Ayam Golek Berempah


Assalamualaikum ...

Cuti CNY sudah bermula .
Dah tentu ada antara korang yang nak buat majlis .
Majlis bertunang , kahwin , harijadi dan mungkin juga kenduri .
Kalau tak diri sendiri , 
mungkin ahli keluarga juga saudara terdekat .
Jadinya vee nak buat entry tentang masakan .


Ayam Golek Berempah



Ayam Golek Berempah


Ayam golek berempah ni 
vee buat untuk harijadi my anak buah 1 februari lepas .
Nak buat pun mudah je .
Seawal malam vee dah mula kerjakan ayam nan seekor tu .

Petang , my anak buah dah nampak ayam ni 
tapi mereka tak ada klu lagi .
Kakak Najwa kata ;

" hanani , ada ayam seekor kat sinki . "

dia memberitahu dengan seronoknya 
tanpa dapat klue kenapa ada ayam seekor di dapur .

malam tu hanani tegur mak usunya :

" mak usu nak masak ayam ? "

bila dia nampak mak usunya sibuk dok mengerjakan ayam .
hanani juga masih tak dapat klue lagi .

dalam pukul 10 malam gitu ,
si abang lak tegur ;

" mak usu nak masak ayam nabila ? "

si abang seorang je yang dapat agak 
apa mak usunya nak buat dengan seekor ayam tu .
... heh heh heh .



Ayam Golek Berempah

Proses 1 ; Kukus Ayam


1 inci halia
5 biji bawang putih
1 batang seri
3 hirisan lengkuas
sedikit garam


Ayam Golek Berempah


1- tumbuk kasar semua bahan di atas .
2- Selepas itu , sapukan pada keseluruhan ayam luar dan dalam .
3- Masukkan dalam pengukus .
4- masak dalam 1 jam .


Ayam Golek Berempah


* Simpan kuah / sup ayam kukus untuk dibuat sup .


Proses 2 ; Perap Ayam


Bahan A

1 sudu jintan manis 
1 sudu jintan putih
1 sudu ketumbar 

1- sangan ( goreng tanpa minyak ) semua bahan di atas hingga garing .
2- tumbuk kasar  dan letak tepi .


Ayam Golek Berempah


Bahan B

1 sudu bahan A
1 sudu rempah kari
1 sudu rempah kurma
1 sudu rempah sup 
1 sudu serbuk kunyit
sedikit serbuk lada hitam
2 sudu madu lebah

1- campurkan semua bahan di atas .
2- Masukkan sedikit air kukus ayam untuk cairkan rempah .
3- sapukan pada keseluruhan ayam .
4- perap ayam semalaman .


Ayam Golek Berempah


Proses 3 ; Panggang Ayam 


Selepas perap semalaman ,
masukkan ayam ke dalam oven .
Masak hingga rempah / bahan perap di atas ayam 
nampak sedikit kering .
Bila rempah sudah agak kering , 
keluarkan ayam dan 
ayam golek berempah boleh dihidangkan .



Selamat mencuba semua !














13 Sila komen:

  1. fuhh, penuh rempah..mesti sedap ni..thanks untuk resepi.. :)

    ReplyDelete
  2. wah, terliur wana tengok ayam golek tu..menggoda sungguh.. :)

    ReplyDelete
  3. PANDAINYA QV MEMASAK..TENGOK RESEPI N CARANYA PUN TAHU GERENTI SEDAP..

    ReplyDelete
  4. nyum... wow.. banyaknya rempah, mesti sedap ni nyum~ :)

    BLOG OH! BLOG

    ReplyDelete
  5. Perghhh! Dah macam menu makan beradap dah ni... He He He...

    ReplyDelete
  6. wah vee sedapnya.. hana ni dah allergic x boleh makan ayam plak..

    ReplyDelete
  7. Akk..nmpk sedapnya ayam tu..hehe..nk cuba jgk resopi ni..x pnh buat ayam golek lagi :)

    ReplyDelete
  8. Ya Allah sis, sedapnya ayam golek berempah tuuu...

    ReplyDelete
  9. uwaaaa...sedih bila baca entri nih..resipi semua dah ada tapi tak boleh nk buat SBB tak ada KETUHAR/Oven hhuhu

    like JM tinggal berdua tak sesuai nk buat...tggu 'kenduri' lah

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...