Tips Mengenali Perwatakan Lelaki Melalui Gaya Seluar | Hendak mengenali lelaki sekadar melalui luaran / fizikal / lahiriah ni bukannya mudah . Seperti juga kita , bila berada di empat umum atau berurusan dengan orang , kita juga akan menjaga sahsiah kita sebaik mungkin supaya mereka memandang kita sebagai orang yang berhemah , bersopan dan berbudi pekerti mulia . Di belakang mereka , kita selalunya buat ikut kehendak hati , be myself la .
Home / LELAKI
Showing posts with label LELAKI. Show all posts
Showing posts with label LELAKI. Show all posts
5 Cara Nak ‘Spot’ Perangai Boyfriend Melalui Cara Memandu
5 Cara Nak ‘Spot’ Perangai Boyfriend Melalui Cara Memandu | Bila sebut boyfriend , ramailah gegirl kat luar sana yang senyum-senyum kambing membacanya . Bila korang suka kat seseorang lelaki itu , mestilah korang nak kenal hati budinya kan . Kalau sekadar lihat luaran , ramai je boyfriend kat luar sana yang boleh berlakon ibarat pijak semut tak mati janji dapat tampilkan ciri-ciri lelaki idaman si gadis .

Belajar Skill Mengorat
ASSALAMUALAIKUM ...
Menonton talk show BROS di tv 3 ( setiap khamis jam 5 pm ) yang mengupas isu tentang mengurat awek . Macam - macam lah pendapat dari orang ramai tentangnya . Antaranya :
1. Pandang dengan penuh makna dan mesra
Bila kita dah mula suka kat orang tu , kita tentu akan pandang dia saja . Pada masa tu kita akan harap yang dia faham kenapa kita asyik pandang dia jer . Bila dia bagi respon / perasan yang kita asyik pandang jer , berilah senyuman yang mesra dan pandangan mata yang ada makna .
2. Jadi gentleman .
Hampiri dia dan sapa . Cuba bersembang dengan cara yang bersahaja . Bila dia rasa selesa dan seronok bersembang , maknanya langkah pertama sudah menjadi .
3. Jadi diri sendiri .
Tak control macho / diri bila bersembang , duduk , makan , minum atau asyik selak rambut , lap bibir dan sentiasa berkata manis saja .
4. Bersembang perkara yang simple saja .
Perkara yang dia selesa bersembang dengan kita . Jangan cerita pasal peribadi / keluarga / apa yang korang suka dan tak suka .
5. Sporting menemani dia .
Sekiranya ketika itu berada di pusat beli belah , follow jer apa dia nak buat dengan sempoi . Tak yah nak control muka cam tak de duit / tak de masa / malu bawa banyak barang .
6. Simple dressing
Pakai lah baju yang sederhana dan jangan sembur banyak sangat minyak wangi sampai satu mall boleh bau . Ada orang yang tak suka bau minyak wangi . Pada masa yang sama pastikan gak badan tu tak berbau peluh .
7. Hormati dia
Tentu ada kehendak / sikap dia yang kita mungkin kurang suka pada pertemuan pertama . Jangan sekali - kali buat muka tak suka atau geli . Just okey jer . Itu adalah sikap semula jadinya . Mungkin disebalik beberapa perkara yang kita tak suka , banyak lagi kebaikan yang kita tak tahu . So jangan terburu - buru reject dia .
9. Jaga adab sopan
Tak kira apa aktiviti ketika itu , mesti jaga sopan santun .
10. Jawab segala soalan dia dengan jujur
Bila korang menipu , satu hari nanti pasti terbongkar . Biasanya orang ingat apa yang kita cakap .
11. Sentiasa berfikiran positif
Berperasangka baik walaupun kita tak tahu kebenarannya . Kadang - kadang perkara yang berlaku itu adalah kebetulan supaya dia rasa selesa .
12. Mesti confident
Bila ada confident , tak kisah lah apa pun reaksi dia .
13. Mesti nekad .
Jangan cepat putus asa bila dia buat bo layan . Itu mungkin dia cuma jual mahal jer . Kalau tidak nanti korang terlepas lak ... huhuhuuu
14. Mesti bermaruah
Jangan buat perkara yang boleh menjatuhkan maruah sendiri.
15. Pandai control situasi .
Kadang - kadang dia tak suka apa yang berlaku disekeliling nya . So korang kena la pandai handle keadaan masa tu .
16 . Jangan ego .
Cuba bertolak ansur walaupun korang kurang suka . Asalkan perkara tu tak menyusahkan korang .
17. Kalau guna cara terus terang tak menjadi , cuba guna cara yang kreatif
Bagi perempuan , mereka suka yang romantik . Bagi lelaki , mereka tak suka yang " terover " dari sudut tertentu .
18. Offer untuk hantar dia pulang
Jangan lupa bukakan pintu kereta / tolong pakaikan helmet . Untuk pastikan dia selamat , tunggu dia tutup pagar dan tutup pintu rumah dahulu baru korang balik .
19. Beri nombor telefon
Beritahu dia suruh call bila - bila masa yang dia suka .
20. Ucap terima kasih
Ucapkan terima kasih pada dia sebab sudi layan korang bersembang , teman korang makan , jalan - jalan , sudi telefon , sudi senyum walaupun korang tak hensem / cantik .
HAH , CUKUP TAK ? IDEA MEMANG BANYAK ... KALAU IKUTKAN NAK TAMBAH LAGI ... TAPI DAH PETANG LA ... LUM MANDI ... BUSYUKKKK OOOO
Warna Melambangkan Personaliti
ASSALAMUALAIKUM ...
Kenapa korang suka sangat pada satu warna ? Jarang ada orang yang suka gila kat banyak warna . Sebenranya personaliti korang dapat dibaca melalui warna yang korang paling suka .
MAKNA WARNA PADA PERSONALITI
1. MERAH
Korang seorang yang berani , gagah , berkeyakinan , tabah , ekstrovert dan spontan .
Merah digunakan bila korang perlu berhadapan dengan hari yang mencabar atau korang rasa tak ada tenaga .
2. OREN
Korang seorang yang gembira , konstruktif , suka bergaul dan bersedia menerima risiko .
Oren membawa keceriaan pada hari kerja dan menguatkan selera hidup kita ! Oren merupakan perangsang emosi . Warna yang baik untuk mengembalikan korang ke hidup biasa pada hari bosan dan pudar .
3. KUNING
Korang seorang yang optimistik , praktikal , intelektual dan lucu .
Kuning memberikan kita kejelasan fikiran , meningkatkan kesedaran dan merangsang minat serta perasaan ingin tahu . Kuning dikaitkan dengan kebolehan untuk mengerti dan memahami . Ia adalah baik untuk memori , belajar ketika peperiksaan dan membina keyakinan .
4. HIJAU
Korang seorang yang memahami , cepat menyesuaikan diri , baik hati , rendah diri , pengasih dan bersimpati .
Hijau membantu mengendurkan otot , saraf dan fikiran . Sangat sesuai untuk orang yang stress , tension dan menghadapi tekanan . Membersih dan mengimbangi tenaga kita untuk beri perasaan baru , ketenangan dan harmoni . Sangat baik bila korang rasa lemah dari segi emosi .
5. BIRU
Korang seorang yang setia , bijaksana , berinspirasi , inventif dan penyayang .
Warna yang dapat menenangkan secara mental . Ideal bagi korang yang susah nak tidur dan kanak - kanak hiperaktif . Memberi korang kebijaksanaan dan kejelasan , mengukuhkan komunikasi dan gaya percakapan .
6. UNGU
Korang seorang pemimpin yang berinspirasi , bermatlamat , kreatif , adil dan pengorbanan diri .
Warna ini menyucikan pemikiran dan perasaan . Memberikan inspirasi kepada korang dalam segala tugasan . Tenaga ungu menyumbang ke arah spiritual kita , membawa panduan , kebijaksanaan dan kekuatan dalaman . Mengukuhkan kebolehan artistik dan kreativiti .
So , sekarang nih senangla korang nak baca perangai orang lain ikut warna . Boleh ker ? Hahaaaa ...
*Tips : Wanita yang ingin memikat lelaki patut memakai pakaian merah terutamanya merah - oren terang . Warna ini akan merangsang rantaian kimia dalam diri lelaki yang membuatkannya bertindak balas secara positif .
Ketika melihat warna merah , otak akan menghantar isyarat kepada badan untuk merembeskan epinephrine , sejenis hormon yang menyebabkan jantung berdenyut cepat dan meningkatkan suhu badan !
Cara Menolak Cinta Gadis
JANGAN LAYAN LEBIH - LEBIH .
Senang citer jangan carring sangat . Kalau dah memang anggap kawan tu layan la macam kawan key . Tak yah la tanya sihat tak , dok wat pe , dah makan ke lum . Semua soalan tu leh jadi hint kat dia yang kamu tu macam suka kat dia tau .
CUBA BERKATA TIDAK .
Kalau dah memang tak free tu kata jer sibuk , kalau tak suka pada satu benda kata je tak suka , kalau tak boleh kata jer tak boleh . Kan sonang . So tak la nampak cam dia tu special sangat dalam hidup kamu . Berterus terang tu dapat elakkan dari menggores perasaan dia .

ELAKKAN DARI MEMBERI / MEMBELI .
Pastikan koma memberi pada waktu tertentu macam birthday atau hari penting bagi dia . Kalau koma pi makan pastu pi ikut dia pi shopping , jangan bayarkan barang dia . Nanti dia fikir itu hint koma suka dia . Haru tuh .

BERTERUS TERANG TENTANG STATUS HUBUNGAN .
Bila koma rasa dia bagi hint yang dia suka kat koma , koma mesti cepat - cepat bagitau yang koma anggap dia sekadar kawan atau adik saja . Kalau koma lengahkan bimbang dia dah suka giler kat koma lak . Masa tu memang susah lah nak explain kat dia . Leh gila meroyan tau . Andai dia tak leh terima , koma kena tunggu dia cool dulu . Kalau koma teruskan gak nanti jadi lagi serabut tau . Ada jenis orang yang easy come easy go . Ada lak bila dah suka masuk kat lubuk hati yang sangat dalam . Pehhh . Bila kena reject , hancur jadi debu hati tuh . Emmm.

JANGAN SEKALI - KALI TAYANG POMPUAN LAIN KAT DIA .
Ini yang paling bahaya u . Koma kalau dah tak tau cara mana nak reject dia , jangan sekali - kali guna cara nih . Jangan berani tunjuk romanitk ngan pompuan lain , pegang tangan la , peluk pinggang la kat depan dia . Selain mengguris perasaan dia dari segi moral , perbuatan tu leh wat dia bunuh diri . Kesian dia tau . Apa koma nak jawab kat family dia nanti . Tu kira baik lagi . Camna kalau di pi bunuh pompuan koma ??? Simbah asid ker , kan dah parah . Tak pasal - pasal dah menyusahkan hidup pompuan lain . Tu lum lagi dia pi mandrem koma ngan pak bomoh .
Hahaha ...sonang citer , tepuk dada tanya iman lah ya...
Hidup ni kalau bleh jangan menyusahkan orang lain .
Hidup ni kalau bleh jangan menyusahkan orang lain .
Key , ni saja la celoteh QV untuk bab nih .
Tips Berhanti Merokok

ASSALAMUALAIKUM ...
Perkara paling mudah dan asas yang QV nak kongsi adalah
BILA RASA NAK MEROKOK TU WAT TAK TAU JER .
BILA RASA NAK MEROKOK TU WAT TAK TAU JER .
Bab ni semangat tuh kena kuat lah .
BUAT AKTIVITI
seperti baca buku ker , layan tv ker , internet ker , pi masak ke , exercise ke chat ngan kawan , girlfriend , mak , isteri ker .
seperti baca buku ker , layan tv ker , internet ker , pi masak ke , exercise ke chat ngan kawan , girlfriend , mak , isteri ker .
Bersantai dengan keluarga , kawan - kawan , layan girlfriend shopping juga boleh alih keinginan nak merokok .
Cuba TARIK NAFAS SECARA TERATUR .
Tarik dan hembus nafas dengan sempurna .
MINUM AIR SUAM ,
Air mineral juga boleh .
Air mineral juga boleh .
Elakkan minum air yang mengandungi
KAFEIN .
KAFEIN .
MAKANLAH SESUATU
seperti buah , gula - gula getah yang berangin , gula - gula .
seperti buah , gula - gula getah yang berangin , gula - gula .
MANDI
dengan merendamkan badan di tab mandi sambil menghidu bauan segar dari lilin wangi atau dari wangian untuk mandian seperti di spa sambil mendengar lagu yang anda suka .
dengan merendamkan badan di tab mandi sambil menghidu bauan segar dari lilin wangi atau dari wangian untuk mandian seperti di spa sambil mendengar lagu yang anda suka .
ELAK KAN BERSAMA PEROKOK LAIN .
Sekiranya bersama kawan , dan mereka merokok ,
tinggalkan lah mereka .
tinggalkan lah mereka .
MENANAM RASA BENCI DAN BOSAN
terhadap rokok .
terhadap rokok .
BERI GANJARAN
pada diri sendiri atau dapatkan ganjaran daripada orang tersayang sebagai galakkan atas usaha anda itu .
pada diri sendiri atau dapatkan ganjaran daripada orang tersayang sebagai galakkan atas usaha anda itu .
Sematkan di minda anda bahawa rokok itu ibarat
MEMBAKAR RM anda .
MEMBAKAR RM anda .
MUSNAHKAN BAJET
untuk rokok .
Tak ada duit bermakna tak da rokok .
untuk rokok .
Tak ada duit bermakna tak da rokok .
Kenapa Lelaki Selalu Happy ...
Assalamualaikum ...
Tetiba terfikir lak nak buat entry berkaitan lelaki .
Dah hampir tiap hari dok citer berkaitan perempuan .
Kesian lak kat follower lelaki ...
Commercial break jap .
heheheeee ...
Ni la keje abang ipar bila beli durian .
Kuarkan isi dan simpan dalam peti sejuk .
Jangan nak mimpi boleh wak creap durian .
Anak buah nampak ... licin !
Tak yah citer banyak ,
jom kita enjoy dengan fakta ringkas ni ...
KENAPA LELAKI SENTIASA HAPPY ...
* sebab tak perlu mengandung .
tunggu jer 9 bulan , pas tu dah leh dapat baby .
* boleh kencing merata - rata .
walaupun tak sopan , saper nak kisah ?
* kerjanya sama , tapi gaji lebih
sebab dia kena tanggung keluarga ...
* Kedut dan boroi lambang kejantanan .
lagi kedut , lagi macho . Boroi , tak cerewet makan .
* Orang tak pandang ke dada bila bercakap dengan mereka .
tak de yang menarik kat dada sebab tu butang terus ...
* berbual di telefon 30 saat jer .
cakap yang penting jer ...
* Boleh pakai baju dan seluar yang sama berhari - hari .
selagi tak bau busuk , boleh pakai lagi ...
* dipuji sebab dapat bagi idea ciput .
hebat bila dapat beri idea ...
* boleh pakai seluar dalam sekotak rm 9.90 .
kat dalam ,bukannya orang nampak ...
* boleh pakai baju yang berkedut .
tak de orang nak jeling dan sindir pun ...
* apa yang ada di muka semuanya ori .
kalau ada yang suntik tu , memang spesis lain ...
* stail rambut sama tak de orang yang kisah .
yang penting nampak kemas dan dia suka ...
* boleh pakai kasut dan setokin yang sama sampai koyak .
saper nak tengok kasut aku ?
* boleh pakai seluar pendak walaupun kaki tak mengancam .
alah , bukan seksi pun !
* misai , janggut / jambang berserabut ? ... no hal lah .
aweks tetap suka juga ... ngeh ngeh ngeh ...
Yang Mana Bibirku ...
Salam ceria semua .
Petang ni mendung dah berarak dan tiba di sini .
Cuma perlu tunggu hujan bila nak gugur .
Itu kisah di langit .
Sekarang kisah kat muka kita .
Bibir , ermmm bibir .
Kat situlah tempat kita makan , minum , membaca , menyanyi , membebel dan bla , bla , bla ...
Hahahaaa ... ntah apa lagi .
Ish ... malas den nak fikir ...
Teringat bunda kata , bibir nipis nih mulut murai , cerewet dan kuat membebel .
Mungkin ada betul juga .
Ya lah , orang dulu kan bercakap ikut apa yang dia nampak , perhati sepanjang hidupnya .
Kalau tak kerana dek ramai empunya bibir nipis ni suka pot pet , pot pet , tak ler bunda kata camtu kan !
Meh kita tengok dan baca , apa yang orang dolu - dolu kata pasal bibir nih ...
1. Bibir Tebal -
Bentuk bibir kelihatan tebal dan kembang, tidak berapa cantik tetapi kalau pandai mengenakan solekan yang betul, akan kelihatan seksi dan menggoda. Bagi mereka yang memiliki bibir jenis ini, merupakan seorang yang pandai mengatur kewangan dalam perbelanjaan, penyabar serta berani menghadapi dugaan dan cabaran hidup.


2. Bibir Kecil -
Bentuk ini amat disukai, kerana kelihatan comel dan mungil seperti bibir bayi. Mereka yang memiliki bibir jenis ini, merupakan seorang yang suka berterus-terang tetapi mudah merasa rendah diri serta merasa diri tidak bahagia.

3. Bibir Tipis -
Selalu dikaitkan, orang berbibir tipis adalah jenis celupar iaitu suka cakap lepas dan berbisa serta bermulut jahat, tetapi ini hanya andaian dan kalau adapun ianya adalah kebetulan. Dikatakan orang bibir bibir tipis tidak mempunyai prinsip dan pegangan hidup kerana mereka mudah terpengaruh apabila dipujuk rayu iaitu bersikap seperti lalang.

4. Bibir Kecil dan Sempit -
Dikaitkan sebagai seorang yang yang comel dan manis. Mempunyai sifat yang hampir serupa dengan orang berbibir kecil. Bezanya, mereka selalu cepat panik dan bimbang apabila berhadapan dengan masalah serta tidak pandai membuat keputusan. Merasakan diri tidak diberi peluang yang cukup dalam sesuatu keadaan.
5. Bibir Kehitaman -
Bibir kehitaman yang bukan disebabkan merokok, tetapi memang semulajadi kehitaman. Mereka ini dikatakan jenis yang suka berbohong dan bergaduh.
6. Bibir Pucat -
Mereka berbibir jenis ini merupakan seorang yang bersifat panas baran dan cepat marah serta menginginkan kemenangan didalam segala hal dan situasi.
Orang zaman dolu banyak cari jodoh tengok fizikal .
Tak kira la , omak pengantin ko atau pengantin tu sendiri .
Dah kalau bibir tuh yang Allah dah beri sejak azali lagi , memang kena terimalah .
Tapi tak per .
Kurang kat bibir , Allah beri lebih kat part lain lak .
Allah tu kan MAHA ADIL !
Dok gitu ?
Den tak rasa down or tercabar pun .
Teman - teman camn lak ?
Ada ker firasat bibir yang betul tepat kat batang hidung tuh ...
Heheheee ...
Bisa penyek hidung mu itu ...
kah kah kah ...
PERMINTAAN DARI SANG ISTERI ...
ASSALAMUALAIKUM ...
Hujan lagi ... alhamdulillah .
Sekurang - kurangnya nampak gak matahari .
Jadi pokok dapat air dan vitamin dalam satu hari ...
Isteri pun nak vitamin gak .
Vitamin dari hubby .
Jangan nak try fikir yg kotor ek .
Kalau nak fikir gak , suka hati ler .
Janji u olls x cakap , orang pun tak tahu .
Ish ... apo la den merepek petang - petang nih .
Maafkanlah den yo ... heheheeee
Otak den berpinor jap .
Vitamin apo yang den nak dari sang hubby ...
Bila terjaga dari tidur , hubby ada kat sebelah den .
Bila solat , hubby jadi imamnya .
Bila breakfast , hubby tunjuk muka gembira .
Bila nak gi kerja , hubby cium pipi den .
Bila di tempat keje , hubby kerap telepon .
Bila berjalan , hubby pegang tangan den .
Hubby puji penampilan den .
Hubby belikan baju yang menarik untuk den .
Hubby puji bila den berdandan cantik .
Hubby sanggup berbelanja supaya den nampak menawan .
Bila balik keje , hubby peluk den sebab satu hari tak bersama .
Bila den masak , hubby tolong sediakan bahan - bahan .
Bila tonton tv , hubby buat lawak dan buat den ketawa .
Bila den demam , hubby tolong wat keje rumah .
Bila anak meragam , hubby tolong pujuk dan nasihat .
Bila anak pegang Quran , hubby tolong ajar baca .
Bila anniversary , hubby surprise den dgn kata - kata cinta , masak untuk den dan beri hadiah terbest .
Bila nak tidur , kami saling bermaafan .
Takut tak leh buka mato trus dah .
Kan dah rugi ...
Bila buka mata , kami saling bersyukur dan saling berpelukan erat serta bisikkan kata - kata cinta .
Itu perlu untuk lebih mesra ...
Berapa banyak lah BILA .
Cerewet ker ... heheheee
Itulah hidup berkasih sayang .
Den pun memberi , bukan meminta semata ya .
Ado lagi u olls nak tambah ???
Suka hati ... ader den kisah !
Terbaik punya tag line ... heheheee
KENALI SENJATA WANITA
ASSALAMUALAIKUM ...
Wanita memang ada senjata . Senjata ni biasanya digunakan bila nak pujuk lelaki merajuk , ikut kemahuan , dengar cadangan , simpati dan tertawan pada tertawan . Nak tau lebih lanjut , jom baca kat bawah nih .
AIRMATA .
Air mata wanita memang dahsyat auranya tau . Ini la senjata yang paling power untuk raih simpati , belas ihsan bila ditimpa susah atau nak minta sesuatu yang susah nak dapat .
SENYUMAN
Hanya dengan senyuman yang semanis tebu , tapi semut tak panjat , wanita boleh pikat , kuasai mana - mana lelaki yang dia suka . Senyuman seorang isteri dapat melembut hati seorang suami yang sedang keras atau marah .
TUTUR KATA
Wanita selalunya pandai pilih kata - kata manis kalau nak minta sesuatu yang dihajati . Isteri digalakkan menggunakan nya untuk menyenangkan hati dan memberi semangat kepada suami .
BERHIAS
Selalunya wanita berhias untuk menawan mata lelaki . Dengan penampilan yang menarik dan kecantikannya sudah cukup untuk buat dada lelaki berombak kencang dan tergila - gilakannya . Ada juga wanita wat cam ni sebab jadikan dia rasa confident .
BIJAK
Nak ambil hati lelaki , kenalah bijak . Bijak kawal keadaan , menangani masalah , bijak berfesyen , melontarkan pandangan serta pendapat , bijak bahagikan masa , bijak menawan hati , bijak memujuk dan bijak merayu lah .
Lelaki kena berhati - hati sebab wanita spesis playgirl biasanya gunakan kesemua senjata kat atas untuk pikat kamu ... heheeee sekadar peringatan jer .
LELAKI KURANG SUBUR KALAU SELAU RUNSING
ASSALAMUALAIKUM ...
Kepada lelaki yang belum berkahwin dan sudah tapi belum ada anak , perkara nih penting . Para isteri dan bakal isteri juga kena amik tau yer .
Ini kajian terbaru dari London . Hasil daripada kajian ni , lelaki yang dipengaruhi keadaan psikologi aka pressure boleh sebabkan kesuburan mereka kurang . Tekanan dan kegelisahan akan sebabkan sperma lemah . So , tak dapatlah sperma tu bergerak cepat .
Kajian sekumpulan Hospital Eropah membabitkan 94 lelaki dewasa yang mengunjungi klinik kesuburan buat pertama kali membuktikan hipotisis ini .
Jadi lepas nih , kalau susah sangat nak dapat anak , pergilah wat rawatan sperma ya . Jangan lak kata isteri tu tak subur tanpa bukti . Sebenarnya , merokok tegar juga boleh jadi penyumbang kepada sperma tak subur .
MACAMANA NAK HANDLE PASANGAN CEMBURU ?
ASSALAMUALAIKUM ...
Susahkan kalau ada boy friend / girl friend yang kuat cemburu ? Naik pening dibuatnya . Kita jujur salah , kalau tipu lagi la malapetaka ! Nak wat tak tau jer lak , tak boleh . Kena gak pujuk untuk settlekan .
Ada beberapa tips yang korang boleh gunakan bila keadaan di atas berlaku . Antaranya :
1. Jangan sesekali berbohong . Kalau tertangkap , sejuta penjelasan pun tak leh buat dia percaya kat korang lagi . Walaupun korang bohong sebab nak selamatkan keadaan . Sekali korang berbohong , sampai bila - bila pun dia tak akan percaya kat korang lagi .
2. Jangan sembunyikan sebarang rahsia daripadanya . Kalau korang rasa perkara yang berlaku sebelum korang declare couple tu tak perlu diceritakan , maka jangan sekali - kali korang timbulkan .
3. Pastikan pasangan korang kenal dengan orang yang selalu berhubung rapat dengan korang malah orang yang selalu berada kat keliling korang .
4. Berterus terang kalau tak puas hati . Jangan pendam jer . Nanti leh timbulkan tak persefahaman lak .
5. Sentiasa ucapkan kata sayang dan penghargaan kepadanya . Nanti dia akan rasa hangatnya rasa sayang korang padanya .
6. Tunjukkan komitmen penuh korang pada perhubungan tuh . Jangan wat tak kisah jer bila wujud masalah samada dalam perhubungan atau kehidupan si dia .
7. Elakkan korang terlalu mesra dengan orang lain berbanding dia . Ini penting untuk jaga perasaannya .
8. Cuba terangkan kepada si dia dengan jelas kalau korang perlukan ruang untuk diri sendiri dan tak mahu diganggu .
9. Sentiasa sabar dengan kerenah si dia . Nasihatinya dengan cara yang paling diplomasi supaya hatinya tak terasa .
10. Sentiasa memaafkan pasangan korang dan menerima dia seadanya .
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)