ASSALAMUALAIKUM ...
Ada tak sesiapa yang bosan bila cakap pasal cinta ? Rasanya lebih ramai yang suka daripada benci kan ! Persoalan cinta memang sentiasa seronok dibicarakan sebab lahir jer ke dunia , kita dah kenal cinta . Bila remaja , suka lelaki jer dah jatuh cinta . Bila dewasa lak , jatuh cinta jer terus nak kahwin . Bila tua lak , kita dapat cinta dari anak - anak dan cucu .
Ada orang kata , bila cinta kita okey , hidup kita pun okey juga . Tapi sebenarnya bila cinta kita okey , pelajaran akan terabai terutama kat sekolah menengah la , kerjaya terbarai hingga produktiviti menurun . Mana tak ya nya , kita sentiasa berusaha untuk menggembirakan dan memenuhi kehendak si dia walaupun sibuk dan memang tak de masa + penat lagi kan .
Sebenarnya bila kita bercinta , kita kena letak di pertengahan . So kalau tak menjadi , tak lah membenci dan hati taklah sakit sangat . Jadi kita terselamat dari menzalimi diri sendiri .
CINTA boleh dibahagikan kepada 5 cabang :
1. Cinta pada Allah
Orang yang bercinta kerana Allah , akan mengambil keputusan sebagai hamba Allah berdasarkan hukum dan nilai - nilai yang ditetapkan melalui Quran . Bila timbul masalah , mereka kan serahkan kepada Allah , pasrah , redha dan mengharapkan Allah membantunya meneguhkan iman dalam mengharungi cabaran cintanya. Maka dia akan cemerlang dalam cintanya . Sekurang - kurangnya tak la jadi gila ... heheheee
2. Cinta pada Nabi .
Menjadikan sunnah Rasulullah dan hadis nabi sebagai sandaran dan juga panduan dalam melalui ranjau percintaaan demi membina sebuah perkahwinan yang bahagia . Kehidupan Baginda bersama para isterinya adalah sebaik - baik contoh dan rujukan .
3. Cinta pada Ilmu
Bila korang berilmu , korang dapat selesaikan masalah percintaan dengan lebih bijak . Tak kira lah guna kaedah psikologi , al - Quran dan hadith . Bijak mencari punca dan kaedah penyelesaian , pandai berdiplomasi , bertolak ansur . Wujudkan komunikasi yang berkesan untuk handle perbincangan . Bijak kawal emosi dan tahu bila perlu mengalah dan bertegas dengan keputusan yang di buat . Yang penting jangan pentingkan diri sendir dan panas baran ... emmm memang hancur lah semuanya nanti .
4. Cinta pada Ibubapa
Ibubapa boleh menjadi penasihat yang baik berdasarkan pengalaman hidup mereka . Mereka juga ada petua dan tips camna nak kekalkan cinta nih . Apa tanggungjawab suami / isteri dalam sesebuah rumahtangga . Malah Islam menggalakan mereka menjadi perunding bila perkahwinan anaknya menghadapi masalah .
5. Cinta pada Sesama Makhluk .
Kalau kita boleh sayangkan binatang , maka kita adalah pencinta yang agung . Berkongsi makanan / rezeki dengan yang lebih memerlukan bermakna dalam diri kita penuh rasa cinta . Mereka ini tidakakan bunuh diri kerana cinta . Kerana dia berkongsi cintanya dengan makhluk lain .
Cinta yang betul akan semarakkan lagi kerjaya , cinta yang songsang akan terpengaruh dengan pelbagai agenda syaitan . Ramai yang hilang masa depan kerana cinta . Bila ada masalah , unsur - unsur di atas akan menyumbang dalam mengembalikan kestabilannya .
Bercintalah seadanya sewaktu di alam percintaan dan bercintalah sepenuhnya bila sudah berkahwin . Cinta itu untuk dinikmati bukan ditangisi . Adanya cinta , perkara yang mustahil akan jadi mungkin .
0 Sila komen:
Post a Comment
Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...