Showing posts with label Pucuk Ubi. Show all posts
Showing posts with label Pucuk Ubi. Show all posts

Pucuk Ubi Bff Sardin


Assalamualaikum ...

Ketika memandang ke luar jendela ,
terlihat pula pokok yang membuatkan mataku terpaku .
Walaupun jauh nun di luar pagar ,
Mataku yang masih terang ni 
sudah tentu dapat melihatnya dengan jelas .


 Pucuk Ubi Bff Sardin

Pokok ubi ini asalnya dari backyard aka belakang rumah .
Buat operasi mengemaskan mini ladang kat belakang ,
Maka tercampaklah dia ke hadapan .
Tak sangka pulak boleh hidup .

Dulu sepokok sahaja .
Selepas dicantas sepupu ,
dan mungkin juga minah indon yang sering lalu lalang di situ ,
kini sudah menjadi cabang epat di atas 
dan cabang 2 di bawah .


Pucuk Ubi Bff Sardin

Pokok ini di sebelah pkok ubi . 
Entah siapa yang sudah buat khurafat .
Siap ikat kain merah lagi .
Tapi cuma itu sahajalah .
Tak de lak tokong atau lilin disebelahnya .
Anggap saja lah my next door uncle cina yang buat .


 Pucuk Ubi Bff Sardin

Sebelum minah indon yang lalu lalang cantas pucuk ubi ni ,
lebih baik vee cantas dulu .
Cukuplah untuk vee seorang makan .
Lagi pun kalau dicantas masa musim hujan ni ,
banyaklah cabang baru akan tumbuh nanti.


 Pucuk Ubi Bff Sardin

Pucuk ubi Bff Sardin


Taraaa ... macam biasa ,
Jadilah pucuk ubi bff sardin
vee suka makan cecahkan dengan ikan sardin .
Ikan sardin yang dimasak sambal dan perahkan limau kasturi .
ermmm ... yum yummmm