Petua Mudah Sembuhkan Kurap Guna Bahan Dari Dapur | Cinta ibarat kurap , makin digaru makin sedap . Ini kata - kata my kawan masa kami sekolah menegah dulu . Masa tu dia sedang menyemai bibit-bibit cinta . Ungkapan sis lak berbeza . Gegata ibarat kurap . Makin digaru makin gatal ... heh heh heh .
Kurap adalah sejenis jangkitan kulit yang disebabkan oleh kulat. Selalunya, terdapat tompok beberapa kurap pada kulit.
Punca, kejadian, dan faktor-faktor
Kurap adalah perkara biasa, terutama di kalangan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, ia boleh memberi kesan kepada semua peringkat umur. Ia adalah disebabkan oleh kulat, bukan cacing seperti nama yang diberikan iaitu Ringworm. Hal ini kerana, kulat yang menyebabkan jangkitan ini adalah seperti bentuk cacing. eeeyuukkk ! :P
Banyak bakteria dan kulat hidup pada badan kita. Sebahagian daripada ini adalah berguna, manakala yang lain boleh menyebabkan jangkitan. Kurap berlaku apabila sejenis kulat yang dipanggil tinea tumbuh dan membiak pada kulit anda .
Petua Mudah Sembuhkan Kurap Guna Bahan Dari Dapur
Kulit kurap membuat seseorang berasa tidak selesa dan malu. Jika menghadapi masalah kulit ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini.
1) Tumbuk sayur bayam hingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.
2) Dapatkan santan pekat dari sebiji kelapa tua. Ambil beberapa helai daun kangkung dan tumbuk hingga lumat. Gaul santan bersama kangkung dan sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.
3) Ambil seketul kunyit hidup dan ketuk dengan pisau. Sapukan bahagian kuning kunyit pada kulit yang berkurap sebelum tidur. Amalkan setiap malam.
4) Dapatkan 10 cawan daun jambu yang telah dicincang. Masukkan ke dalam periuk bersama 2 liter air. Rebus selama 15 minit. Tapis air rebusan dan tambahkan dengan air biasa secukupnya untuk dibuat mandi. Amalkan setiap hari.
5) Ambil beberapa helai daun peria dan basuh. Ramas dan gosokkan pada bahagian kulit yang berkurap. Amalkan selalu.
Selain itu, kalau duduk di kampung cuba cari daun gelenggang.
ReplyDeleteTumbuk lumat2 dan tepekkan ke tempat kurap/panau.
In sya Allah mujarab.
Banyak khasiat keperluan di dapur yang boleh merawat penyakit..cuma kadang kita tak tahu..terima kasih berkongsi info..
ReplyDelete