Resepi Mudah Daging Dendeng Minang | Raya Haji atau pun disebut juga Aidil Adha bakal disambut pada hari Isnin 12 September minggu hadapan . Pada yang akan buat korban , semoga semuanya dipermudahkan .
DAGING DENDENG MINANG
Kepada yang mendapat daging korban , dapat pula berkilo-kilo , korang mesti pening nak masak apa kan . Tak kan nak masak resepi yang sama . Ada juga yang muntah hijo nanti . Moh la kita cuba Resepi Mudah Daging Dendeng Minang kat bawah ni .
Bahan-Bahan :
1) ½ kg daging
2) 5 ulas bawang putih
3) 5 ulas bawang merah (blend)
4) 2 batang serai
5) 1 biji tomato (blend)
6) sedikit halia
7) cili merah (blend)
8) 2 sudu besar ketumbar (ditumbuk)
9) sedikit garam
Cara Memasak :
1) Daging ( besar / belum potong ) direbus dahulu supaya empuk .
2) Kemudian air rebusan dibuang .
3) Rebus sekali lagi dengan paras air yang sama rata dengan daging bersama bawang putih,halia dan ketumbar(yang ditumbuk) .
4) Sampai air kering angkat daging dan potong lebar-lebar dan tumbuk daging sehingga urat pecah (leper) .
5) Goreng daging sampai garing ketepikan .
6) Tumis bahan yang diblend dan titikkan serai masak sampai garing masukkan garam.
7) Akhir sekali gaulkan daging bersama dengan sambal dan sedia untuk dihidangkan.
.
Selamat Mencuba untuk berbuka nanti
resepi yang menarik!
ReplyDelete