Mencabar Diri - Personal Branding


Mencabar Diri - Personal Branding | Dalam tempoh beberapa bulan sis senyap dari penulisan blog bukanlah kerana dah tak berminat lagi nak membebel di sini . Jauh di sudut hati , sis sangat rindu dengan korang . Rindu nak baca entry kak Paridah Ishak , Warisan Petani , Nohas , Dandelion , Hainom ok je , MD , Anies , Scdha Sein , Lyafrina , ida garmin , kaka yon , kaseh abadi , norhayati , yati , kesuma angsana memet lenggeng , kak nor , normi nieza at-tarmizi , atie yusof dan ramai lagi . Kepada yang sis tak mention , jangan kecil hati ya ... heeee 

Mencabar Diri - Personal Branding




Mencabar Diri - Personal Branding


Sebelum sis terjun ke bisnes online , sis selalu fikir : " senang je nak jual . letak produk kat fb , insta dan page , ada la orang beli nanti . " Tapi sebenarnya , ianya tak semudah ABC yang sis fikirkan tapi sesusah XYZ . Kalau sekadar letak product di fb , insta , page dan blog sape pun boleh buat tapi belum tentu ada yang nak membeli . 

Pun begitu , first sales yang sis dapat adalah dari blog . Percaya tak ? Kedua dan ketiga juga dari blog . Sebab sis belum letak pun kat insta , fb dan page . Masa tu sis cuma aktif di blog . Bila sis letak product pada insta , fb  dan page selepas itu , sunyi je . makan berbulan jugalah . Maka sis buat banyak research , godek mr google , panduan di fb juga . Rupanya , bukan mudah . Perlukan 100% komitmen untuk iklankan . Kena buat orang luar percaya pada kita barulah mereka nak beli . Pada ketika itulah sis tahu apa itu PERSONAL BRANDING dan PRODUCT BRANDING .

Both personal branding dan product branding ni sama macam niche blog . Di blog , korang kena ada identity sendiri melalui pemilihan niche . Di FB dan PAGE, korang kena jual diri dan brand untuk orang suka dan percaya , baru mereka beli . FB adalah platform free untuk berjual manakala page digunakan untuk platform berbayar , FB Ads . Makanya , sis masuk kelas ... berguru . Oleh kerana cikgu sis ni dapat buat jualan 3k dalam tempoh 2 hari hanya dengan menggunakan fb , maka sis memilih untuk membrandingkan personal sis pada fb . Dengan kata lain , sis mencuba platform free dulu .

Untuk hasilkan personal branding , sis kena up banyak status di fb . Cikgu sis buat sebanyak 21 kali dari pagi sampai malam . Hasilnya , dia dapat jualan 30k dalam tempoh 5 bulan . Usia dia baru je nak jejak 20 tahun . Dan kerana  nilai itulah , dia meninggalkan alam persekolahannya ( situasi ini jugalah yg my anak buah buat yg sis pernah citerkan di sini dulu . berhenti dari UIA untuk buat sales online ) . Kini dia baru sahaja melancarkan produk terbarunya pada jumaat lepas . Yang lebih hebat , cikgu sis itu dah jadi founder sejak umur 16 tahun lagi !

Ok , berbalik kepada nak up status sebanyak 21 kali itu bukannya mudah . Mau kering idea . Tapi kena buat juga kerana status itulah yang melambangkan diri kita dan yang buat friend list sis suka dan tertunggu-tunggu status sis seterusnya . Makanya , blog adalah jawapannya . Membaca entry korang boleh menjadi idea kepada sis nanti .

Adakalanya , sis gelak sendiri . Mana taknya , blog yang tempat untuk membebel panjang lebar pun sis cuma buat 2/3 perenggan je , ini kan pula nak up status yang pelbagai dalam sehari di fb ! Tapi demi TRUST dan money , ku gigihkan jua ... hahahaaa . Kerana Engagement tu memang perlu untuk fb . Bila dapat banyak like dan komen , itu maknanya kewujudan kita dikalangan fb friend sudah mereka rasai . Dari situ , pertanyaan tentang produk akan bermula ... 

Kalau korang tanya , dah berjaya ke ? ... sis masih bertatih , itulah jawapannya . Sebenarnya , sebelum jutawan-jutawan diluar sana berjaya dengan menjual product secara online , inilah sebahagian cabaran yang mereka perlu lakukan . Jika guna FB , personal branding memang kena buat  .

Tetiba macam dah banyak sangat sis membebel . Owh , ada banyak pengalaman menarik sis dengan customer . In sha Allah , sis akan share nanti . Itupun kalau tak lupa ...

Ok , jumpa lagi next entry ...  





12 Sila komen:

  1. Insya-Allah berkat gigih dan rajin terus utk memajukan diri biz ini akan beroleh apa yg diimpikan. All the best dear!

    ReplyDelete
  2. wahhh hebat tu.... hati mesti kental kalu betul2 nk berjaya...


    apa2 pun selamat maju jaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup , memang kena kental sbb nak kena layan whatsapp customer juga ...

      Delete
  3. SEMOGA QV BERJAYA DLM BISNIS NI...ADA USAHA PASTI JAYA

    ReplyDelete
  4. good luck. saya pun bisnes online jgak. kalau orang bisnes ada kedai hari2 sibuk 'belek' kedai, kita yg bisnes online ni sibuk online ler. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ain ... doa pun telinga blh dgr bunyi whatsapp ... heheheee

      Delete
  5. Wah..menarik artikel ni. Boleh jadi inspirasi pada yang nak mencuba cuba bidang ni.
    All the best Vee..moga suksess

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...