Berteka Teki


Berteka Teki | Seronokkah berteka-teki ? Sis suka je mengena anak buah . Tapi hari tu sis yang Tak dapat jawab . Bila dah jawapan salah , mulalah salahkan soalan yang tak lojik katanya . Sebenarnya nak cover line baik punya ... Heh heh heh



Al kisahnya my anak buah si hanani pi tandakan semua tarikh lahir kakak , adik-adiknya, mama dan abahnya di kalender tapi tarikh lahir mak usunya nan hado ... Sob sob sob . Sedih tau . Tapi my kakak tau lah .

Jadinya , konon-kononnya kecik hatilah . Dah setiap birthday mereka mak usu nya buat kek , Bila birthday sendiri cuma dok ingat dalam kepala je . Tapi mereka tahulah mak usunya lahir bulan September .

Makanya Bila mereka tanya tarikh , mak usunya berteka-teki ler . Sis beri je clue nombor plat kereta putih dan merah . Malangnya nombor plat kereta tu Tak sama Tapi memang Ada dua nombor sama dengan tarikh lahir sis lah .

Oleh kerana mereka dok sibuk Cari mana satu tarikh tu Maka sis pun demand le . Sis demand minta hadiah ... Meh meh meh ... Kejam Sungguh mak usunya ni kan . Saja je gurau manja dengan mereka tu . Tak de le serious ke APA kan . Ala , budak masih sekolah , APA lah yang mereka Ada .

Tapi , anak buah sis semua tu pandai simpam duit tau . Baki duit poket setiap hari tu mereka simpàn . Si najwa tu , asal cukup 50 je dia masuk bank . Si hanani dia guna untuk beli APA yang dia suka bila join mamanya shopping . si nabila jadi peminjam Bila Ada yang short duit Bila berbelanja . si akif dan qistina lak suka beli mainan .

Eh , balik pada tajuk asal ya . Dah koner sikit tadi . OK , dalam pada berteka Teki tu , akhirnya , bocor juga Bila sis renew licence .

" APA tu mak usu "

" lesen lama lah . "

" Nak tengok " . selamba je hanani mintak .

Mak usunya pun selamba je bagi ... Hahahaaa ...

Manusia memang mudah lupa ...



2 Sila komen:

  1. haha.. pandai hanani.. kan dah kantoi.. tu lah nak kejam sangat.. :D

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..pndai budak2 ni simpan duit..bagus sgt nih

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...