Tips Memilih Beg Tangan


ASSALAMUALAIKUM ...


Tips Memilih Beg Tangan | Bila dah nak masuk hujung tahun nih , cam biasalah ... karnival beli belah hujung tahun , penghabisan stok . Maka banyaklah offer dan diskaun ditawarkan untuk product yang dah lama disimpan kat dalam stor untuk diclearkan .

Tips Memilih Beg Tangan



Beg Tangan


Beg tangan yang korang pakai sebenarnya melambangkan gaya , identiti dan sikap korang . Tu sebab Azwan Ali sangat pentingkan beg tangan ... heh heh heh . Ada orang memang sanggup belanjakan duit yang bayak untuk membeli beg tangan yang bersesuaian dengan gaya dan tempat nak tuju . Kalau satu hari ada tiga tempat berbeza , tiga jenis beg tanganlah dia akan guna . Bagi den lak , den rembat je mana beg tangan yang cantik kat mata den dan beg tangan tu sesuai untuk digunakan kat banyak tempat .

TIPS MEMILIH BEG TANGAN


Bagi korang yang nak jaga prestij , penampilan dan gaya , bolehlah ikut tips memilih beg tangan yang den bagi kat bawah ni .

1. Pilihlah beg tangan yang sesuai dengan gaya , padan dengan warna baju dan kasut korang .Elakkan membeli beg tangan yang sekadar cantik di mata tapi tak sesuai dengan diri korang .

2. Pilih beg tangan daripada warna yang bersesuaian dengan pakaian dan kasut korang . Kalau korang guna beg tangan yang tak selari dengan kasut dan baju , dah cacat la penampilan tuh .

3. Kalau badan korang saiz kecil , jangan pakai beg tangan besar dan bertali panjang . Dah nampak cam beg tangan berjalan lak . Huhuhuuu

4. Jangan sekali - kali korang guna beg tangan yang banyak manik , labuci atau yang berkilauan pada waktu siang .

5. Lebih selamat kalau korang guna beg tangan warna coklat dan hitam . Sebab sesuai di padankan dengan semua jenis warna .

6. Kalau korang berbadan besar , jangan pakai beg tangan yang kecil lak . Dah macam kartun jer . Heheheeee

7. Kalau nak glamor , guna la beg tangan yang tak de tali untuk majlis makan malam . Warna putih , merah dan hitam sangat sesuai dan perlu ada dalam almari korang .


Rasanya korang ada tips memilih beg tangan yang lebih menarik dari yang den kongsikan . Jangan malu lak nak share ya .



10 Sila komen:

  1. sy lazim beli beg tgk pada jenis. kalau x de lg yg saiz besar tu yg sy akan rembat...

    ReplyDelete
  2. CT suka sling bag.. suka sngt tengok bag tangan.. tapi ended up akan pakai satu sampai lunyai.. and CT tak ada bag yang sesuai p kerja pun.. bawak tote je pi kelas budak2 ingat cikgu sporty abes ahaha..

    ReplyDelete
  3. No. 6 tu kelakar..hihi..leceh jg nak tukar2 handbag ni..selalunya lenjan satu2 tapi kdg2 boring..tukar jg..hehe..

    ReplyDelete
  4. Warna selamat hitam, putih, kelabu, krim, blue black& coklat.... Pmpnkn suka shopping Sudahnye abah selalu marah sebab asik beli hndbg&kasut pastu b'sepah, huhuu....;-)

    ReplyDelete
  5. Ok tips berguna kalau nak beli kan beg utk someone huhuhuu.. :D

    ReplyDelete
  6. Saya suka beg tangan yang sesuai untuk semua majlis..senang tak yah tukar2 sangat.

    ReplyDelete
  7. Eden pakai beg selagi tak koyak.... hahahahaha banyak beg tukar-tukar nanti ada je benda tercicir dalam yang tak sempat di pindahkan. Tapi ada lah juga beg spare... kang beg utama dah koyak nak pakai beg apo pegi kojo. hehehehe Tapi beg sebenornya kalau boleh setelah di beli di pakai selalu,. Sebab ada sekali tu hadiahkan akak beg mahal. Dia sayang nak pakai sebab cantik sekali nak berjalan dia pakai... mengelupaslah pulak kulit beg tu... huhuhu den yang tenguk pun jadi alooo sayangnya hadiah yang den bagi baru pakai sekali dah mengelupas kulit. huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. kalau jenis yang ganas pakai barang, elakkan beg tangan yang tali halus sangat..kejap je dah ranap nanti!

    ReplyDelete
  9. Sama jer kita Vee...Den pun tak kisah, janji tak mahal dan cantik kek mato den! Tak selalu gi dinner tulah pasal tak de stok beg tangan untuk dinner so sebat jerlah handbag yg ada

    ReplyDelete
  10. aha...sebut beg tangan ni...hari ni seharian cari beg tangan tapi x jumpa yang berkenan...masuk carlo rino...cantik mmg cantik tgk harga RM300++ hohoho x mampu..pernah beli harga RM50 pvc...x sampai setahun dah melupas...bila cari leather mahal plok huhuhu....sedih

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...