Makan Semurah RM3 Di Cempaka Food Court PKNS Bangi


Makan Semurah RM3 Di Cempaka Food Court PKNS Bangi |  Awal Januari lepas , sebelum persekolahan bermula , macam biasa , bila kebosanan melanda my anak buah yang dah bercuti panjang ni , kebetulan pula mamanya sudah gaji , maka adalah yang cadangkan pergi jalan-jalan cari pasal . 


Makan Semurah RM3 Di Cempaka Foodcourt PKNS Bangi



Kompleks PKNS Bangi


Rancangan asal nak pergi ke taman yang terletak di Bangi bersama anak buah . Semasa dalam perjalanan , anak buah mengadu lapar pula sebab mereka semua belum sarapan lagi . Kebetulan pula taman di Bangi bersebelahan dengan kompleks PKNS Bangi . Jadi kami singgah saja Kompleks PKNS Bangi untuk makan .

Bila kami masuk sahaja ke dalam Kompleks PKNS , kami nampak restoran KFC . Maka kami pun memilih untuk makan di situ . Malangnya ramai pula yang nak makan di situ . Kami tak sangguplah nak beratur panjang pada masa yang sama kami juga sudah kelaparan . 

Kami pun naik ke tingkat atas sebab kami nampak ada restoran di bahagian atas . Setibanya di tingkat 2 , kami terlihat cempaka food court . Apalagi , kami pun segerlah masuk ke situ . Kebetulan waktu itu tidak ramai pelanggan . Jadi mudahlah kami nak cari tempat duduk memandangkan kami berlapan .

Makan Semurah RM3 Di Cempaka Foodcourt PKNS Bangi

Makan Semurah RM3 Di Cempaka Food Court PKNS Bangi


Seperti biasa , sis dan anak buah akan mencari haluan masing-masing untuk memilih menu yang kami suka . Di situ , sis memilih untuk makan mee . Menu yang sis pilih adalah mee hoon soto . Lima orang anak buah sis bersama mama memilih menu nasi goreng ayam untuk makan tengahari mereka .


Makan Semurah RM3 Di Cempaka Food Court PKNS Bangi


Sama ada meehoon soto ataupun nasi goreng ayam , kedua-dua menu tersebut sederhana banyaknya .. Memang kenyanglah kami makan . Malah anak buah sis tak habis memakannya . Jadi mereka bungkus lebihnya untuk bawa balik .


Makan Semurah RM3 Di Cempaka Food Court PKNS Bangi


Apa yang kami tak menyangka adalah , kedua - dua menu yang kami pilih itu harganya sama . Harga makan semurah RM3 ! Dan portionnya banyak tau . Rasa kedua-dua menu tersebut juga sedap . Lebih dari berbaloi makan di Cempaka Food Court Kompleks PKNS Bangi ni . 


Makan Semurah RM3 Di Cempaka Food Court PKNS Bangi


Air di atas tu adalah air jus epal . sis terlupa pula nak tanya anak buah berapa harga air jus epal itu . Airnya ada rasa epal hijau . Memang sedap . Selain itu , anak buah sis order juga air milo ais 


Sebenarnya kami tak sangka masih ada lagi makaan semurah itu di kala GST melanda ! Sekarang , tak tahulah masih kekal dengan harga itu ataupun sudah bertambah ...





15 Sila komen:

  1. mungkin sempena musim kemerdekaan ni kot? hehe..

    ReplyDelete
  2. WAH BOLEH JIMAT BELANJA MKN SEDAP GINI TAPI MURAH

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. mmg murah . mungkin pihak pengurusan yg tetapkan harga tu ...

      Delete
  4. Memang murah sangat tu.
    Boleh gi makan hari2.

    ReplyDelete
  5. waa murah betul ni.. nnti kalo g bangi insyallah boleh singgah di kompleks pkns ni..

    btw jemput join segmen terbaru sy yer.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah cuba . cuma sekarg ni tak taulah harga masih rm3 lagi ke idak ... insha Allah .

      Delete
  6. mak aihh..ni mahu tabau bawak balik..murah dan nampak sedap.

    ReplyDelete
  7. Sangat murah tu kalau setakat RM3 aje. Mana nak dapat sekarang makanan macam ni murah.

    Tapikan Vee, ni rasa suspicious sikit - nak pi taman untuk apa? Beriadah ke? Awat taman belum sampai dah sampai tempat makan dulu? Hahaha!

    ReplyDelete
  8. tak pernah sampai lagi kompleks PKNS bangi...kalau PKNS shah alam kerap juga dlu

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...