Belajar Skill Mengorat




ASSALAMUALAIKUM ...

Menonton talk show BROS di tv 3 ( setiap khamis jam 5 pm ) yang mengupas isu tentang mengurat awek . Macam - macam lah pendapat dari orang ramai tentangnya . Antaranya :

1. Pandang dengan penuh makna dan mesra
Bila kita dah mula suka kat orang tu , kita tentu akan pandang dia saja . Pada masa tu kita akan harap yang dia faham kenapa kita asyik pandang dia jer . Bila dia bagi respon / perasan yang kita asyik pandang jer , berilah senyuman yang mesra dan pandangan mata yang ada makna .

2. Jadi gentleman .
Hampiri dia dan sapa . Cuba bersembang dengan cara yang bersahaja . Bila dia rasa selesa dan seronok bersembang , maknanya langkah pertama sudah menjadi .

3. Jadi diri sendiri .
Tak control macho / diri bila bersembang , duduk , makan , minum atau asyik selak rambut , lap bibir dan sentiasa berkata manis saja . 

4. Bersembang perkara yang simple saja .
Perkara yang dia selesa bersembang dengan kita . Jangan cerita pasal peribadi / keluarga / apa yang korang suka dan tak suka .

5. Sporting menemani dia .
Sekiranya ketika itu berada di pusat beli belah , follow jer apa dia nak buat dengan sempoi . Tak yah nak control muka cam tak de duit / tak de masa / malu bawa banyak barang .

6. Simple dressing
Pakai lah baju yang sederhana dan jangan sembur banyak sangat minyak wangi sampai satu mall boleh bau . Ada orang yang tak suka bau minyak wangi . Pada masa yang sama pastikan gak badan tu tak berbau peluh .

7. Hormati dia
Tentu ada kehendak / sikap dia yang kita mungkin kurang suka pada pertemuan pertama . Jangan sekali - kali buat muka tak suka atau geli . Just okey jer . Itu adalah sikap semula jadinya . Mungkin disebalik beberapa perkara yang kita tak suka , banyak lagi kebaikan yang kita tak tahu . So jangan terburu - buru reject dia .

9. Jaga adab sopan 
Tak kira apa aktiviti ketika itu , mesti jaga sopan santun . 

10. Jawab segala soalan dia dengan jujur
Bila korang menipu , satu hari nanti pasti terbongkar . Biasanya orang ingat apa yang kita cakap .

11. Sentiasa berfikiran positif
Berperasangka baik walaupun kita tak tahu kebenarannya . Kadang - kadang perkara yang berlaku itu adalah kebetulan supaya dia rasa selesa .

12. Mesti confident
Bila ada confident , tak kisah lah apa pun reaksi dia .

13. Mesti nekad .
Jangan cepat putus asa bila dia buat bo layan . Itu mungkin dia cuma jual mahal jer . Kalau tidak nanti korang terlepas lak ... huhuhuuu

14. Mesti bermaruah 
Jangan buat perkara yang boleh menjatuhkan maruah sendiri. 

15. Pandai control situasi .
Kadang - kadang dia tak suka apa yang berlaku disekeliling nya . So korang kena la pandai handle keadaan masa tu .

16 . Jangan ego .
Cuba bertolak ansur walaupun korang kurang suka . Asalkan perkara tu tak menyusahkan korang .

17. Kalau guna cara terus terang tak menjadi , cuba guna cara yang kreatif
Bagi perempuan , mereka suka yang romantik . Bagi lelaki , mereka tak suka yang " terover " dari sudut tertentu .

18. Offer untuk hantar dia pulang
Jangan lupa bukakan pintu kereta / tolong pakaikan helmet . Untuk pastikan dia selamat , tunggu dia tutup pagar dan tutup pintu rumah dahulu baru korang balik .

19. Beri nombor telefon
Beritahu dia suruh call bila - bila masa yang dia suka .

20. Ucap terima kasih
Ucapkan terima kasih pada dia sebab sudi layan korang bersembang , teman korang makan , jalan - jalan , sudi telefon , sudi senyum walaupun korang tak hensem / cantik .



HAH , CUKUP TAK ? IDEA MEMANG BANYAK ... KALAU IKUTKAN NAK TAMBAH LAGI ... TAPI DAH PETANG LA ... LUM MANDI ... BUSYUKKKK OOOO







3 Sila komen:

  1. Hahaha... Vee, saya baca je ya tapi dah tak sesuai lagi dah ni untuk diri sendiri. Saya dulu kalau zaman 'berteman tapi mesra' lagi dah spray minyak wangi harum satu badan. Kalau ada yang tak tahan tu kira nasib malanglah :)

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...