Petua Untuk Kulit Gebu Dan Cantik Menjelang Syawal


Petua Untuk Kulit Gebu Dan Cantik Menjelang Syawal | Rasanya memang dah ramai yang mengira hari untuk menyambut Syawal . Mungkin juga ada yang sudah berkemas untuk pulang ke kampung pada petang ini . Doa sis , semoga perjalanan korang dipermudahkan . Jangan lupa baca doa memulakan perjalanan ya .

Petua Untuk Kulit Gebu Dan Cantik Menjelang Syawal

Baking soda dan lemon tu nak buat kek ke ? Tak mungkinlah bila baca tajuk kan . Tak kan nak tepek kat muka lak . Ya , kawan-kawan. Memang nak ajar korang tepek kat muka lah . Kata nak muka bersih , gebu , glowing di pagi syawal gitu .

Petua Untuk Kulit Gebu Dan Cantik Menjelang Syawal


Baking powder dan lemon kat atas tu adalah untuk buat masker ya . Tu lah bahan dari dapur yang paling jimat tau . Kan korang dah banyak berhabis untuk bergaya sakan di hari raya . Ada lagi ke nak beli kosmetik / supplement untuk cantikkan kulit ? Yang dah glowing tu , dok diam-diam ya ... heh heh heh


Petua Untuk Kulit Gebu Dan Cantik Menjelang Syawal

Masker Baking powder & lemon


Masker baking powder dan lemon ni bertujuan untuk mengecilkan pori-pori, blackhead, menjadikan tona kulit lebih sekata dan putih . 

Cara membuatnya mudah sahaja :

1. Sediakan lemon, baking powder & piring
2. 1-2 sudu besar baking powder
3. Hiris lemon & perahkan air lemon ke atas baking powder yg diletakkan di dalam piring / bekas
4. Kacau keduanya (air perahan lemon & baking powder) sehingga rata
5. Pastikan muka bersih dan boleh terus dipakai

p/s: Pakai sebelum tidur selama 20-30 minit kemudian dicuci dengan air sehingga bersih. Amalkan seminggu sekali sehingga kulit bertambah baik & berterusan 2 kali sebulan..

(Baking powder atau baking soda mempunyai fungsi yg sama sebagai serbuk penaik namun lebih digalakkan guna Baking SODA untuk hasil yang lebih baik)

Buatlah malam raya ya . tu pun kalau masih ingat . Maklumlah dah menyibukkan diri di kampung kan ... ntah-ntah pi main mercun ... meh meh meh .





4 Sila komen:

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...