Showing posts with label Gabungan Vitamin Untuk Kulit. Show all posts
Showing posts with label Gabungan Vitamin Untuk Kulit. Show all posts

Gabungan Vitamin Untuk Kulit



ASSALAMUALAIKUM ...

Hari ni rasanya nak cerita pasal vitamin . Banyak jenis vitamin kita kena makan / ambil semua vitamin nih kalau nak sihat dan maintain kolagen tuh . 


Gabungan Vitamin Untuk Kulit


Gabungan Vitamin Untuk Kulit


Banyak jenis vitamin yang boleh kita ambil untuk dapatkan kulit yang sihat dan bermaya . Anda boleh ambil gabungan vitamin untuk kulit anda jadi mulus . Zaman sekarang ni , kalau rasa nak cepat dan mudah , ambil je suplement yang mewakili semua vitamin yang ada . Kesannya sama sahaja cuma berbeza dari aspek kesegaran dan ekstrak . Jadi , tiada alasan untuk anda tidak mengambilnya kecuali perbelanjjan anda yang terhad .

VITAMIN C


Fungsinya yang banyak terhadap kesejahteraan tubuh termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu - tisu , mengekalkan kesihatan gusi menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink .

Makan banyak vitamin C berpotensi mengurangkan demam malah boleh elakkan demam selsema juga . Bagi wanita , banyak ambil vitamin C dapat merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen .

VITAMIN A


Paras vitamin A yang lebih rendah dalam plasma dan kulit akan mengakibatkan jerawat yang teruk .

VITAMIN E


Selain dapat mengelakkan jerawat , pengambilan vitamin E dapat mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung , dinding kapilari yang sihat . Sebagai anti - oksida larut lemak , ia menjaga tisu - tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ - organ utama dan mencegah penyakit degeneratif . Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit . 

SELENIUM 


Merupakan penemuan baru dalam dunia anti - oksida diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas . Ia juga membantu mengekalkan mata yang sihat , kulit , rambut , jantung dan sistem reproduktif , selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimim . 

ZINK


Kekurangan zink akan menghasilkan jerawat dan kulit yang bermasalah . Zink diperlukan untuk menyembuhkan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak . 

Kalau korang nak kulit yang sihat walaupun tinggal dalam persekitaran yang tercemar serta terdedah kepada cahaya matahari atau radiasi UV , semua vitamin di atas amatlah diperlukan terutama mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah . Gabungan vitamin C , E , selenium , zink dengan vitamin B bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh mengawal radikal bebas .