Kuih Cincin | Santai-santai dipetang hari di depan tv memang best . Lagi best melayan my anak buah yang banyak cerita . Kami kalau berkumpul di depan tv , memang riuh rendahlah rumah jadinya . Nasib bai aunty sebelah pintu sporting . Kalau bab belakang rumah lak , sejak kebelakangan ini , ramai je nanak-anak orang yang menyanyi melalak di dalam bilik mandi . macam - mcam versi ada . Kekadang tu sampai gelak sis mendengarnya .
Masa my kakak meletakkan sepaket kuih di atas meja , maka terujalah my anak buah nak membukanya . Selepas itu , sampailah paket berisi kuih itu ke tangan sis . Maka spontan jer sis cakap :
" kuih deram . "
My anak buah lak menyampuk :
" buka kuih cincin ke mak usu . "
Cepat-cepat sis membilik tag kat paket tu . Ya memang tertulis kuih cincin . My kakak pula menyambung :
" buah tangan dari Sarawak . Kawan aku pergi meminang ke sana . "
My kakak memang selalu dapat buah tangan dari Sarawak dan Sabah dari kawan sekerjanya . Dapatlah kami merasa makanan tradisi mereka .
Sis memang suka dengan kuih deram yang bentuknya hampir sama dengan kuih cincin tu . Cuma warnanya gelap sikit sebab guna gula merah . Kuih deram ni bla masuk mulut terus cair . Berbeza dengan kuih cincin .
Kuih cincin ni keras ya . Keras ! Tapi bila dikunyah , rangup . Rasanya manis tebu . Tak berapa manis sangat walaupun bahan-bahan pembuatannya menggunakan 3 jenis gula . Sebab keras tu lah my anak buah tak berapa suka makan .
Bagi sis lak , sebab kuih cincin ni rangup masa dikunyah , maka sis dan my kakak makan tanpa offer kiri dan kanan ... heh heh heh .
Kalau ada jumpa di mana-mana , nak juga membeli lagi kuih cincin ni ...
suka jg kuih ni...officemate org Sabah selalu beli kuih ni letak kt office..
ReplyDeleteKuih deram tu saya pun suka. Kalau kuih cincin ni macam tak pernah merasa pulak. Asal dari Sarawak sana yerk...
ReplyDeletePsstt...semalam kita datang rumah tapi tak bagi masuk tau katanya kena private ^_^
Wow sepertinya rasanya enak tuh, hmm jadi pengen coba nih.
ReplyDeleteSedapnya...kunyah sambil tengok tv..ada pulak teh o suam :)
ReplyDelete