Takoyaki


Takoyaki | Sudah berminggu juga sis simpan resepi takoyaki selepas jumpa di Facebook Tapi belum sempat mencuba . Beberapa tahun dulu sis pernah Cuba takoyaki guna kobis selepas menonton program masakan jepun . Masa tu sis guna acuan bahulu / kuih cara . fizikalnya jadi Tapi rasanya , tak tau lah sebab sis buat macam cekodok/jemput-jemput ... Heh heh heh .

Takoyaki


Sabtu lepas , dah sembang dengan my anak buah nak beli takoyaki di food court giant . Jadinya , sis join let my kakak pi ambil my anak buah di sekolah dan masjid besi putrajaya .

Dalam perjalanan balik , my anak buah dah merengek nak makan Kat umai cafe presint 2 . Sampai giant , layan lak mereka Beli roti , mini pizza Dan brownies . pas tu nak ais cool blog pulak . Sudahnya sis lupa nak tapau takoyaki ... Uwaaaa ...

Esok kan cuti hari merdeka . Moh ler kita cuba buat Takoyaki . Boleh follow je resepi di bawah sebagai panduan .

Untuk sosnya :

5 sudu makan kicap pekat manis ABC
2 cawan sos tiram

1/2 cawan sos worcestershire (boleh didapati di mana-mana pasaraya)



Caranya :

Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau sehingga rata . Saya tambah sedikit chille powder untuk mendapatkan rasa pedas dan saya juga tambah 2 sudu makan gula merah ... atas citarasa masing-masing

Takoyaki


ADUNAN BATTER

1 cawan tepong gandum
2 sdb tepong jagung
1sdt baking powder
2 biji telur
2 cawan air
2 sudu kecil kicap air
Sedikit perasa

Takoyaki


UNTUK FILLING :

Saya letak crab stik dan sotong air yg digoreng terlebih dahulu..kobis dan karot .

UNTUK  TOPPING


Mayonis Kewpie dan bonito flakes..(boleh didapati d bakery)

CARANYA

1- Campurkan kesemua bahan adunan batter serta kacau hgga sebati dan tapis.

2- Sediakan acuan takoyaki ..tapi saya guna acuan kueh carai jew.. panaskan acuan .

3- masukkan separuh jer adunan batter ke dalam acuan tersebut . (Untuk memudahkan guna bekas plastik sos cili muncung 1) kemudian letak filling sperti di atas.

4- Tambah lagi adunan batter serta balik-balikkan adunan tersebut (dengan menggunakan lidi sate) supaya menjadi bentuk bulat.

5- Masak sehingga perang . Setelah masak bolehlah di makan bersama sos mayo dan bonito flakes

SELAMAT MENCUBA...


4 Sila komen:

  1. Nasib baiklah saya tak suka takoyaki ni. Pernahlah cuba dua, tiga kali makan tapi memang tak in di anak tekak sayalah.

    Selamat tak payah nak save resepi ni ~_^

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...