Alert Tanda-tanda Kanser

Alert Tanda-tanda Kanser | Malam tadi , rancang nak up entery . Tapi sebab belum jumpa idea , sis buat blogwalking dulu . Ketika tiba di blog Scdha Sein (ss) sis terhenti seketika . Sebak dan air mata mengalir laju . Bondanya telah pergi meninggalkan dunia kerana kanser colon yang hanya diketahui bila dibawa ke hospital dalam keadaan yang sudah parah . Boleh baca diblognya tentang rentetan perjalanan arwah bondanya .  Sebenarnya sis dah dapat berkhabaran itu melalui instagram . Dari awal arwah bondanya warded sampailah ke akhirnya tapi tidak secara detail . Semoga SS tabah melaluinya ...

Alert Tanda-tanda Kanser


Alert Tanda-tanda Kanser


Bagi sis , penyakit kanser ni bukan asing lagi . Dah biasa dengar orang hidapinya . Adik , anak buah dan sepupu man in the house adalah penghidap kanser . Malah sudah ada yang pergi menghadap ilahi . 

Jiran sis dikesan ada kanser perut bila sudah tiba di tahap 4 . Arwah suami blogger mak dara , pengarah kepada filem Kapsul , meninggal juga disebabkan kanser . Dia lebih malang sebab kanser darah yang dihidapinya hanya dapat dikesan ketika dia dalam keadaan koma dan beberapa minit sebelum menghembuskan nafas terakhir walaupun beliau dah merujuk pada banyak hospital sama ada swasta atau kerajaan ketika dia kerap demam , selsema dan situasi badan yang makin lemah . Pelakon komedi , Enot bernasib baik sebab kanser perutnya dapat dikesan ketika di tahap 2 . 

Berdasarkan apa yang sis baca , kebanyakan kes kanser hanya dapat dikesan pada tahap 3 dan 4 di mana pesakit telah mengalami kesakitan yang kronik . Sel kanser ini sudah ada dalam badan setiap manusia sebenarnya . Kalau sejak bayi kita minum susu botol , puting susu botol itu dah menyumbang 3% bahan yang mengaktifkan sel kanser . Maka para ibu kena buat breast feeding lah kalau sayang anak . Penyumbang selebihnya adalah gaya hidup , stress , pencemaran , keturunan dan lainnya .

Untuk merawat kanser , sis lebih cadangkan kepada kaedah perubatan Islam yang menggunakan ayat-ayat al-Quran selepas menjalani pmbedahan membuang ketulan / ketumbuhan kanser . Kaedah kimo yang dicadangkan oleh perubatan moden sebenarnya bukan sahaja membunuh sel-sel kanser tetapi juga sel-sel yang sihat juga . Sebab itu , pesakit kanser menjadi lemah selepas menjalani kimo selain banyak alahan lain yang mereka perlu tempuhi . Islam ada juga habatus sauda dan lainnya yang dicadangkan untuk melawan penyakit terutamanya kanser .

Dalam Islam , berbuat baik pada orang lain dan bersedekah itu dapat mengelakkan kita dari berpenyakit . Maka sebab itu , sis selalu pesan pada anak buah , ' berkongsi rezeki yang ada walaupun sikit , jangan tamak , jangan berkira dan jangan kedekut ' , sebab bimbang nanti akan jadi penyakit dalam badan . 

Seriously , kalau nak disenaraikan penyakit yang boleh menyerang kita dari hujung rambut sampai hujung kaki memang banyak . DAN , kebanyakkan penyakit adalah bermula dari perut . Sebab itu ada pepatah yang mengatakan : " kita adalah apa yang kita makan ! " Jadinya , kita kena alert dengan perubahan pada tubuh kita sendiri . Cuma kita yang tahu dan rasakannya !


Salam Jumaat sahabat ... semoga kita mendapat keberkataan di hari yang mulia ini .


7 Sila komen:

  1. betul tu. tp ramai yg pd mulanya ada rs skt2 tp mereka anggap skt biasa je. sbb tu bla da msk 3 or 4, br tau itu adalah kanser...

    ReplyDelete
  2. SALAM JUMAAT MOGA KITA DIJAUHI ALLAH SEGALA PENYAKIT YG XDIINGINI

    ReplyDelete
  3. Mudah2an kita terhindar daripada penyakit yang berbahaya ini.

    ReplyDelete
  4. betul, sy setuju 😄. kebanyakan penyakit bermula dari apa yg kita telan 😉. gara2 sy x makan sayur, kulit sy sngt sensitif 😭. cepat luka. skrg, sy dah mula amalkan makan sayur & bnykkan lagi mkn buah-buahan 😄. hindarkan dari termakan biji lada atau biji terung sebab perut kita tak dpt hadam 😨. sy juga minum susu tepung Everyday, tapi harga makin susu tepung makin hari makin mahal 😰

    ReplyDelete
  5. kanser memang menakutkan..yang mana nasib baik dapat survive. Apa pun berdoalah supaya dijauhkan dan pergi check kalau ada rasa tak kena

    ReplyDelete
  6. al-fatihah untuk arwah Bonda SS. Akak tau pun melalui entry blog. Yelah, dah xde insta n FB

    ReplyDelete
  7. Tq for sharing vee .
    Nasihat ats pgalaman sndiri.. Klo rsa sesuatu lain drp biasa.. Diri kt tahu.. Trs refer doc..jgn tangguh.. Klo check pwrtama ok..tp still x berubah...pergi lg..nnti doc akn cek detail..


    Doakan lya jugak😢

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...