Assalamualaikum ...
Selepas balik dari TBS tempoh hari ,
kami pi singgah di gerai sebelah
Universiti Tenaga Nasional Serdang .
Oleh kerana masa tu baru je pukul 12 tengahari,
makanya tak banyak lagi gerai yang dibuka .
Tapi belum disediakan lagi .
Tunggu punya tunggu pun masih tak nampak bayangnya .
Tapi kuih lain satu persatu dia pi letak .
Jadinya vee beli je lah yang lainnya .
Dalam cuaca panas membahang tu ,
airlah yang paling menyelerakan .
Target utama mestilah air kelapa .
Ada nampak gak coconut shake .
Tapi sebab coconut shake tu campur susu ,
makanya , tak membelilah .
Sebab Rasulullah pesan ...
minum susu jangan campur bahan lain .
... heh heh heh .
Rembatan lain ada la buah jambu batu potong
dan rojak buah .
My kakak lak melayan si kecik dan si abang tu
dapatlah rembat air keladi, keropok lekor
... yang lain dah tak ingat sih !
Oleh kerana kejar masa nak ambil Nabilah balik tuition
pukul 12.30 kat Cyberjaya ,
maka terpaksa lah kempunan lagi .
Vee ni segan sebenarnya nak snap gambar masa membeli .
Maklumlah , makin lama lakin ramai pelanggan datang ke situ .
Jadinya snap dari jauh je lah .
Balik umah ,
terus letak je hasil tangkapan kat atas meja kopi .
Masuk bilik , belek barang dibeli
dan kira baki rm .
Bila keluar nak makan rojak buah ,
... aduh , duh , duhhhh ...
redha je lah ya mak usu .
rojak buah ku hanya tinggal
3 hiris betik , 2 ketul jambu batu , 1 ketul nenas .
... dah double kempunan nih !
Pengajarannya ...
... sedekah itu hadiah terindah !
alhamdulilah , dapat gak rasa kan .
Gambar tak de sebab tak ingat dah nak ambil gambar .
baca cerita je lah ya ...
Selamat berhujung minggu ...
maksunya dh gede tu mkn tu rasa2 dhlah heh...heh..gurau jer qv
ReplyDeletelain kali jangan segan amik gambar... ambik jer... kalau orang tengok cakap kat dia... ai blogger... dia paham tak paham lain cerita...
ReplyDeletedunia sekarang... hantam saja bah...
wah..bagus ni..ikut sunnah nabi..jgn campur susu dgn makanan lain.. hihi.. tp skarang kbyakan gittu la.. mmg susah nk cari ori punya
ReplyDeleteselalu kalau nk ambil gambr makanan mesti segan2.. heheh.. alamak memang kempunan la jawabnya. buat sendiri rojak tu
ReplyDeleteahaks...redho je lah
ReplyDeleteAlahai, kesiannya! Redha ajelah Vee dah namanya anak buah ramai keliling pinggang :)
ReplyDelete