Chocolate Moist Cake Lapis Keju


alt image tag



ASSALAMUALAIKUM ...

Oleh kerana malam yang kian larut dan entry mesti siap edit sebelum jam 12 am ... maka den edit entry yang mudah jer lah ya .... tapi rasanya ramai pembaca perempuan akan suka benda nih ...


CHOCOLATE MOIST CAKE BERLAPIS KEJU


Untuk  CHOCOLATE MOIST

Bahan - bahan A

1 cawan GULA
1 cawan SUSU CAIR
1 cawan SERBUK KOKO
1 cawan MINYAK
1/2 cawan SUSU PEKAT

Cara - caranya :

1. Campurkan semua bahan di atas di dalam bekas
2. Panaskan di atas api sederhana
3. Sentiasa kacau sehingga sebati
4. Tutup api , letak tepi , biarkan sejuk seketika

Bahan - bahan B

3 biji TELUR ( A )
1 cawan TEPUNG NAIK SENDIRI

Cara - caranya :

1. Pukul telur hingga kembang dan gebu , masukkan ke dalam bahan A , gaul
2. Masukkan tepung ke dalam bahan A , gaul sekata
3. Ambil loyang , alaskan kertas , sapukan marjerin .
4. Ambil 1/2 daripada adunan , masukkan ke dalam loyang , kukus .

Sementara tunggu adunan di atas masak , sediakan cream cheese .


CREAM CHEESE

Bahan - bahannya :

250 gm CREAM CHEESE
60 gm GULA CASTOR
25 ml AIR BIASA
25gm TEPUNG GANDUM
1 biji TELUR

Cara - caranya :

1. Campurkan semua bahan di atas kecuali telur .
2. Pukul hingga kembang dan gebu
3. Masukkan telur , pukul lagi

Bila adunan CHOCOLATE MOIST sudah masak , masukkan semua adunan CREAM CHEESE . Bila adunan cheese dah masak , masukkan 1/2 lagi adunan chocolate moist yang masih berbaki . Bila adunan dah masak , keluarkan loyang , biarkan kek sejuk barulah keluarkan dari loyang dan potong - potong .



SELAMAT MENCUBA !!!







2 Sila komen:

  1. OMG! OMG! Pantang sayalah ni Vee kalau nampak bercheese-cheese gini. Alamak terliurnya, bila masa lak nak buat nih!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...