Resepi Kimchi Asli Katanya| Kimchi bukan lagi hidangan baru bagi pecinta channel Korea macam sis ni . Sebab setiap kali mereka makan mesti ada Kimchi , lama - lama sis jadi ' kemelecer ' dengan Kimchi . Dah banyak kali juga cuba buat tapi sis sentiasa derhaka pada resepi asalnya . Maklumlah , sis ni bukannya faham bahasa Korea . Cuma harapkan subtitle je bila nak faham bahan Kimchi tu ... heh heh heh .
Resepi Kimchi Asli Katanya
Pada pandangan sis lah , kimchi ni samalah juga macam kerabu di Malaysia dan salad bagi orang putih . Bezanya pada bahan perencahnya lah . Kalau kerabu kan wajib ada kelapa parut , salad lak mesti ada perahan lemon dn Kimchi ni wajib ada serbuk lada yang merah menyala gitu .
Resepi Kimchi di bawah ni , resepi asas Kimchi katanya . Sis ambil dari majalah Rasa . Bila sis scroll ke bawah , ada pula bancuhan tepung . Kalau tengok resepi Kimchi yang lain , mereka masukkan jus pear . Kalau korang tengok orang Korea buat Kimchi , mereka masukkan arak dan banyak lagi bahan perasa / sos lain . Jadinya , sesapa yang travel Korea tu , jangan makan Kimchi kalau rasa was-was kecuali di restoran halal .
Selepas mencuba membuat Kimchi beberapa kali , bagi sis , sis sukakan rasa Kimchi segar berbanding yang diperam . Dan sis juga suka gunakan taugeh sebagai sayur utama . Sesapa yang nak cuba , jomlah tengok resepi di bawah ya .
BAHAN-BAHAN UTAMA :
2 biji kobis Napa
1 cawan garam kasar
Bahan Bubur:
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan gula
3 cawan air
Bahan pes:
3 sudu makan serbuk cili
1 cwan sos ikan
2 pokok daun bawang
1 labu bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1sm halia | dikisar
CARA MEMASAK:
(Kobis)
1. Bersihkan kobis dan lumurkan dengan garam.
2. Perap sekurang-kurangnya 4-5 jam.
3. Kemudian dibersihkan dan tos sehingga airnya kering.
(Bubur)
1. Campurkan tepung beras dengan air. Didihkan sehingga berbuih.
2. Masukkan gula dan biar ia melarut. Sejukkan.
(Pes)
1. Potong halus daun bawang.
2. Dalam bekas lain, masukkan semua bahan pes.
3. Gaulkan sebati dan campurkan dengan bubur yang dimasak tadi.
4. Perasakan kimchi jika perlu dengan sos ikan atau tambahkan kepedasan dengan serbuk cili.
TIPS :
Kalau korang nak Kimchi tahan lama dan sayuran masih rangup , masukkan sedikit cuka .
Mkanan kpop ni..hihi
ReplyDeleteMelum pernah rasa.
ReplyDeletebancuh2 tepung tu, kimchi versi M'sia....hihi..
ReplyDeleteSaya tak makan kimchi, yeah!
ReplyDeleteApa ek rasa kimchi ni? Rasa kobislah yerk ^_^
Apalah punya soalan saya tanya ni...
xpernah mkn kimchiii
ReplyDelete