Program Realiti Tahfiz Muda Cungkil Bakat Anak Cilik | Tahfiz muda merupakan program yang mencari Tahfiz yang berusia dari 6 tahun sehingga 12 tahun dan mereka mestilah memenuhi syarat iaitu mereka hafal juz Amma .
Seramai 10 orang telah dipilih untuk menyertai program realiti Tahfiz Muda . Mereka terdiri daripada Muhammad Syadril Idham Sable, 11, Muhammad Anas Ajwad Noor Hisham,10, Muhammad Uzair Ahmad Bakri, 9, Nurul Iman Kamila Norhisyam, 8, Muhammad Haneef Kamarulzaman, 8, Muhammad Aminuddin Mohd Basir, 9, Muhammad Amiruddin Mohd Basir,9, Fatimah Azzahra Bukhari, 12, Nura Mohd Nazir, 10, dan Mohamad Aqil Khair Mohamed Fairos, 11.
Juri tetap yang dipilih adalah Ustaz Zainuldin (Hakim Tajwid), PU Hafiz (Hakim Hafazan) dan Ustazah Sharifah Khasif Fadzilah Mohd Badiuzzaman (Hakim Tarannum Kreativiti). Jui ini memberi markah 100 peratus . Program ini tidak menggunakan undi SMS . Sangat tak sesuai kalau guna SMS , pada sis lah sebab tak ramai pun rakyat Malaysia yang ada kemahiran tahfis kan .
Malam tadi , jam 9 malam di Astro Oasis telah berlangsung program realiti Tahfiz Muda untuk minggu kedua . Minggu pertama adalah minggu pengenalan para peserta . Makanya , tiada berlaku penyingkiran .
Apabila mendengar para peserta mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-quran , rasa macam leka pula . Sungguh tak disangka , anak-anak seumur 6 tahun punya keindahan suara seperti itu . Maka terfikirlah di otak ini ... seandainya aku ada anak , pasti bidang itu yang dipilih untuknya kerana tu bekalan akhirat .
Sis tahu , ada ramai ibu bapa di luar sana mempersoalkan kerjaya tahfiz ni . Bila dah selesai pengajian tahfiz , ke mana hala tuju anak-anak mereka ? Untuk persoalan itu , bagi sis mudah sahaja . Jawapannya , berniaga . Rasulullah juga berniaga dan 9 dari 10 rezeki itu dari perniagaan ! Berjaya atau tidak , itu bergantung kepada usaha peniaga itu sendiri . Sudah tentu perlu tahu dan belajar selok belok perniagaan .
Rezeki itu dari Allah . Kita minta dan usaha dengan cara yang dikehendaki Islam , in shaa Allah , DIA beri . Dan ... rezeki tiu ada di mana-mana !
rezeki bagi mereka yg arif dgn ilmu akhirat ni sgt muarah qv insyaAllah seumpama kata2 mrk yg mengendong akhirat dunia akan bersujud di kakinya.
ReplyDeleteSalam singgah & salam jumaat, maaf lama x jenguk N x terkejar nak baca n3 yg lain, adik plg suka tgk ni !
ReplyDeleteBudak kecik kalau buat hafazan mmg sedap Vee...lagi lagi yg berlagu tu....mmg khusyuklah mendengarnya...Comel jee
ReplyDelete