Assalamualaikum ...
Hujung minggu lepas , ada sikit kerajinan .
Bukan den yang rajin tapi my kakak lah .
Den tengok je ... heh heh heh .
Belajar Buat Capati
Selalunya kalau hujung minggu , ada banyak masa .
Boleh la kalau nak mencuba resepi itu dan ini .
Kali ini my kakak cuba buat capati .
Nilah tepung Atta yang digunakan untuk buat capati .
Tepung segera yang dah sedia ada di pasaran .
Sebelum ni buat capati guna tepung gandum je .
Ikut resepi sendiri dari my bunda .
Jadilah juga cuma kaler lain lah .
Kat belakan paket ni ada resepi nak buat capati .
Moh kita belajar buat capati .
Resepi Membuat Capati
Bahan - Bahan Capati
450 gm tepung Atta
2 camca besar marjerin / minyak sapi
Cara Membuat Capati
1- Masukkan tepung Atta , marjerin / minyak sapi dan garam
ke dalam mangkuk .
ke dalam mangkuk .
2- Masukkan sedikit demi sedikit air suam .
3- Campur dan uli semua bahan dalam beberapa minit
sehingga menjadi doh .
sehingga menjadi doh .
4- Masukan doh ke dalam mangkuk dan tutup dengan tuala lembap . Biarkan selama 1/2 jam .
5- Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil
6- Canai bebola doh hingga nipis di atas papan canai yang sudah ditaburkan tepung Atta .
7- Panaskan kuali leper dan masukkan capati .
Balik - balikkan sehingga masak .
Balik - balikkan sehingga masak .
Selalunya orang suka makan capati cecah kari kan .
Ada juga yang suka cecah sambal dan dalca .
Tapi kami makan capati cuma cecah sambal telur hancur je .
Senang je kan nak membuatnya .
Jadi susah cuma bila korang malas nak menguli lah .
... heh heh heh .
Jom lah cuba .
makanan sihat..tak berminyak..tapi makan sekeping rasa x puas, at least 2 kpg..hehe..
ReplyDeletemcm sgt senang..nak cuba la nti :)
ReplyDeleteWah..bestnya..buat capati sendiri..terbaek la.. :)
ReplyDeletebuat capati bancuh tepung bentukan bulat2 n canai saja ya...mudah tu tapi perlu rajin mcm qv.
ReplyDeleteSalam Qaseh...
ReplyDeletesebenarnya resepi awal capati langsung takder unsur lemak tu... takder magerin atau minyak atau apa butter... saya pernah tengok diorang buat... tapi sebab akibatnya capati tu akan keras kejung.. maka diorang tambah lah unsur2 minyak tu... tapi saya pun lebih suka capati berbanding roti canai yang kuahnya ialah minyak berlinangan
besnyer vee, boleh wat capati sendiri.. senang juga nak buatnya.. ingat susah sgt. bahan pn tak banyak
ReplyDeletetang mengulitu akak lemah jugak.. ha.. ha...
ReplyDeletebeli yg siap,pastu balik panggang.. hehe.. makan ngan sambal ikan bilis.. layan..
ReplyDeleteBaru lepas raya cina... Dah nak deepavali plak ke? He He He...
ReplyDeletelya rsa klo cicah sardin pom sedap ni..
ReplyDeleteDah lama tak makan capati, nak try buat la ^-^
ReplyDeletetry test ...
ReplyDeletesenang juga nk buat.. kalau cicah guna sambal ikan bilis pun sodap
ReplyDeletepart nak menguli tu yg malas
ReplyDeleteTetiba craving nak makan capati. Huaaa. Kena beli tepung tu. Nanti nak try buat kat rumah cuti nanti
ReplyDeleteKalau malas memang semua pun tak jadi! Tak pernah lagi buat chapati sendiri, Vee. Kalau saya ni memanjang je tak first time, memang tak pernah *_*
ReplyDeleteuntunggglaa tak payah ergi kedai mamak dah
ReplyDelete