fara
    http://amfarra.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Tak pernah rasa lagi Daun Peria ni.. nampak macam sedap tapi mesti ada rasa pahit pahit sedikitkan?.. terliur pula..

    ReplyDelete
  11. Of courselah tak pernah merasa, Vee. Saya ni jangan ditanya, tak mungkin akan awet muda bila dah tua (sangat) nanti. Tak macam Vee langsung yang suka meratah segala sayuran.

    First time juga dengar nama daun peria pantai ke apa ni. Peria tu kenallah walaupun tak pernah merasa juga!

    ReplyDelete
  12. Peria dan kambas biasa makan, tapi pucuk peria belum lagi, ni baru tau

    ReplyDelete
  13. Baru tau malam ni hihi....Macam daun apa rasanya Vee

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...