5 Perkara Saya Boleh Buat Dengan Wisepad W7 | Microsoft Wisepad W7 merupakan produk terbaru dari Microsoft . Oleh sebab itu ianya belum ada di pasaran dan akan dilancarkan pada minggu hadapan menurut beberapa sumber . Wisepad W7 dihasilkan dengan kombinasi phone dan tablet . Ini bermakna anda boleh menggunakannya sebagai tablet dan juga phone dalam satu masa dan ianya dipanggil sebagai phablet . Ianya memudahan kerja anda .
Phablet Microsoft yang pertama di Asia Pasifik ini menerima 4G network connection dengan menggunakan Windows 10 sebagai sistem operasinya . Dihasilkan dengan kapasiti penyimpanan 16GB serta memori RAM 2GB , Wisepad W7 juga memiliki 5MP kamera di bahagian belakang serta 2MP kamera pada bahagian depan dengan penampilan autofocus flash .
5 Perkara Saya Boleh Buat Dengan Wisepad W7
Saya berminat dengan Microsoft Wisepad W7 ni kerana ada 5 perkara yang saya boleh buat dengannya seperti berikut :
1- Membaca Dengan Mudah
Kerja saya memerlukan saya banyak membaca sama ada berita terkini atau apa sahaja maklumat yang saya boleh dapatkan di internet . Telefon saya yang bersaiz 5 inci menyukarkan saya melakukannya memandangkan saya ada rabun dekat . Manakala laptop pula , saya hanya boleh gunakan pada waktu-waktu tertentu sahaja . Wisepad W7 akan memudahkan saya untuk melakukannya bila-bila masa dan di mana juga .
2- Nota Peringatan
Apabila sibuk dengan melakukan pelbagai kerja , ada banyak perkara yang saya akan lupa . Nota peringatan yang terdapat pada Wisepad W7 akan membantu saya mengingtkan perkara-perkara penting yang saya perlu lakukan agar saya dapat siapkan kerja pada masa yang ditetapkan .
3- Merakam Gambar
Kerja saya memerlukan saya merakam banyak gambar . Dengan kamera belakang 5MP , ianya sudah cukup cantik untuk saya merakam gambar dan terus dikongsikan ke media sosial , juga ke dalam kerja-kerja saya yang saya boleh lakukan menggunakan wisepad W7 . Ianya jadi lebih mudah dan sangat membantu kerja-kerja saya .
4- Membaca E-Mail
Saya perlu sentiasa menyemak e-mail . Malangnya , e-mail yang masuk ke dalam phone saya menghalang saya untuk melihat attachment yang disertakan bersama . Attachment ( imej ) itu hanya saya boleh dilihat melalui laptop sahaja . Jadinya , ia menyukarkan kerja saya . Dengan adanya Wisepad W7 ini sudah tentu masalah melihat attachment ( imej ) pada e-mail tidak akan berlaku lagi .
5- USB dan Bluetooth
USB dan bluetooth memudahan saya untuk memindahkan kerja yang saya draf atau yang sudah siap di wisepad W7 ke laptop atau device lainnya untuk perkongsian dan penyimpanan . Selain itu sekiranya kerja- kerja saya memerlukan saya menggunakan keyboard dan tetikus , maka ianya jadi lebih mudah .
Selain daripada semua 5 kelebihan di atas , Miscrosoft Wisepad W7 juga memiliki penunjuk arah ( navigation ) . Bagi anda yang selalu melakukan perjalanan jauh atau selalu melakukan kerja di luar , penunjuk arah ini sangat penting supaya anda dapat sampai ke tampat yang dituju . Penunjuk arah ni lebih kurang sama dengan waze dan Google maps .
Phablet ini dinamakan dengan Wisepad W7 kerana saiznya sebesar 7 inci . Saiz ini sangat selesa di tangan untuk membuat panggilan dan juga membaca maklumat terkini di internat . Selain itu , ianya ringan dan mudah untuk dimasukkan ke dalam beg tangan , boleh juga di bawa ke meja makan dan membaca maklumat terkini sambil berehat bersama keluarga . Sebab itulah saya sangat sukakan Wisepad W7 untuk dimiliki .
Kepada anda yang berminat untuk memiliki Microsoft Wisepad W7 , anda boleh melakukan PRE-ORDER di LAZADA Malaysia dengan klik imej di atas . Harga yang ditawarkan sebanyak RM599 adalah harga sangat mampu milik .
Ini adalah artikel untuk blogger contest anjuran InvolveAsia x Lazada MY . Microsoft Wise Pad W7 ditaja oleh Lazada Malaysia and Shopcoupons .
Murah sgt2 tu
ReplyDelete