Diet Cepat Kenyang Dengan Mudah




ASSALAMUALAIKUM .......

Kalau korang nak diet , kenalah bermula dengan kurangkan selera makan weh ! . Kat sini Vee ada sikit tips camna nak kurangkan selera makan korang .

1. Makan nasi bersama sup / kuah sayur .


Caranya mudah jer . Ambil mangkuk , isikan sup / kuah sayur  2/3 mangkuk dan masukkan 1

senduk nasi . Gaul sebati . Apalagi , makanlah ... heheheee

2. Minum sambil makan .


Bab ni kan , korang memang selalu buat . 

Makan sesuap dua jer , korang akan minum air . Beterusan berselang - seli sampai la nasi habis kan !

3. Makan seberapa banyak buah sebelum makan .


Bila dah makan buah , confirm perut dah separuh penuh . Jadi , korang rasa boleh makan lagi tak ? 

Kalau boleh pun sikit jer kot kan !

4. Makan makanan pedas .


Bila korang makan banyak makanan pedas korang pasti tak sanggup nak tambah lagi kan ! 

Minum air jangan kira lah . Selagi rasa pedas tak hilang selagi tu la korang akan minum . Bila perut
dah penuh dengan air , larat lagi ker nak makan ?

5.  Ambil makanan yang tinggi serat . 


Seperti sayur , buah , roti , wholemeal , oat dan susu dietMakanan mengandungi serat akan menyebabkan korang cepat rasa kenyang . Makanan ni    

tak ada kolesterol .

6. Jangan tunggu lapar baru nak makan .


Makan secara kerap ( 5 x sehari ) . Makan sikit jer setiap kali makan . Pastikan makanan tu tak berat cam biskut , sup sayur , buah , segelas susu , sekeping roti dan sebiji telur rebus .


7. Minum air , jus , milo , teh tarik sebelum makan .


Perkara ni kan biasa . Sebelum makan kita rasa nak basahkan tekak dulu . Kalau makan kat luar , 

sebelum hidangan sampai , air dah sampai dulu . Bila hidangan sampai , air korang dah surut 
separuh gelas .... hahahaaaa

8. Makan sambil hirup sup .


Ni pun perkara biasa . Makan nasi sikit , pas tu hirup sup / tom yam kan . Buat berselang seli . 

Vee selalu buat . Pas tu dah tak larat nak minum . Heheheeee

9. Makan ABC , Cendol , Aiskrim , Sorbet .


Selepas makan benda ni memang perut separuh kenyang . Vee memang selalu buat . 

Favourite Vee makan ABC kalau kat luar , kat umah boleh la blend buah dengan sedikit jer air / 
makan jer aiskrim .







2 Sila komen:

  1. salam..akak cari button follower kat sini..nak follow,tapi x jumpa..tak letak ke??
    ok yang pages terapung kat blog akak tu..disini tutornya:
    http://www.azhafizah.com/2012/03/tutorial-buat-menu-tab-comel-di-tepi.html

    satu lagi..kalau boleh jgn letak banyak widget kat blog sbb lambat nak loading...:))
    selamat mencuba...

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...