Resepi Nasi Tomato Yang Ringkas


Resepi Nasi Tomato Yang Ringkas | Mesti korang semua dah balik dari kampung kan . Raya di kampung dah selesai , maka lepas ni giliran raya kat bandar pula . Biasalah kan , macam tak tahu pula , rumah terbuka le . Mesti ada yang dah rancang ataupun ada juga yang dipaksa buat rumah terbuka sebab kengkawan naksangat beraya kat rumahnya .

Resepi Nasi Tomato Yang Ringkas



Resepi Nasi Tomato Yang Ringkas


Selalunya , bila buat rumah terbuka , tetamu lebih kepada juadah berat . Kuih raya ni , memang dah malas nak jamah kot . Sebab dah puas tengok kuih yang sama masa beraya di kampung . Jadi tuan rumah , apa kata buat je nasi tomato . Meh , kat bawah ni resepinya . Sis kongsikan je sebenarnya . Dah alang-alang jumpa kat facebook 1001 Teknik Mudahnya Buat Kuih ... heh heh heh .

BAHAN-BAHANNYA

3 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit

1 camca besar pes tomato (tomato puree)
2 camca besar sos tomato
2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
3 1/2 cawan air
1 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat)
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang



BAHAN HIASAN

Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng
Kismis
Kacang pis


CARA MEMBUATNYA

Panaskan minyak sapi dalam kuali (mat guna non-stick pan), tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga harum. Masukkan pes tomato dan tomato sos, kacau rata dan masukkan beras. Gaul hingga mesra dan goreng beras tadi 1 minit.
Alih beras tadi ke dalam rice cooker. Tuang air dan susu rendah lemak. Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. Masak seperti biasa hingga nasi kering. Tabur kismis dan kacang pis (jika guna). Dan biar nasi betul2 masak. Gemburkan dan matikan suis rice cooker tadi.
Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng. Boleh juga anda kukus nasi tadi. Bila nasi masak dan lampu pada rice cooker, bertukar ke tanda "warm". Anda keluarkan nasi, letak dalam kukus yang dialas daun pisang (cucuk2 sedikit daun tadi untuk membuat lubang) dan kukus hingga masak.



6 Sila komen:

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...