Petua Mudah Menghilangkan Ketumbit


Petua Mudah Menghilangkan Ketumbit | Dulu , masa zaman sis kecil , bila ada ketumbit je , mesti my kakak kata " ngko intai orang ya ? " . Ketumbit masa itu akan dikaitkan dengan mengintai orang mandi atau lainnya . sebab itu tumbuh ketumbit atas mata ... sakit hati je tau bila dengar . Walaupun zaman itu bilik air masih " open air " atau banyak lobang , hati tak de pun niat nak mengintai orang tau ... huhuhuuu ...

Petua Mudah Menghilangkan Ketumbit



Ketumbit ni memang tumbuh atas mata je lah . Ada ketumbit yang sekadar bengkak merah ja . Tapi ada juga yang bernanah macam kat atas ni . Sekali tengok macam kesan disengat binatang tapi sebenarnya memang dia sesaja tumbuh atas mata . 

Ketumbit ni akan tinggalkan rasa gatal . Ada kes lak , nak buka mata pun susah . Selalunya tak ambil masa yang lama untuk sembuh . Setakat ini , ketumbit ni tak lah membahayakan mata . 

Ada cara untuk rawat ketumbit ni supaya cepat mengempis dan seterusnya hilang . Cubalah petua mudah di bawah ini untuk menghilangkan ketumbit .

Petua 1:
Parut sebiji ubi kentang dan bungkus dalam sehelai kain yang nipis. Sapukan bunjut kain itu pada bahagian mata yang terkena ketumbit dalam keadaan berbaring.

Petua 2:
Gesel 2 batang sudu besi sehingga panas. Sapukan bahagian sudu yang bergesel itu pada bahagian mata yang terkena ketumbit. Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

0 Sila komen:

Post a Comment

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...