Buat Sendiri Di Rumah : Kempiskan Perut Hanya Dengan 3 Bahan | Sis sedang berusaha mengempiskan perut . Sangat tegar tau . Maklumlah, bila dah berusia ni , cepat je naiknya kan . Jadinya , apa sahaja cara / kaedah semulajadi yang boleh mengempiskan perut , sis akan cuba . Kempiskan Perut Hanya Dengan 3 Bahan ni adalah diantaranya . Sambil mencuba , sambil sis kongsikan di sini juga untuk korang yang sekapal dengan sis .
Buat Sendiri Di Rumah : Kempiskan Perut Hanya Dengan 3 Bahan ni sangat mudah sebab bahan itu korang cuma perlu amil di dapur sahaja . Bagi yang tak ada lemon tu , kenalah beli .
Sis selalunya merebus waktu malam . Minum sikit sebelum sarapan . Kalau rajin , bila haus je minum . Rasanya masam dan pedas je . Kalau nak manis , masukkan madu lah . Sebenarnya sis dah biasa minum air lemon dan teh halia . Jadi tak jadi masalah lah .
Bahan-bahan :
1. Sebiji Lemon
2. Halia dalam dua atau 3 inci
3. Air 1.5 liter
2. Halia dalam dua atau 3 inci
3. Air 1.5 liter
1- Masukkan 1.5 liter air dalam periuk dan panaskan. Masukkan lemon yang dah dipotong dan halia yang telah di tumbuk ke dalam periuk tersebut.
2- Biarkan didih selama 5 minit. Jangan lupa kacau.
3- Selepas 5 minit didih, kecilkan api dan biarkan selama 10 minit. Tutup periuk dan tinggalkan ruang sedikit semasa tempoh 10 minit tersebut.
4- Padamkan api, dan tutup habis periuk tersebut.
5- Letak benda berat supaya wapnya tidak mudah keluar.
Seeloknya di buat waktu malam dan dibiarkan sejuk semalaman sebelum diminum pada keesokan harinya.
Cara minum :
Seteguk dua sahaja sekali minum. Maksudnya satu periuk tu boleh di habiskan dalam masa sehari. Letakkan dalam bekas minuman dan boleh di bawa ke pejabat. Minum sedikit-sedikit . Dilarang minum selepas jam 8 malam. Banyakkan minum air masak.
Kalau ikut cara orang putih , masukkan je lemon dan hirisan halia dalam air . Simpan dalam peti , pastu minum . Ada juga versi , masukkan lemon dan hirisan halia dalam air suam . Mereka panggil air detox . Semuanya sis dah cuba ... tegar kannnnnnzzzz !
Perkongsian dari FB Ibrahim Yop
Nak buat jugak lah Detox ni..
ReplyDeleteTQ share QV
kena rajin
ReplyDeletetips yg mudah n boleh buat sendiri utk detox toxin juga.
ReplyDeletePernah cuba memang menjadi.tapi bila penyakit M melanda..paham aje ler..hehe
ReplyDeleteSaya pernah buat detoxlah tapi tak kuat kesabaran di hati gitu. Separuh jalan aje. Yang campur lemon + halia macam Vee buat ni memang tak pernah cubalah. Kalau saya buat terus kempis perut, memang I call you teruslah ajak pi makan-makan. Hahaha!
ReplyDeletetq for sharing..bhn2 mudah..blh cuba jgk
ReplyDelete