Showing posts with label WANITA. Show all posts
Showing posts with label WANITA. Show all posts

Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin !

Ini Akibat Abaikan Diri Selepas BersalinPernah dengar atau baca tentang tombong wanita lepas besalin ? Pastinya tidak pernah. Al-maklumlah perkara yang melibatkan golongan wanita bagi yang sudah pernah bersalin. Walau bagaimanapun, ada pentingnya juga golongan suami mengambil tahu tentang tombong wanita ini.
Jika si isteri tidak menjaga pantangnya, si suami wajiblah membantunya. Sama-sama menjaga dan bantu membantu agar perkara ini tidak berlaku pada isteri tercinta. Jika tidak dijaga dan tombong wanita terpaksa dipotong, mungkin itulah kali terakhir si isteri mengandungkan zuriat keturunan suaminya.

Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin !


Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin !


Kisah keluar tombong (rahim) wanita. Semoga menjadi pengajaran kepada semua. Dulu saya tak pernah tahu ‘tombong wanita’ itu apa. Bila sebut tombong wanita, saya bayangkan serombong kapal. Rupa-rupanya salah.

KISAH 1

Pertama kali saya mendengarnya dari mak mentua yang selalu cerita di zaman kanak-kanaknya dia pernah ternampak seorang nenek yang membasuh pakaian di tepi sungai sambil mencangkung, akan ternampak tombongnya keluar. Sambil tertanya-tanya apa yang dilihatnya itu, sambil itu juga tombong itu berayun ke sana sini seperti buai.
Balik ke rumah, arwah nenek suami memberitahu mak mentua bahawa itu adalah tombong. Orang perempuan yang tak menjaga pantang dan yang main-main dalam pantang, itulah hasilnya.
Sehingga sekarang mak mentua memang selalu ingatkan tentang keluar tombong ini. Bagi orang tua dulu, sekali dah keluar tombong, memang tamatlah fungsi sebagai seorang wanita. Dah tak boleh buat apa. Pergi hospital, potong saja.

KISAH 2


Boleh kongsi bagaimana anda berpantang? Apa pendapat mak dan orang sekeliling anda tentang berpantang selepas bersalin? Wajib atau mengada-ngada atau kolot?
Kisahnya, ada seorang sahabat baik arwah ayah yang merangkap sahabat baik keluarga adalah seorang pakar urut saraf. Pakcik Hassan namanya, menetap di Gombak. Pakcik Hassan buka tempat urutan saraf. Arwah mak kepada Pakcik Hassan pula memang seorang bidan tersohor. Jadi secara tidak langsung, Pakcik Hassan cerita yang dia banyak juga belajar dari mak dia tentang orang perempuan.
Untuk pengetahuan, Pakcik Hassan tak buat urutan bersalin. Hanya mengurut bagi mereka yang terkena slipdisc, jatuh, lumpuh dan kes-kes kritikal yang lain sahaja.
Satu hari, dari biliknya rumah sewanya yang sederet dengan pelajar UIA lain, Pakcik Hassan terhidu bau sesuatu. Makin lama makin kuat, kembang kempis hidung dia menahan bau itu. Sangat kuat, baunya seperti bangkai seperti membuatkan dia mengalami pening kepala.
Tiba-tiba pintu bilik diketuk awal. Biasanya Pakcik Hassan akan menunggu isteri datang menemankan dia mengurut sampai malam. Waktu mengurut belum bermula lagi ketika waktu pintu diketuk.
Dibuka pintu, tengok ada seorang perempuan muda dan ibunya datang. Perempuan itu menangis-nangis menahan kesakitan. Bau busuk pada ketika itu memang sangat tajam dan teruk! Dah tak terkata apa, cuma perkataan minta tolong sahaja dari perempuan muda ini yang berusia 21 tahun.
Menurut ibunya, anaknya sudah tidak mampu menangis sakit dan menangis kerana keluar tombong. Bau tadi rupanya hasil dari tombong terkeluar tadi. Bayangkan betapa busuknya bau sampai dari jauh pun boleh terhidu.
“Pantang macam mana?” soal Pakcik Hassan.
“Dia memang tak hirau cara berpantang yang betul. Bagi dia, berpantang itu sangat kolot, old fashion dan mengada-ngada. Jadi disebabkan mahu menyenangkan dia, malas jaga anak ketika dalam pantang, dia beli saja makanan di kedai luar. Mi goreng, nasi goreng, sup sayur, ayam goreng dan pelbagai lagi. Bagi dia, asalkan anak kenyang, bayi cukup susu, sudah,” kata ibunya.
“Suaminya mana?” soal Pakcik Hassan lagi.
“Suaminya sudah keluar dari rumah sebab tak tahan bau bangkai. nak tolong isteri, jauh sekali. Yelah, sama-sama muda, isteri tak boleh pakai, keluarlah rumah,” jelas si ibu.
Dalam keadaan serba salah, Pakcik Hassan menjelaskan bahawa isteri dia belum datang. Tetapi ibu perempuan itu merayu-rayu agar anaknya dibantu. Sudah pergi ke hospital tetapi hendak dipotongnya tombong itu. Entah dan tidak pasti sama ada itu memang jalan terakhir atau tidak.
Pakcik Hassan pun pergi ke farmasi untuk membeli sarung tangan dan beberapa perkakasan lain. Kemudian balik semula ke biliknya untuk memulakan rawatan (rawatan pertama dan terakhir kes sebegini yang Pakcik Hassan buat atas sebab belas kasihan).
Selesai menyiapkan diri, Pakcik Hassan tolak tombong itu masuk ke dalam! Akibat terlampau sakit, perempuan muda itu pengsan. Selepas diurut, ditungku dan disapu ubat, 30 minit kemudian barulah perempuan itu sedarkan diri.
Tahu apa perkataan pertama yang keluar dari mulut dia?
“Nak nasi, pakcik.”
Rupa-rupanya sebab tak tertanggung sakit keluar tombong, jadi sampai tak lalu makan beberapa hari. Kasihan betul.
Bila dengar cerita Pakcik Hassan, memang boleh naik bulu roma menahan ngeri. Bersalin pun sakit, ini pula tombong ditolak masuk ke dalam semula dengan cara paksa. Tidaaakkk!! Tiba-tiba rasa jelly-jelly kaki.
Apa kisahnya selepas itu? Saya pun tak tahu, tak tanya pula Pakcik Hassan sama ada dia ada bertemu semula dengan perempuan muda itu atau tidak. Saya harap ibunya sedar betapa pentingnya yang ‘kolot’ ini.

KISAH 3


Jagalah diri dan kesihatan dalaman baik-baik. Saya pernah rasa sakit rahim jatuh (belum sampai tahap tombong), sakit urat yang teruk, meroyan hampir hilang akal.
Walaupun ada mak dan mak mentua yang banyak berpesan, tetapi sebagai orang muda, kita ada waktu sombong kita juga.
Banyak jamu dan ubat yang dijual di pasaran. Boleh pilih mana yang terbaik. Saya sendiri pun sudah mencuba pelbagai jenama sebelum kena bising dengan mak. Ada yang serasi, ada yang tidak. Tetapi yang penting dah tahu perbezaan dan kesan pada badan.

Oleh Mastura Ab Rashid

Tips Memilih Beg Tangan


ASSALAMUALAIKUM ...


Tips Memilih Beg Tangan | Bila dah nak masuk hujung tahun nih , cam biasalah ... karnival beli belah hujung tahun , penghabisan stok . Maka banyaklah offer dan diskaun ditawarkan untuk product yang dah lama disimpan kat dalam stor untuk diclearkan .

Tips Memilih Beg Tangan

Makna Hari Lahir Perempuan Melaui Tajul Muluk


ASSALAMUALAIKUM ...


TAJUL MULUK ... astrologi zaman silam yang sangat popular dikalangan masyarakat jawa di Indonesia . Dr. Fadzillah Kamsah berkata : "Cuma boleh jadi panduan , bukan kepercayaan " sebab Allah itu yang lebih mengetahui dan maha berkuasa atas segala kejadian Nya .


Makna Hari Lahir Perempuan Melaui Tajul Muluk

Cara Buat SPA Di Rumah


ASSALAMUALAIKUM ...

SPA adalah salah satu cara terapi untuk hilangkan stress atau tekanan . Selalunya orang yang ada lebih duit , akan pergi ke saloon kecantikan untuk buat rawatan SPA . Macam - macam rawatan ditawarkan . Korang cuma perlu pilih jenis rawatan dan pejamlah mata sementara rawatan dijalankan .



Cara Buat SPA Di Rumah

Tips Untuk Ramping


ASSALAMUALAIKUM ...

Setiap orang yang memiliki badan berisi mesti sentiasa memasang impian nak badan yang ramping . Malah korang berusaha nak kurus . Tapi badan tang tu jugak . Mungkin korang perlukan motivasi untuk teruskan rancangan disamping amalkan diet . 


Tips Untuk Ramping


Cara Mencegah Keputihan


ASSALAMUALAIKUM ...



Keputihan adalah cairan berlebihan yang keluar disebabkan oleh pembiakan kulat . Ia akan disertai rasa gatal , rasa terbakar pada bibir dan berbau agak busuk . Terbahagi kepada 2 - normal dan tidak normal .


Cara Mencegah Keputihan

Cara Wanita Berjalan Ada Makna


ASSALAMUALAIKUM ...

Pernah tak korang fikir yang cara wanita berjalan ada makna . Vee pun tak terfikir dan tak nak ambil pusing sebenarnya . Asalkan rasa selesa dengan cara tu , jalan je lah kan . Kalau sengaja buat catwalk , tu dah menggedik tahap gaban . Kalau ko tu sexy , lantaklah tapi kalau bertudung , tolong sopan sikit ya . Kenalah sesuai dengan identiti muslimah tu ... eh eh ... makcik dah membebel lak ... heheheee . 

Cara Wanita Berjalan Ada Makna

Cara Nak Jadi Wanita Anggun


ASSALAMUALAIKUM ...

Semua wanita memang nak jadi anggun kat mata semua orang . Tapi ada gak yang tak pentingkan sangat keterampilan nih . Mereka lebih suka yang ringkas terutaa yang tak banyak masa , sibuk atau memang jenis malas nak berdandan . Kat sini den nak berkongsi dengan mereka yang suka gila dengan kecantikan .

Cara Nak Jadi Wanita Anggun

Petua Rawat Senggugut



ASSALAMUALAIKUM ...

Senggugut memang satu perkara yang orang perempuan tak dapat elak bila waktu period . Sakit memang sakit . Lagi seksa bila rasa sakit tuh sampai ke pinggang . Ada yang merasa sakit nih hanya untuk beberapa jam . Ada gak yang sampai sehari / dua .

Kat sini QV ada beberapa petua yang korang boleh cuba .

1. Minum air Kunyit . Ini petua dari omak QV 

Caranya : Ambil kunyit , tumbuk halus , pastu perah ambil airnya + sedikit garam .

2. Minum air Serai . Ini petua dari makcik QV . 

Caranya : Ambil beberapa batang serai , rebus bersama 3 cawan air . Biarkan mendidih sehingga jadi satu cawan .

3. Minum air Rumput Jarum Emas

Caranya : Rebus rumput jarum emas bersama air . Minum ketika suam .

4. Minum air Halia

Caranya : Ambil segenggam halia , tumbuk hingga lumat . Masukkan ke dalam segelas air suam . Bila halia mendap , ambil air dan minumnya .

5. Telan kapsul halia + lada hitam

Caranya : Ambil serbuk halia dan lada hitam . Kuantiti mestilah sama banyak . Masukkan ke dalam kapsul kosong . 
Makan 2 biji selepas makan tengahari dan makan malam . Sminggu sebelum haid .

6. Minum air Teh tanpa Gula

Caranya : Ketika sedang haid , minumlah air teh pahit tanpa gula .


p/s : Jangan makan timun disaat HAID, kerana boleh menyebabkan darah HAID melekat di dinding rahim,setelah 5-10 hari dapat menyebab KETUMBUHAN & CANCER RAHIM .
- kajian .




Warna Melambangkan Personaliti



ASSALAMUALAIKUM ...

Kenapa korang suka sangat pada satu warna ? Jarang ada orang yang suka gila kat banyak warna . Sebenranya personaliti korang dapat dibaca melalui warna yang korang paling suka . 

MAKNA WARNA PADA PERSONALITI 

1. MERAH
Korang seorang yang berani , gagah , berkeyakinan , tabah , ekstrovert dan spontan . 

Merah digunakan bila korang perlu berhadapan dengan hari yang mencabar atau korang rasa tak ada tenaga .

2. OREN
Korang seorang yang gembira , konstruktif , suka bergaul dan bersedia menerima risiko . 

Oren membawa keceriaan pada hari kerja dan menguatkan selera hidup kita ! Oren merupakan perangsang emosi . Warna yang baik untuk mengembalikan korang ke hidup biasa pada hari bosan dan pudar .

3. KUNING
Korang seorang yang optimistik , praktikal , intelektual dan lucu .

Kuning memberikan kita kejelasan fikiran , meningkatkan kesedaran dan merangsang minat serta perasaan ingin tahu . Kuning dikaitkan dengan kebolehan untuk mengerti dan memahami . Ia adalah baik untuk memori  , belajar ketika peperiksaan dan membina keyakinan .

4. HIJAU
Korang seorang yang memahami , cepat menyesuaikan diri , baik hati , rendah diri , pengasih dan bersimpati .
Hijau membantu mengendurkan otot , saraf dan fikiran . Sangat sesuai untuk orang yang stress , tension dan menghadapi tekanan . Membersih dan mengimbangi tenaga kita untuk beri perasaan baru , ketenangan dan harmoni . Sangat baik bila korang rasa lemah dari segi emosi .

5. BIRU
Korang seorang yang setia , bijaksana , berinspirasi , inventif dan penyayang .

Warna yang dapat menenangkan secara mental . Ideal bagi korang yang susah nak tidur dan kanak - kanak hiperaktif . Memberi korang kebijaksanaan dan kejelasan , mengukuhkan komunikasi dan gaya percakapan .

6. UNGU
Korang seorang pemimpin yang berinspirasi , bermatlamat , kreatif , adil dan pengorbanan diri .

Warna ini menyucikan pemikiran dan perasaan . Memberikan inspirasi kepada korang dalam segala tugasan . Tenaga ungu menyumbang ke arah spiritual kita , membawa panduan , kebijaksanaan dan kekuatan dalaman . Mengukuhkan kebolehan artistik  dan kreativiti .

So , sekarang nih senangla korang nak baca perangai orang lain ikut warna . Boleh ker ? Hahaaaa ... 

*Tips : Wanita yang ingin memikat lelaki patut memakai pakaian merah terutamanya merah - oren terang . Warna ini akan merangsang rantaian kimia dalam diri lelaki  yang membuatkannya bertindak balas secara positif . 

Ketika melihat warna merah , otak akan menghantar isyarat kepada badan untuk merembeskan epinephrine , sejenis hormon yang menyebabkan jantung berdenyut cepat dan meningkatkan suhu badan !





Memilih Cup Yang Selesa


alt image tag



ASSALAMUALAIKUM ...


Ramai yang tak tahu guna coli dengan betul sama ada salah saiz atau cara pakai yang salah . Kita pakai coli ni gunanya untuk membentuk , menyokong dan mencantikkan payudara . Kalau tak pakai coli , jadilah can Paris Hilton punya tuh , panjang jer . Cantik ker ? Dah macam anak 10 tau !


TIPS PILIH COLI YANG SELESA .



1. Ikut kesesuaian . 


Pilih coli ikut kesesuaian badan dan bentuk payu dara korang . Pilih cup yang tepat .

2. Sokongan cup yang tepat .


Cup yang lebih besar akan sebabkan payu dara korang jadi kendur . Cup yang kecil sangat lak akan sebabkan tali terpaksa pikul beban yang berat sekaligus menyekat peredaran darah .

3. Selesa di bahagian bawah payu dara ( Chestband )


Bahagian bawah cup mestilah selesa dan tidak mencengkam 

4. Dawai sokongan yang selesa .


Pastikan dawai tidak mencucuk daging di bawah ketiak . Jika ini terjadi , mungkin kerana kelim sisi cup terlalu jauh ke hadapan atau terlalu ke dalam kerana cup bersaiz kecil .

5. Bahagian tengah coli berposisi tepat .


Pastikan bahagian tengah coli berada rata antara payu dara dan tidak terkeluar dari posisi tulang dada . Ia mesti menyokong payu dara dengan selesa tanpa menarik , mencucuk atau menekan payu dara anda sehingga berbekas .











5 Tips Bibir Tak Lagi Kering .






ASSALAMUALAIKUM ...

BIBIR ...sape nak bibir yang cantik ,  mulus jer ...mesti ramai kan !!! . Wokeh . Kat sini Wee nak kongsi camna nak dapatkan bibir yang menawan . 

Ko confirm selalu kat bwh cahaya terik kan / kat air - cond . Emmm... Bibir pun selalu mengelupas dan kering kan !!! Coz kurang air . Ramadhan pun dah nak dekat nih , so baca dan praktikkan lah apa yang ada kat bawah ni ya ....

  • Kurangkan kebiasaan basahkan bibir dengan air liur - salah satu penyumbang bibir kering .
  • Jangan menggunakan lip balm yang mengandungi pelbagai perasa - nanti korang asyik jilat bibir jer kan !!
  • Elakk kan pakai lipstik  yang berjenis ( matte ) , kering tanpa kilat - coz tak de pelembab , kalau ada pun sikit jer .
  • Selalu makan sayur segar / ulam terutama nya yang ada vitamin c . 
  • Sebelum tidur sapu la madu kat bibir tuh . Harap tak de la semut panjat ya ...hahahaaaaa

Kalau rajin , amalkan 
minum air kelapa muda + kuning telur  + madu 
= sekali sehari .






Banyak Manfaat Timun Yang Kita Perlu Tahu .


Assalamualaikum ...

QV sangat suka dengan timun .
Kalau boleh nak makan sebiji timun setiap hari .
Tak rugi makan timun nih .
Sebab banyak sangat kebaikannya .

Manfaat timun untuk kecantikan ;


Boleh jadikan kita awet muda bila makan sebiji sehari Boleh menegangkan kulit . 
Boleh mencegah hidrasi pada kulit .
Boleh meremajakan kulit wajah . 
Boleh menggalakkan pengelupasan dalam epidermis 
Membantu meninggalkan kesan lembut serta halus pada kulit . 
Silika dalam timun adalah kolagen yang boleh mengusir dan mencegah munculnya kedutan . 
Memberi kelegaan pada kulit yang terdedah pada matahari . 
Timun juga sangat efektif menangkis radikal bebas yang boleh mempercepatkan penuaan .



Selalunya QV takkan potong timun sampai habis .
Bahagian hujung tu kan pahit . 
Sapa nak makan !
Tapi jangan dibuang , sebab ada kegunaannya .



QV akan ambil bahagian hujung yang pahit tu ,
 hiris nipis - nipis dan letak kat muka sebelum tidur semalaman .
Bangun tidur , terus jer kopek satu demi satu .
Kulit muka akan rasa tegang .
Jangan lupa letak sekali kat mata ya !



Kalau lebih rajin , 
bolehlah parut atau blend timun .Tapis airnya .

Campurkan timun tu dengan 

putih telur , lemon / yogurt dan madu .
Tepekkan kat muka , biarkan selama 30 minit hingga 1 jam .
Pastu , cuci muka dengan air suam .
Selepas lap muka , sapukan toner untuk tutup liang - liang pori .

Beberapa info menarik tentang timun ;

Kat Mesir , 
jus timun digunakan sebagai ubat penurun panas 
bukan saja untuk demam , tapi rasa ' terbakar ' dalam badan .

Timun sebenarnya mengandungi 95 % air .
Maka sangat bagus untuk turunkan berat badan 
sebab kalorinya rendah .

Mengamalkan makan timun boleh atasi masalah sembelit .

Sesetengah sebatian dipanggil sterol kolestrol di dalam timun 
membantu mengurangkan paras kolesterol .

Asid askorbik dan asid caffeic dalam timun 
membantu mengurangkan keadaan bengkak di bawah mata .

Jika mata letih dan bengkak , 
tekapkan timun yang dipotong membulat pada mata .
Ini kerana timun mempunyai sifat anti - inflamasi .

Tahukah anda , timun juga dapat membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat 
kerana ia mengandungi silikon dan sulfur .

Sumber ; Berita Harian .


Petua Mudah Hilangkan Kedutan Bawah Mata


Assalamualaikum ...

Petua Mudah Hilangkan Kedutan Bawah Mata |
Bila usia makin meningkat ,
eyebag dan kedutan kat bawah mata
memang tak boleh nak elak .
Maka saya cuba petua ni .
Petua Mudah Hilangkan Kedutan Bawah Mata

Melentikkan Bulu Mata





ASSALAMUALAIKUM ...


Apa pun petua yang kita nak cuba ,
kena gigih dan kerap buat .
Kalau  tak , tak nampak hasilnya lah kan !

Ada beberapa petua yang mudah 
untuk mencantikkan bulu mata , 
antaranya

Ini yang paling mudah dan boleh cari kat dapur . Amik TEH rendam dlm air yang sedikit 
sebab kita nak yang pekat . 
Biarkan semalaman . 
Pastu guna jari telunjuk , 
lurut kan bulu mata dengan air teh tadi . 
Buat banyak kali lah ya .

MINYAK ZAITUN
Hambo pengguna setia pun 
tak tau yang minyak zaitun ni leh lentikkan bulu mata . 
Cara nya mudah saja . 
Cuma perlu  letak minyak zaitun kat bulu mata 
dan lurutkan berulang kali . 
Atau pun leh gak ambil minyak zaitun + BUAH KERAS
( bakar , tumbuk hancur ) 
lurutkan pada bulu mata sebelum masuk tidur .

Sesiapa yang ada tanam pokok 
LIDAH BUAYA kat umah tu leh la buat ya . 
Tapi kena guna tangkai daun sireh tau . 
Now ambil lendir lidah buaya , 
sapukan kat tangkai daun sirih . 
Pastu lurutkan kat bulu mata berulang kali .

Mudah saja kan !!! . 
Bahan pun senang didapati . 
Lepas baca ni buatlah selalu . 
So tak yah la pi susah - susah tampal bulu mata palsu tuh .

Antara ketiga - tiga cara kat atas ni ,
hambo ada try lidah buaya dan minyak zaitun .
Itu pun jap buat , jap lupa .
Bila dah camtu gayanya ,
jap lentik , jap idok ler jawabnya !
heheheee ...




Membeli Belah Kena Ada Skill




ASSALAMUALAIKUM ...

Hujung tahun , dah tentu ada year end sales kan .
Dalam keadaan banyak barangan yang naik ,
anak - anak lak nak masuk sekolah ,
maka dah tentu ibu bapa perlu bijak
merancang perbelanjaan .

Pertama sekali teman - teman perlu senaraikan
apa barangan yang nak dibeli .
 Pastu kategorikan perbelanjan 
kepada perbelanjaan utama
serta perbelanjaan sampingan .

Kalau rasa barangan tu tak berapa penting 

atau pun boleh skip dulu ,
skip je lah .


RM tu bawak cukup - cukup jer .
Kalau lebih daripada list tu ,
confirm trus pokai !

Bila dah barang tu ado kat depan mato ,
teliti kualiti , harga dan kegunaan 
untuk barang sama ada 
tahan lama atau tidak .
Juga barang tu untuk kegunaan jangka pendek 
atau pun jangka panjang .

Kalau nak beli bahan makanan , 
beli lah pada musimnya 
sebab ia segar dan banyak khasiat .

Hah , sebelum beli tuh pastikan 
barang yang teman - teman nak beli tuh 
ada tanda harga ya
Pas tu teliti betul - betul maklumat 
pada label tentang kandungan , penggunaan , tarikh luput , bahaya , langkah keselamatan dan warranti .

Katalog ke , bungkusan ke , iklan ke , 
tak bermakna barangan yang di jual baik atau cantik
sama cam yang mereka iklankan ya .

Jangan tertipu dengan 
berat atau isipadu sebenar .

Pilih barang dari kedai yang harganya berpatutan
Kalau rajin wat la window shopping dulu 
baru decide yang mana dan kat mana
nak beli .

Beli secara tunai , sekiranya mampu . 
Kredit kad tu tambah hutang jer tau . 
... ah long 21st century !

Mesti berani buat aduan 
bila barang itu ada masalah 
pada kedai atau Persatuan Pengguna 
atau pihak berkuasa dengan bukti sekali tau .

Kita sebagai pembeli dan pengguna

ada hak untuk melakukannya .
Doh kita beli dengan duit 
hasil titik peluh kan !

Lainlah kalau kita ni boleh tanam 
pokok duit kat depan umah !
Saja - saja jer membebel ...
... heh heh heh .


Dan kalau kita membeli aka berbelanja sesedap rasa
jangan lak salahkan segala benda yang naik .
Dah diri sendiri tak reti berjimat !




Rahsia Petua Dari Dapur



Assalamualaikum ...

Kat sini hambo nak kongsi dengan semua 
bahan semula jadi yang menjadi sumber 
kepada bahan  kecantikan . 
Senang cita , semua bahan ni 
adalah petua melayu tradisional . 

Orang melayu guna pupur badan , 


melulur badan dan mandian susu kambing 2 kali seminggu untuk dapatkan  kesan kulit lebih halus , bersih dan cerah semula jadi .

Kopi yang dikisar kasar mampu 
tanggalkan sel atau kulit mati
LULUR KOPI 
ni baik untuk peredaran darah .

HALIA 
berkesan untuk menghangatkan badan , 
buang angin dan baik untuk pengaliran darah

Kalau korang ada parut , 
jerawat pada kulit badan ,  elok gunakan 
SERBUK KAYU MANIS
Malah ia juga bertindak sebagai 
penghilang tekanan .




Bahan ni paling popular sampai la ni . 
Agak korang apa yer . 
KELAPA la jawabnya . 


Parutan kelapa dapat menghilangkan bau badan , sel kulit mati , selain menjadikan kulit lembap dan lembut .

Baru la ni hambo dengar pasal 
KACANG HIJAU
Bahan ni dapat 
mencerahkan kulit , kulit lebih halus 
dan nampak muda ya .

Semua kat atas tu adalah bahan untuk lulur . 
Step seterusnya ialah PUPUR
Ini penting supaya kulit korang 
jadi lebih berseri dan nampak gebu
Antara bahan yang selalu di guna seperti 


kacang soya , buah betik , sengkuang dan dadih . 
Semua bahan ini perlu dibiarkan di badan sekurang - kurangnya 10 minit .







Step yang last lak 
MANDIAN LULUR . 
Seelok - eloknya guna susu kambing . 
Kulit nampak lebih halus mulus dan cerah .