Kenapa Binatang Diberi Nama Orang ? | Binatang yang sering menjadi kegemaran untu dipelihara manusia adalah kucing , anjing , hamster , iguana , arnab dan ikan . Kalau korang mahukan yang lebih eksotik dan ganas , boleh je bela ular , lipan , kala jengking dan sebagainya . Jaga betul-betul jangan sampai makan tuan pula ya .
Kenapa Binatang Diberi Nama Orang ?
Kami memang sukakan kucing . Jadinya banyaklah kucing di rumah ini . Bila dah banyak , kenalah letak nama supaya senang nak tanya kucing nama tu di mana . Bila si ibu kucing bersalin , akan jadi masalah pada my anak buah untuk letak nama walaupun boleh je letak nama apa saja kan .
Rocky Dan Rokiah
Bila kami ada dua ekor anak kucing sepasang , sis tanya pada my anak buah :
" sapa nama kucing ni ? "
" yang hitam nama Rocky . Satu lagi tu nama Tigre . "
Maka sis pun menyampuk lah :
" kalau jantan namakan rocky , yang betina letaklah nama rokiah . "
Makanyayang memberi nama itu dah buat muka . Suka bebenor dengan nama mat salleh tu kan . Hakikatnya kita ni orang melayu je . Letak nama kucing pun dah nampak kecenderungannya pada bangsa asing .
" mak usu , kenapa nama kucing letak nama orang ? "
Oleh kerana ada satu movie kartun yang singanya bernama leon dan harimaunya bernama tigre , maka bebudak ni fikir nama binatang kenalah guna nama binatang . Sepanjang pengamatan sis , banyak je watak akrtun menggunakan nama orang .
" Leon si singa tu kan nama orang . Dah yang buat kartun tu pun orang , dan yang membela binatang tu pun orang , biasalah kalau letak nama orang . "
Kalau kita amati watak kartun donald duck , donald tu nama orang kan . Mickey mouse pun sama juga . Shaun the sheep , pun nama orang . Jadi mana hujah nak yang nama binatang itu adalah nama binatang asli .
Inilah kerja sis kat rumah dengan bebudak . Asyik berdebat je . Kena ada hujah yang kukuh nak menang tau ... kalau kalah , kenalah pungut air muka yang berterabur tu ... huhuhuu
hehehe..ngam jugak tu klu letak nama kucing Rocky & Rokiah.. comel jer lah soalan budak2 ni :)
ReplyDelete