Resepi Petai Tumis Sambal Tempoyak | Sis adalah seorang penggemar petai . Ada anak buah sis tak nak maan petai sebab nanti mulut berbau . Kedua-duanya lelaki . Agaknya , lelaki zaman sekarang ni memang jaga betul personaliti mereka ya . Takut benor kena ejek kawan sebab mulut bau petai . Anak buah perempuan lak selamber jer kata : " Gosok gigi hilang lah bau ... . " ... heh heh heh .
Petai ni merupakan hidangan kesukaan warga rumah ni . Asal nampak petai je , beli . Harga tolak tepi . Bukan selalu terjumpa petai kan .
Petai ni selain boleh dimakan mentah / buat ulam cecah sambal belacan , sedap juga masak tumis dengan ikan bilis dan cili padi , sambal udang petai , gulai pucuk dan lainnya lah . Kalau orang negeri sembilan hampir semua masak gulaina ada petai .
Dulu masa sis dok serumah dengan orang negeri , setiap minggu akan rasa macam-macam masak gulai campur petai ni bila dia balik dari kampung . Memang puaslah .
Pada korang yang dah terliur tengok sambal petai tempoyak nun di atas tu , meh sis kongsi resepi Petai Tumis Sambal Tempoyak .
Bahan- bahannya :
- Petai 4 papan
- 20 tangkai cili padi kg - ditumbuk
- 3 ulas bawang merah - ditumbuk
- 1/2 genggam ikan bilis
Cara Membuatnya :
1- Panaskan minyak
2- Tumis bagi naik minyak
3- masukkan 2 sb tempoyak mentah
4- letak 2 sb gula
5- Masukkan air dalam lesung tu sikit . Lepastu tu kacau sikit sampai lesung bersih dan tuangkan ke dalam kuali .
6- lepas tu boleh letak garam dan pak aji sikit . Kalau suka lah .
Tips untuk hilangkan bau mulut .
1- Petua orang india , lepas makan , kunyah le jitan manis
2- Petua sis bila nak hilangkan bau petai , ambil sedikit soda bicarbonat , perahkan sedikit lemon , kacau sebati . Ambil berus gigi , cecahkan pada campuran lemon dan soda , pastu gosoklah gigi tu dengan jayanya .
petai & tempoyak gandingan mantap...makan bertambah-tambah ni...
ReplyDeleteSaya tak makan petai. Adalah sekali kami order sambal udang petai, walaupun tak makan petai dan ambil udang sahaja, baunya petai melekat betul! Stress saya tau. Tapi sebab udang kegemaran saya, rela hati aje bau petai sampingan tu!
ReplyDeletenampak sedap
ReplyDeletenmpk sedap tp syg nyer sy x mkn petai ;-(
ReplyDelete