Resepi Mudah Koktail Detox Lemon Serai


Resepi Mudah Koktail Detox Lemon Serai | Koktail merupakan hidangan air yang sangat sesuai untuk rumah terbuka atau pun majlis . Koktail selalunya mengandungi lebih dari 3 bahan . Bahan asas yang selalu sis gunakan adalah nata d'coco . Ada juga yang gemar guna buahan dalam tin dan juga cincau sebagai bahan campuran .


Resepi Mudah Koktail Detox Lemon Serai



Resepi Mudah Koktail Detox Lemon Serai



Air detox dah ramai yang buat kan . Tapi selalunya cuma dibuat untuk diminum sendiri . Bahan yang digunakan pula mestilah ada lemon dan halia juga serai . Kalau korang nak buat rumah terbuka juga majlis , mungkin korang boleh cuba resepi koktail detox lemon serai ini .

Bahan yang perlu ada :

  • lemon
  • serai di ketuk
  • halia 
  • asam boy
  • ais krim soda FN biru
  • air kelapa
  • isi kelapa
  • laici dalam tin 
  • ketulan ais

Bila semua bahan di atas sudah sedia , masukkan kesemuanya ke dalam bekas / mangkuk besar . Boleh juga menggunakan jug . 

Korang boleh juga masukkan buah nenas segar kalau mahu . Tapi kalau buah tembikai , macam kurang sesuai pula . Kalau korang banyak RM , boleh juga masukkan buah strawberi dan kiwi ... heh heh heh .


6 Sila komen:

  1. Wahhh.. memang sedap ni. Ada RM.. nak trylah. Insha-Allah. =)

    ReplyDelete
  2. kakak ade buat masa puasa..tapi nad tak dapt rasa sebb tak balik kampung

    ReplyDelete
  3. Selalu mengadap hidangan ni semasa berbuka puasa.

    ReplyDelete
  4. Wah, sedap ni! Kalau saya, saya keluarkan halia dari senarai bahan-bahan yang diperlukan!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...