Jambu Batu Dan Buah Salak | Pokok laut di backyard sufah lama tidak dicantas / diambil pucuknya untuk dibuat hidangan . Makanya , sudah banyaklah dahannya yang terjulur keluar pagar . Ada sebahagian dahan itu yang sudah dipotong oleh orang PBT . Yang selebihnya , dia tak usik pula . Mungkin sebab dia tahu tuannya ini makan pucuk tu cuma tak sempat nak ' menguruskannya' lagi ( malas sebenarnya )
Di petang sabtu nan indah , tapi tetap panas membahang , my kakak membersihkan longkang di backyard . Bila sis dengar je , cepat-cepat lah join sekali . Sambil mencantas dahan sambil memerhati pokok jambu yang dahannya gah ke luar pagar . Melihat banyak buah yang bergayut itu , sambil mencari kalau ada buah jambu batu yang masak .
Tetiba terlihat sebiji jambu yang sedang ranum . Maka segerlah capai bangku , lalu memanjatlah pokok jambu batu itu dengan jayanya . Sis ni bab memanjat memang dah jadi hobi dari kecik tau ... tak percaya ? Percayalah ! Sambil memanjat sambil memandang kiri dan kanan . Manalah tahu ada yang ternampak dan merkam pula . Tak memasal jadi viral di media sosial pula nanti .
Bila dah dapat , maka makanlahdengan pelahapnya ... ini betul ya . Macamlah tak pernah makan jambu batu dan di kedai tak ada jual buah jambu . Usai makan , sabung semula memetik pucuk peria laut dan mematah-matahkan dahannya dan longgokkan di bahagian sampah le .
Tiba-tiba si abang datang .
" mak usu , nak buah salak ? "
tanpa banyak tanya , sis capai , kupas kulitnya dan makan sikit . Yang lain simpan dalam poket seluar sebab nak habiskan 'mengerjakan' dahan peria laut itu kerana hari sudah hampir senja . Tetiba , dengar bunyi dari surau ... Owh dah nak azan Maghrib .
Tetiba teringat sesuatu . Maka sis pun meluru masuk ke dapur dan memanggil si abang .
" ko kenapa bagi mak usu buah salak ? Mak usu makan , mak usu puasa ! "
" alhamdulillah , rezeki tu . "
kata my kakak sambil senyum senyum .
" la mak usu makan ? "
Hanani memberi reaksi terkejut .
Bila azan berkumandang , sis pun duduk sambil meminum segelas air . tetiba teringat sesuatudan terus je meluru ke dapur dapatkan my kakak .
" ma , ada satu lagi . tadi makan jambu batu sampai habis . "
My kakak tergelak je .
Tulah kan kalau dah lama tak berpuasa sunat . Sepanjag hari boleh je ingatkan diri yang diri itu sedang berpuasa . Tapi bila ampak jambu batu , terus tak ingat . Nasib baik buah salak tu merasa sikit ja . Dan nasib baik juga sis tak pi dapu minum air selepas itu ... meh meh meh .
Tapi kalau berpuasa di bulan ramadhan , selalunya kita ingat yang kita sedang berpuasa walaupun hari pertama . Mungkin kerana semua orang puasa lah kan .
Ermmm ... rezeki .
Assalamualaikum Qaseh...murah rezeki betul....dapat makan tu walaupun berpuasa...
ReplyDeleteHihihi rezeki jambu batu dan salak lah ye QV..
ReplyDeleteMacam akak gi umrah itu hari..
Buat puasa sunat juga..
pastu gi jalan2 pasar kurma..
pastu org tu hulur suruh rasa..
dah termakan sebiji tu..
Baru teringat berpuasa..
Ye lah lain kalau puasa sunat ni..
Bukan semua yg berpuasa disekeliling kita..
memang rezeki..tulah, kalau kita sorang je yang puasa memang selalu terlupa.sedapnya buah salak...terliur!
ReplyDeleteheh..heh..pernah juga terjadi sekali...dpt rezeki terlupa berpuasa.
ReplyDeleteHahahaha alhamdulillah dah selamat masuk perut.... tak sengaja kan. Tapi best kalau siap dengan minum air segelas. Lepas dah kenyang baru teringat... hahahahaha haru sungguh.
ReplyDeleterezekii..sampai dua jenis buah dimakan..
ReplyDeletemasa kecik2 dulu, pokok jambu batu jadi tempat bermain..
Memang rezeki kan bila dah terlupa ....
ReplyDeleteKenyang juga tu makan jambu batu dgn buah salak
sedapnya buah salak..manis2 kelat....
ReplyDelete